"Jika begitu, kamu pasti kenal akan putera mahkota Raja Aragog?"
"Apa?"Edith taken back dengan soalan itu. "Raja Aragog ada putera mahkota?" tak tahu pulak dia. Selama dia membesar di istana. Dia jarang bergaul sebab terlalu sibuk dengan jadual latihannya yang sangat ketat dan terlalu padat. Dia malah tiada masa untuk nikmati hari kanak-kanak dan remajanya dengan normal sepanjang waktu membesar dalam istana tu. Ini kan lagi bertemu dengan putera Mahkota dan tahu akan kewujudannya disitu.
Master Luna lentokkan sedikit kepalanya semasa menilik wajah bingung Edith. Nampaknya anak ini sama sekali tidak mengetahui kenyataan itu. "Ya...baginda mempunyai putera mahkota. Sekiranya kamu ingat, satu dari mimpi yang kamu alami itu ada situasi dimana kamu berada di medan peperangan...ada bukan?"
Matanya di kedipkan beberapa kali kerana terkejut apabila imej dimana mimpi dia di medan perang mula bermain dalam kepalanya. "Ya...betul." angguknya.
"Untuk pengetahuan kamu, ianya bukan la mimpi. Tapi serpihan memori yang di miliki oleh Putera Mahkota Raja Aragog. Dia berada di medah peperangan ketika peperangan itu berlangsung. Peperangan itu berlaku sewaktu Raja Aragon memerintah pada tahun pertamanya selepas di lantik sebagai Raja Negara Bellington. Raja Aragon kemudiannya jatuhkan empayar Aragog dan tawan negara tu."
Menahan nafas terkejut Cora sebaik mendengar cerita itu. Dia tekup mulut sambil membutang mata ke Master Luna.
Sementara Edith yang dengar ternganga sekejap. Dia....lelaki berpakaian general yang menikam dia adalah Raja Aragon. Patut la lelaki itu ada di dalam mimpinya! "Tapi kenapa saya boleh berkongsi teras dan mimpi yang sama dengan Putera Mahkota ini?"
Master Luna terdiam sekejap. Dia tundukkan matanya memandang kuku di jari jemari buat sesaat. "Itu kerana semasa kamu angkat sumpah sebagai Protector, mungkin pada masa yang sama, Raja Aragog selitkan sekali sihir yang satukan kamu kepada Putera Mahkotanya sebagai perisai dan juga nyawa kedua untuk Putera Mahkota. Sekiranya sesuatu menimpa dirinya, Putera Mahkotanya tidak akan terjejas kerana dia ada badan lain Iaitu kamu."
Edith tergamam. Patut la dia boleh rasa real sangat kalau orang dalam mimpinya itu cedera atau di lukakan! Rupa-rupanya ini la sebabnya kenapa dia alami semua kejadian aneh sejak beberapa tahu kebelakangan ni. Siapa sangka, Raja Aragog pasangkan dia dengan Putera Mahkota tanpa pengetahuan dia. Dan sekarang dia faham kenapa Raja Aragog hantar dia ke Negara Bellington sebelum peperangan itu terjadi.
Semua itu adalah untuk lindungi dia dari tercedera akibat peperangan tu, pada masa yang sama Putera Mahkota dapat di lindungi. Batu Cahaya Mortal itu hanya la satu alasan untuk yakinkan dia saja. Jadi selama ni dia telah tertipu?
What the heck!
"Tapi kenapa baru sekarang semua ni semakin menjadi-jadi?"tanya Cora pula lepas sober dari terkejutnya mendengar semua cerita yang di sampaikan oleh Master Luna sebentar tadi.
Master Luna aju tangan menunjuk ke Edith sewaktu berkata."Seperti yang saya beritahu kamu tadi. Putera mahkota kamu sudah kembali dan dia berada sangat dekat dengan kamu. Kerana ini kuasa yang selama ini tersimpan dalam diri kamu itu mula hendak keluar munculkan diri. Ibaratnya seperti magnet. Kamu boleh bayangkan bukan kalau kutub utara bertemu dengan kutub selatan. Ianya mahu mendekat atau menjauh?"
Edith terkedu dekat situ! Serius?Putera mahkota dia?Macam cliché je bunyinya.
"Dan putera mahkota ini bukan lagi putera mahkota. Sebaliknya ialah raja. Raja yang hilang. Dan dia mahukan kedududukan semula sebagai pemerintah Stone Hill." sambung Master Luna dengan renungan gelapnya.
Cora sorokkan sikit badannya ke belakang badan Edith taktala melihat tatapan menyeramkan Master Luna itu. Menyesal dia bawa Edith ke sini. Tak pasal-pasal dia yang takut.
"Kalau begitu apa yang saya perlu lakukan sekarang ni?"tanya Edith lagi. Dia kena cari siapa pemilik mimpi ni atau larikan diri sekali lagi?
Keluhan letih lepas dari mulutnya."Buat apa lagi?Pastikan tiada siapa tahu diri kamu yang sebenarnya la. Terutama sekali Raja Aragon dan pengikutnya. Jika hal ini diketahui mereka, kamu akan di bunuh, lalu yang mati adalah bakal raja kamu itu." Master Luna topang bawah rahangnya memandang bosan ke Edith. Ditanya lagi soalan tu!
"Perlu ke saya temui Raja Yang Hilang ni?"soal Edith lagi bersama perasaan berdebarnya.
Master Luna berdengus mengejek. Dia duduk tegak dan turunkan tangan dari rahang lantas tersengih. "Kamu tak perlu susah cari dia, sebab dia sendiri akan temui kamu atau kamu sendiri yang akan datang dekat kepada dia. Ingat. Kamu adalah kutub selatan dan dia adalah kutub utara magnet. Saling menarik dan mahu mendekat tak kira jauh mana sekalipun kamu berada."pesan dia dengan berhemah.
Cora mendekatkan bibirnya ke telinga Edith lalu berbisik. "Jom kita balik..." ajak dia yang tidak mahu lagi mendengar semua cerita tak masuk akal ni dan jauh dari makcik menakutkan di depannya ini.
Edith balas renungan Master Luna dengan kening berkerut. Siapa pulak la putera mahkota yang hilang ni?
YOU ARE READING
24. The Grimm Reaper
FantasyAwalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musan...