Bab 35 : Manusia mati meninggalkan nama, tapi kenangan kekal dalam ingatan,

2.4K 242 5
                                    

"Ayahanda...bila anakanda akan jadi seperti ayahanda?"tanya dia semasa berdiri melihat ayahnya duduk membelek bilah pedang.

"Apa maksud anakanda?Menjadi raja ke?"tanya Raja Aragog pula.

"Bukan...jadi seperti mana ayahanda jadi sekarang ni. Seorang raja yang tegas tapi dalam masa yang sama seorang ayah penyanyang. Raja yang sibuk tapi masih sempat menyambut ulang tahun kelahiran bonda, penat tapi masih sudi mendengar rintihan rakyat yang kesusahan...sakit tapi masih mahu luangkan masa bersama anaknya?"

"Ahahaha...adakah beta sedang dipuji dengan anakanda sekarang ni?"

"Boleh di katakan macam tu? "

"Sudah tentu...malah kamu akan jadi lebih baik dari apa yang ayahanda sedang lakukan. Ayahanda yakin..lepas kamu dewasa nanti...kamu boleh jadi raja seperti ayah. "

"Tapi bila?"

"Bila tiba masanya nak...jangan risau mengenainya. Selagi ayahanda masih ada, ayahanda akan ajar kamu sebanyak yang boleh."

"Betul ni?"dia yang dengar tersenyum senang.

"Ya.."ayahanda dongak memandang dirinya lalu ikut tersenyum.

"Lah...di sini rupanya kamu berdua..jenuh bonda cari.."suara bondanya menyapa dari arah laluan pintu masuk kawasan taman sambil menatang dulang berisi minuman dan makanan.

"Apa bonda bawakan tu?"soalnya yang lekas-lekas dapatkan bondanya lalu tolong pegang dulang itu untuknya.

"Snek kesukaan kamu.."balas bondanya sambil usap belakang kepalanya.

"Anaknya je ke?Saya tak ada?"seloroh ayahandang bernada merajuk.

"Ahaha...awak dah tua. Biar la anaknya pula..."seloroh bondanya sewaktu mereka berdua sertai ayahandanya di meja marble di taman itu.

Dengan senyap semua di situ berdiri dengan kedua-dua tangan di depan perut. Sementara kepala tunduk memberi penghormatan di depan makam di mana raja dan permaisuri berada.

Disebabkan sudah lama tidak di jaga, keadaan tempat itu sangat la terbiar dan begitu tidak terurus. Buatkan sesiapa yang murung semakin murung memandang keadaan tempat itu.

Semua di situ hanya diam melihat makam tersebut sementara Cora dan Edith tolong kemaskan sikit sekeliling makam tu dari tumbuhan menjalan dan daun kering. Menanggalkan lumut yang melekat di situ menggunakan ranting dan lap plak nama peringatan pada batu itu supaya kelihatan lebih jelas lagi,

Hunter yang sedang tenggelam dalam perasaannya hanya diam termenung mengingatkan kenangan-kenangan lamanya bersama ibubapanya sewaktu mereka masih hidup. Tiada satu pun yang sedih. Semuanya penuh dengan gelak tawa dan senyuman gembira. Yang mana jadi alasan utama kenapa dia masih hidup sehingga ke hari ini.

Edith tersenyum semasa pandang hasil kerjanya bersama Cora. Berpuas hati kerana keadaan makam itu kelihatan lebih kemas dan tidak kotor lagi. Lantas dia tekapkan tangannya atas tanah. Menggunakan sihir yang dia simpan selama ini.

Tanah tadi yang hitam dan kotor tiada tumbuhan hijau perlahan-lahan bertukar menjadi warna coklat gelap. Apabila tanah itu segar, rumput yang hijau mula naik dari permukaan tanah dan tumbuh ke sekeliling makam tersebut. Setelah rumput selesai tumbuh, beberapa jenis bunga ikut naik kembang menunjukkan warna-warninya.

Cora yang lihat akan makam tadi suram kini menjadi ceria tersenyum senang. Sudah lama dia tak nampak Edith gunakan kuasa milik tuannya ini. Selalunya dia nampak Edith adun posyen sepanjang masa dan lakukan segalanya menggunakan tangan secara manual tanpa sebarang kuasa magis.

Hunter, Jasper, Alaric, Caspian dan Julius menyaksikan kejadian itu dengan perasaan kagum dan tersentuh. Buat kali terakhir mereka sejak lawat tempat ini, ini la kali pertama lihat tumbuhan hijau dan berwarna kelihatan di makam ini.

"Nah..lepas ni makam ini akan sentiasa di tumbuh tumbuhan yang takkan layu sampai bila-bila."beritahu Edith sambil tepuk tangan membuang tanah dari tapak tangannya.

Cora bantu Edith bangun dari situ lantas bantu tepuk kain dress milik Edith untuk hilangkan apa saja benda asing yang melekat padanya. "Good job master."ujarnya sambil tu.

"Terima kasih."ucap Hunter sambil termenung memandang makam di depannya.

PRAK!

Tidak semena bunyi ranting patah kedengaran di laman perkuburan itu dengan tiba-tiba.

Pada masa Edith gerak hendak ke sisi Hunter, senyumannya jatuh dan dia terus berdiri dekat situ bila nampak betapa ramainya orang dari pelbagai arah munculkan diri dan mengelilingi kawasan mereka berada sekarang. Ramainya mengenakan mantel dan menyelubungi kepala mereka dengan hood.

"Um..awak semua?"panggil Cora yang nampak perkara yang sama sebab mereka berdiri menghadap lima orang tu, sementara lima orang tu berdiri membelakangkan keadaan itu, jadi lima lelaki di situ langsung tak perasan.

"Did we expecting company?"tanya Edith pula sambil pandang kejung ke belakang Hunter dan Jasper. Meremang tegak bulu roma dia sekarang ni.

Alaric, Caspian dan Julius yang tak tahu menahu apa-apa itu palingkan kepala mereka untuk lihat kenapa Edith beri reaksi seperti baru lihat hantu begitu. Sekali bila mereka pandang, serta merta mereka bertiga tersentak sekejap sebelum masing-masing sedia membuka langkah hendak pertahankan diri.

Tapi Jasper hanya bersahaja dekat situ. Begitu juga dengan Hunter. Malah Hunter la yang paling tenang dekat situ seperti tahu-tahu akan ada kehadiran orang berkelubung di situ.

"Mak!"teriak Edith dan Cora dengan serentak bila mereka perasan seorang dari mereka yang berkelubung di situ menghampiri mereka berdua.

Mereka apa lagi, mencicit lari la Edith dan Cora ke belakang badan Hunter dan Jasper. Menyorok nak cari tempat perlindungan gara-gara terkejut akan kemunculan orang berkelubung tersebut.

Oramg berkelubung itu berdiri hampir dengan kumpulan itu dengan kepala tertunduk ke bawah.

"Maaf tuanku kerana kami lewat. Ianya ambil masa untuk kumpulkan semua orang.."satu suara lelaki muncul dari balik kelubung tu.

Hunter yang dengar gerakkan mata ke orang yang berdiri tiga langkah di depannya itu. "Semua dah sedia ke?" tanya dia.

"Sudah tuanku. Kami semua hanya menunggu arahan dari tuanku sahaja."

Edith intai sedikit dari balik lengan Hunter untuk tengok siapa orang tu. Penculik ke?Penjahat?Huh?

Bila orang berkelubung tu nampak Edith, dia berikan tunduk hormat sedikit.

"Si-siapa mereka ni?"bisik Cora di belakang bahu Jasper. Dia ikut intai takut ke sekelilingnya. Jangan beritahu dia mereka ni pemburu naga atau apa. Dia tak sedia lagi. Lama dah dia tak bertukar jadi naga ni!

Jasper palingkan kepala ke bahunya lalu berbisik. "Pemburu naga..nak cari mangsa dan guna sisik tu buat duit.."sakatnya.

"Huh?"membutang mata Cora lepas dengar. Dia pegang dengan erat kain mantel Jasper. "Serius la!"desisnya dengan keras.

Jasper hanya tersengih meleret menahan diri dari ketawa dengan reaksi Cora.

"Kalau macam tu kita akan mula serang Istana Stone Hill malam ni jugak."beritahu Hunter dengan suara dalam dan penuh dengan aura seorang pemimpin.

"Daulat tuanku, titah dijunjung!" dengan serentak semua yang ada di situ tunduk melutut sebelah kaki dan menggumam ayat yang sama.

Edith pandang tepi muka Hunter dengan kening berkerut sebelum pandang sekeliling yang di penuhi dengan orang berkelubung sambil menelan air liur.

Dah nak berperang ke?

24. The Grimm ReaperWhere stories live. Discover now