Setelah tengah malam melabuhkan tirainya, para pengawal istana jalan mundar mandir mengawal keselamatan. Pada masa itu, dua kelibat muncul dari atas bumbung istana, bercakap di situ sambil memerhatikan persekitaran dari balik topeng yang dipakai oleh mereka. Seorang darinya mempunyai senjata dimerintang di dada, sementara yang lain mempunyai kapak tersemat pada tali pinggang yang dipakai.
Si Rusa memalingkan kepalanya ke arah rakan yang mengenakan topeng Serigala lalu bersuara, "Peti itu ada di bilik sebelah kanan, sebelah ruang bacaan. Laci kedua," beritahu dia sambil berdiri untuk bersedia melompat dari situ ke beranda di bawah bumbung tempat dia berpijak.
Si Serigala mengangguk faham, "Hati-hati. Kita perlu mendapatkan batu itu secepat mungkin."
"Aku masuk dulu kalau macam tu," beritahu Si Rusa sebelum melompat dengan bersahaja dari bumbung itu.
Setelah ditinggalkan sendirian di situ, Si Serigala lenyapkan dirinya dari bumbung tersebut dengan tiba-tiba. Lalu, muncul di koridor di mana pengawal sedang berdiri membelakangkan dia. Sesaat sebelum pengawal itu berpaling, dia memegang leher mereka dan dipulas hingga patah.
PRAK! Pengawal itu longlai dan tubuhnya diheret untuk disembunyikan di tiang berdekatan.
Namun, sebelum Si Serigala sempat menyembunyikan tubuh pengawal yang telah dilumpuhkannya, dia disapa oleh dua lagi pengawal yang kebetulan melintasi tempat itu. Dua pengawal itu hendak berteriak memberi amaran, tetapi Si Serigala dengan cekap melemparkan bilah shuriken ke leher masing-masing, mengelarnya hingga mati. Serentak itu, pengawal itu jatuh rebah berlumuran darah atas lantai.
Melihat halangan sudah dihapuskan, Si Serigala menyusup masuk ke dalam istana. Dia melalui koridor dan laluan dengan cepat sehingga tiba di destinasi sebenar. Tanpa susah payah memecahkan pintu itu, menggunakan pisau belati yang terikat di pergelangan tangannya, dia mengkopak pintu itu dalam sekelip mata.
KLIK! Pintu itu terbuka seketika.
Dia masuk ke dalam ruangan tersebut tanpa berlengah. Menggunakan kuasa sense serigalanya, dia dapat melihat dalam gelap dengan mudah tanpa sumber cahaya. Matanya yang berwarna kelabu silver bercahaya sewaktu dia memindai sekeliling bilik tersebut, mencari laci yang menyimpan peti rahsia.
Tidak sampai lima saat setelah Si Serigala memindai ruang itu, matanya menangkap laci yang dimaksudkan oleh Si Rusa tadi. Dengan senyuman senang meleret di bibirnya, dia bergerak ke laci itu lalu menariknya keluar dari rak tersebut. "Akhirnya! Batu Cahaya Mortal," gumamnya senang.
Peti dalam laci itu dibawa keluar sebelum dia memegangnya dengan kedua tangan untuk membuka penutupnya. Namun, begitu dia membukanya, dia hanya disapa dengan peti yang kosong! "Looking for something..." tegur suara dari belakang dengan tiba-tiba sebelum bilik itu disinari oleh cahaya.
Terkejut, Si Serigala melepaskan pegangannya pada peti itu dan berpaling cepat. Ia adalah satu perangkap! Di depan pintu masuk berdiri seorang lelaki berpakaian seperti pyjama tidur tetapi bertopeng kucing. Sebelah tangan memegang pedang, sebelah lagi menyeluk tangan ke dalam poket. "Tengok siapa yang terjebak..." kata Si Kucing dengan nada sinisnya.
Si Serigala tanpa berlengah terus menyerang. Dia perlu keluar dari situ dan memberi amaran kepada Si Rusa. Si Kucing dengan tenang mengangkat pedangnya untuk membela diri. Dia melibas dengan cepat mencuba mengelarnya.
"This is gonna be interesting..." komen Si Kucing sebelum menggunakan tangan lainnya untuk mengeluarkan bilah pisau dari poket tali pinggang di belakangnya. Lantas dia melemparkan empat pisau dalam masa yang sama ke arah Si Serigala.
Berdesup laju seperti peluru, pisau-pisau itu melayang ke arah Si Serigala. Dua darinya dapat dielak, namun tiga yang lainnya tertusuk ke badannya saat dia mencoba menghalangi mereka. Melutut dengan satu kaki, dia merintih kesakitan.
"Heh! Gotcha!" gumam Si Kucing dengan bangga. Si Serigala, tanpa membuang masa, melarikan diri dan muncul di koridor yang sama sesaat kemudian sambil memegang luka di perut dan dada sebelah kanannya. Bilah pisau itu ditarik keluar saat dia melarikan diri dan melompat turun dari tembok itu, mendarat di atas bumbung menara istana.
Sedang dia melompat-lompat untuk melarikan diri, dia melihat Si Rusa keluar dari sebuah tingkap dan melompat tepat di bumbung di bawahnya. "Ini perangkap!" teriak Si Rusa sambil memegang sesuatu di tangan seakan buku. "Berpecah. Kita jumpa di tempat biasa nanti," beritahu Si Serigala tanpa berhenti berlari. Si Rusa mengangguk lalu lenyapkan diri dengan tiba-tiba.
Si Serigala pun melakukan hal yang sama. Namun, karena cederanya, dia tidak dapat lenyapkan diri jauh dari situ. Dia hanya mampu melakukannya beberapa meter dari kawasan istana. Setelah itu, dia terpaksa berlari dan berjalan kaki untuk meninggalkan tempat tersebut. Dengan darah berlumuran keluar dari luka-lukanya, Si Serigala akhirnya tiba di kawasan pekan di mana deretan premis perniagaan berada. Saat dia berjalan, matanya melihat papan tanda dengan perkataan "posyen" tertera di atasnya.
YOU ARE READING
24. The Grimm Reaper
FantasyAwalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musan...