Edith kerling ke Hunter yang tidak berbaju tu dengan muka tak percaya. Dada dia sebu sebab marah dan sedih pada masa yang sama. Boleh pulak Hunter dengan tak ada perasaanya cakap macam tu.
"Jadi kalau orang kejam dengan awak, awak kejam dengan orang tu balik?Macam tu?"soal Edith dengan nada tak puas hati.
"Why not. Hutang darang di bayar darah."balas Hunter yang tunduk tanggalkan seluar begitu sahaja.
Cepat-cepat Edith alihkan matanya ke tempat lain sambil buat muka kesal. Namun tiada apa-apa yang dapat keluar dari mulutnya ketika ini. Sebab apa Hunter cakap tiada yang salah pun. Ianya masuk akal. Yalah lepas apa yang berlaku, sikap toleransi dan baik hati takkan dapat selesaikan masalah yang di hadapi negara ni. Masalahnya sekarang ianya terlalu dasyat untuk dia tanggung seorang diri.
Seteklag ganti seluar bersih, Hunter dengan senyap-senyap jalan menghendap ke arah katil."Hei!"tegurnya sebaik berada di atas katil itu dalam keadaan merangkak depan muka Edith.
Edith gerakkan kepalanya ke depan tanpa agak apa-apa. Sekali bila dia hadap, terbutang luas terus matanya bila hujung hidung dia hampir bertemu dengan hujung hidung Hunter. Pergh!Dekat betul! Terkerjut dibuatnya. Cepat-cepat dia undurkan sikit kepalanya ke belakang. Sejak bila pulak lelaki ni ada depan mata dia. "Apa?"tanya dia sambil bawa tangan depan mulut nak elak nafas dia dari mengenai muka Hunter.
Mata Hunter gerak menilik wajah bangun tidur Edith. "Tolong jangan bencikan aku"mintanya dengan perlahan tak lama kemudian.
Terpana sekejap Edith sebaik mendengarnya. Dia pandang tak berkedip ke mata Hunter. Apa ni tiba-tiba. Memangnya urusan dia?
"Selain kau...aku dah tak ada sesiapa lagi yang mengingatkan aku pada ayahanda dan bonda aku."beritahu Hunter sebelum tersenyum lalu dekatkan bibirnya ke dahi Edith lantas mengucupnya dengan lembut.
Edith hanya diam disitu tidak bergerak.
Tidak lama kemudian, Hunter jauhkan bibirnya dari Edith sebelum gerak ke sebelah katil itu lalu tumbangkan badan dalam keadaan meniarap dan tak berbajunya. "Kejutkan aku bila Jasper balik nanti?"gumamnya dari balik bantal.
Edith palingkan kepala ke sebelahnya lalu pandang belakang tak berbaju Hunter dengan renungan letih. Tak faham dia. "Kenapa saya tak boleh duduk sebilik dengan Cora sebaliknya dengan awak?"tanya dia sambil pandang.
Kepala Hunter bergerak, dia palingkannya ke Edith. "Sebab kau aku punya, nanti kan, tapi pengetahuan kau kau buat hal dengan dia orang berempat tu...siapa tahu. Lagipun Cora takkan apa-apa pun kalau berjauhan sekejap dari kau.."jelasnya dengan nada meleret orang malas. Mata pula terkedip-kedip hendak terlelap.
Dengusan tak percaya lepas dari hidung Edith, dia bersila dekat situ lalu pandang ke depan dengan menyampah.
"Lagipun...berada dekat dengan kau buat tenaga dalam badan aku ni tenang. Sejak kita berjumpa, sejak tu kuasa dalam badan aku tenang tak kacau bilau"luah Hunter lagi dengan mata terpejam dan suara mamai mahu betul-betul terlena.
"Kalau macam tu cari isteri cepat-cepat supaya saya dapat selesaikan tugas saya ni. Dia boleh ganti tempat saya sekiranya awak perlukan charger."keluh Edith dengan menung panjangnya.
Hunter berdengus sebelum Tarik sengih. Mata yang terpejam di buka untuk pandang ke Edith."Buat apa nak cari kalau dekat depan mata dah ada. Kau tak pelik ke kenapa bonda datang sendiri berikan naga kepada kau?Kenapa ayahanda berikan separuh dari kuasa dia pada kau?"ujarnya.
Apa?Edith dengan laju palingkan kepala ke sebelah lalu tunduk memandang ke Hunter. "Apa awak cakap?"soalnya dengan terkejut. Apa maksudnya?Apa sebabnya?
Hunter kembali memejam matanya. "Itu sebab kau memang dah terpilih untuk jadi pasangan aku dari awal lagi bertuah"selorohnya sebelum terlena sepenuhnya. Dia penat sejak beberapa hari ni dia tak dapat nak tidur apa lagi berehat kerana sibuk dengan pelbagai persiapan.
"Hah?!"Edith membutang mata terkejut. Dia goyangkan lengan Hunter beberapa kali. Berasa tak percaya dengan apa yang baru di dengar. "Hunter....bangun!Siapa suruh awak tidur...kita belum habis cakap lagi."
Dengkuran lembut keluar dari hidung Hunter sesaat kemudian.
"Hunter!"panggil Edith dengan cemas yang kemudian berhenti dari mengoyangkan badan tu. Dia pandang muka tidur Hunter dengan kening berkerut bingung. Dia dengar salah ke tadi?Serius?What the heck? Dia kena beritahu Cora tentang hal ni!Ya!Kawannya perlu tahu!Tanpa berlengah, dia terus gerak hendak selak selimut dari kaki untuk turun dari katil tu.
Pada masa itu la tangan Hunter bergerak ke lengan Edith. Dia cengkam tangan tu lalu merentapnya dengan satu tarikan yang kuat hingga menyebabkan Edith jatuh terbaring semula ke atas katil tu.
"Mak!"latah Edith sebaik terhempas ke belakang dengan mengejut. "Apa yang-"gelut dia sewaktu mahu bangun semula.
Tetapi Hunter malah letakkan tangan di pinggang Edith lalu Tarik Edith merapat kepadanya sebelum kepala dia di rehatkan ke ceruk leher Edith. "Nanti...temankan aku sekejap."
"Hei!Awak tak tidur lagi!"marah Edith yang menyedari bahawa sejak tadi Hunter hanya buat tak dengar akan panggilannya.
Hunter hanya tersengih dengan mata terpejam lalu mengeratkan pelukannya di pinggang itu. Ketika itu la ibarat seperti gelombang tenaga yang hangat dan begitu menenangkan menyapa seluruh urat saraf dan badannya. Buatkan dia yang rasa berasa lega yang amat sangat. Dia pun lepaskan hela nafas yang panjang dan mula lenakan diri sendiri.
Keluhan mengalah pun lepas dari Edith. Dia pandang siling bilik bawah tanah di atasnya sambil mendengar deru nafas dan degupan jantung Hunter di sebelahnya. Lepas ni apa yang akan berlaku?Raja Aragon tu...dapat ke Hunter tumpaskan nanti?
YOU ARE READING
24. The Grimm Reaper
FantasyAwalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musan...