Malamnya, selepas sesi makan malam bersama Raja Eddison, Edith serta dengan empat orang lagi rakan Hunter, Hunter sendiri dan Cora berbual dengan Raja Eddison.
Mereka menceritakan segalanya kepada lelaki itu dari awal sehingga la apa yang berlaku sebelum persidangan raja-raja di laksanakan.
Termasuk la memperkenalkan Cora sebagai naga Edith. Yang mana Raja Eddison terima dan dengar semua cerita itu sebaik-baiknya.
Dekat tengah malam, baru Raja Eddison meminta diri untuk pulang kerana ada urusan kerja yang perlu di uruskan.
Maka terpaksa la Edith berpisah semula dengan ayahanda yang buatkan dia menangis untuk seketika.
Setelah itu semua orang pun beransur ke bilik masing-masing untuk beristirahat.
Di dalam bilik Edith,
Duduknya dia sendirian di atas tembok batu depan jendela bilik termenung selepas dia tukar pakaian kepada pyjama tidur, tak dapat nak tidur sebab tak mengantuk mahupun penat. Mungkin kerana terlalu gembira dan pada masa yang terkejut dengan suasana baru yang terjadi.
Namun menungnya itu terganggu.
Knock!Knock!
Tanpa palingkan kepala ke pintu, Edith yang dengar terus menyahut. "Masuk.."dia bawa kedua-dua kaki rapat ke dada lalu di peluk sebelum dagunya di rehatkan atas lutut kaki tu.
Bunyi pintu dibuka dan ditutup kedengaran sebelum suara itu menyapa.
"Tak tidur lagi?"tegur Hunter setelah masuk ke dalam bilik itu sambil memegang jurnal di tangan.
"Hm."jeda Edith dengan perlahan sewaktu memandang ke pemandangan perkampungan yang kelihatan begitu muram dan kelam tidak bernyawa di jendela itu.Bila agaknya tempat ini akan kembali kepada keadaan asal. Dia rindu dengan suasana ceria dan meriah tempat ni.
Setiba di tempat Edith berada, Hunter mengambil tempat di situ lalu duduk menghadap Edith. Duduk saja di situ, Hunter mendiamkan diri buat sesaat. Mungkin teragak-agak bagaimana dia hendak beritahu.
"Boleh kita bercakap sekejap?"tanya dia sambil menanggalkan topeng mukanya lalu di letakkan dekat tepi. Edith dipandangnya.
"Cakap la. Saya dengar."balas Edith yang masih lagi dengan reaksi termenung dia. Tidak memandang Hunter walaupun dia tahu dirinya sedang ditatap oleh Hunter.
Hunter tunduk memandang jurnal yang dipegangnya sebelum pandang ke Edith. Hela nafas panjang dilepaskan.
"Ada yang saya hendak sampaikan kepada awak sebagai pesanan terakhir sekiranya sesuatu menimpa diri saya sewaktu peperangan nanti." beritahunya dengan nada perlahan dan mendung.
Baru la Edith angkat kepalanya dari lutut itu lalu turunkan kakinya kepada kedudukan bersimpuh dengan perlahan-lahan sambil pandang terkejut ke Hunter. Tergamam seketika dia bersama nafas ditahan.
"Apa?Pesanan terakhir!?"ulang Edith dengan lemah semangat.
Senyuman nipis terukir di bibir Hunter. Dia gerak merapat ke Edith hingga buatkan tepi kakinya bertemu dengan kaki Edith yang bersimpuh di situ. "Ya. Pesanan terakhir."ulangnya.
"Untuk apa?"Mata Edith gerak kanan dan kiri sewaktu tatap wajah Hunter. Jantungnya mula berdegup tidak tenang.
"Awak tahu...selepas ini macam-macam hal akan terjadi. Peperangan akan tercetus dan banyak perkara yang tak dapat di jangka apa lagi yang di luar kawalan kita akan berlaku. Untuk itu saya perlu beritahu hal ini kepada awak terlebih awal. Mana tahu sesuatu menimpa diri saya kelak." kata Hunter sambil pegang tangan Edith yang berada di atas pehanya ketika ini.
Air muka Edith menjadi kelam sebaik mendengar ucapan itu. Matanya mulai berkaca. "Kenapa awak cakap macam tu?Buat takut saya la...awak takkan apa-apa selagi saya masih ada. Lupa ke tu?"
Hunter tunduk memandang tangan Edith lalu digenggamnya dengan erat. Dia tahu. Tapi Raja Aragon bukan la sebarangan orang. Lelaki itu adalah seseorang yang sangat kuat dan berkuasa. Apa saja boleh menimpa dirinya sekiranya dia bertembung dengan lelaki tu. "Saya tahu tu." kepalanya di angkat semula memandang Edith. "Saya beritahu sekiranya ada kemungkinan tu."
Edith terdiam tidak terkata kerana berasa takut dan gusar bila memikirkan semua kemungkinan tu.
"Aragon..dia bukan lawan yang calang-calang, sekuat mana saya sekalipun, dia tetap yang teratas. Sebelum apa-apa yang terjadi, saya nak amanahkan kepada awak jurnal ayahanda saya ini kepada awak untuk di jaga serta laksanakan apa saja yang tercatat di dalamnya sekiranya sesuatu terjadi pada saya nanti."kata Hunter sambil letakkan jurnal itu di atas tapak tangan Edith yang dipegangnya tadi.
Kepala Edith tertunduk ke bawah untuk memandang jurnal itu Bersama air mata bergenangan di mata. Dia tak nak menangis. Tapi mendengar kata-kata Hunter buatkan dia sebak dan takut pada masa yang sama. "Hunter...saya tak suka dengar semua ni...please. Hentikannya."beritahu dia sambil angkat kepala memandang wajah Hunter semula dengan kening berkerut sedih.
Hunter pegang tepi kepala Edith lalu di usap pipi tu dengan ibu jarinya perlahan-lahan. "Saya tahu. Saya pun takut sebenarnya. Tapi saya tak boleh berhenti sekarang. Sebab kalau bukan sekarang tiada lagi peluangnya. Janji pada saya yang awak akan jaga jurnal ni dan teruskan apa saja yang ayahanda saya catitkan di dalam ni."
Bibir Edith tercebik-cebik mahu menangis, namun dia tetap mengangguk setuju dengan permintaan itu. "Saya janji.."lafaznya Bersama linangan air mata turun ke pipi.
Lega mendengarnya. Hunter tarik senyuman leganya sebelum gerak memberi kucupan di kening Edith dengan mata terpejam. Apa yang dia boleh lakukan sekarang adalah berdoa dan berharap agar semuanya berjalan seperti yang di rancangnya.
Mata Edith terpejam taktala bibir itu hinggap di dahinya sebelum menangis tanpa suara. Kalau ini mahunya Hunter, tiada apa-apa lagi yang dia boleh katakan. Apa yang dia boleh lakukan adalah berdoa supaya Hunter dan yang lain baik-baik sahaja.
YOU ARE READING
24. The Grimm Reaper
FantasyAwalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musan...