Bab 13 : Mimpi Jadi Nyata.

2.8K 258 0
                                    

"Apa kau cakap!"seru Cora dengan lantang. "Mimpi kau jadi nyata?Jadi selama ni mimpi yang menghantui kau dah terjadi?Sebab itu la kau hilang satu hari suntuk semalam?Sebab orang-orang dalam mimpi kau tu?"

"Um."angguk Edith semasa mengisar halus ramuan kering dalam lesung batunya. Fikiranya dia masih terbayangkan wajah Hunter. Ada sesuatu pada lelaki tu buat dia tertanya-tanya.

"Malam tadi kau mimpi lagi tak?"Cora yang sedang berdiri di depan dapur api mengadun posyen dalam belanga mencekak pingang sebelah tangan. Sebelah lagi pegang senduk.

Mereka sekarang berada di dapur kedai posyen mereka. Sedang siapkan Posyen Cinta dan Minyak Wangi Penarik Hati untuk penuhkan stok memandangkan produk ini paling laku di sini.

Elok Edith sedang mengaduk serbuk dalam lesungnya, dia berhenti sejenak sebelum memandang beg sandang di kerusi kayu sebelah jendela kedainya. Ada...dan mimpi ini adalah mimpi terbaru. Mimpi yang dia tak pernah lihat dari sebelum-sebelum ni. Ianya seperti imbasan masa lalu. Atau pendek ceritanya memori lampau milik seseorang. Dia tak pasti bila, tapi mimpi itu sangat jelas.

"Wei...aku tanya. Kau mimpi lagi ke tak?"Cora berpaling memandang belakang badan Edith dengan kening mencerlung.

"Ada.."jawab Edith yang kembali menyambung kerjanya semula. "tapi aku tak sure mimpi tu mimpi masa depan atau masa lampau.Sebab ianya mimpi baru."beritahu dia.

Senduk besi itu di letakkan atas pinggan sebelum dia matikan api renehan posyennya."Aku takut la Edith. Macam mana kalau mimpi-mimpi ni bawak kau balik ke masa lampau kau nanti?Kita kena lari lagi ke?"soal Cora sewaktu berdiri di sebelah kawannya itu lalu pandang tepi muka tu.

Edtih tunduk memandang serbuk dalam lesung batunya dengan kening berkerut bingung. "Kalau hal tu terjadi, terpaksa la."

"Haih...penat la macam ni.."keluh Cora. "Sampai bila kita nak lari macam ni...kenapa la dia orang tak boleh nak biarkan kau hidup tenang?Tak cukup ke apa yang dia orang dah buat dekat kita selama ni?Dekat diri kau?Dekat family kau?"

Edith pun palingkan kepala ke Cora dan pandang serba salah kepada rakannya. "Sabar la. Nak buat macam mana kalau dah ini nasibnya, Kau pulak jangan la risau. Aku akan cuba fahamkan mimpi tu dan selesaikannya sekiranya boleh."

"Aku risaukan kau..bukan diri aku. Kau ingat sikit siapa diri kau tu. Dan kenapa kita ada dekat sini. Aku tak nak semua yang kita rancang musnah macam tu je sebab mimpi-mimpi ramalan kau tu.."tegas Cora sambil cengkam lengan Edith dengan terdesak.

Edith telan air liur gemuruhnya lepas Nampak sinar cahaya dari mata Cora. Dan rasa panas mula dia rasai pada tangan di lengannya itu. "Cora...bawak bertenang. Kuasa kau keluar."beritahu dia sambil tenung mata tu.

Cora tersentak. Dia pandang ke lengan Edith yang di cengkamnya lalu dikedip bingung matanya beberapa kali sehingga la sinar cahaya itu lenyap dari matanya. "Maaf."ucap dia dari balik nafas naik turunnya.

"Tak apa. Aku okay."beritahu Edith semasa pandang ke Cora.

"Kau tahu apa itu Batu Cahaya Mortal?"tanya Edith tidak lama kemudian. Dia keluarkan serbuk yang telah halus itu dari lesung batu lalu di tuang ke dalam mangkuk kecil di sebelahnya. Dia teringat akan mimpinya hari tu. Dia cuba cari tahu, tapi tak sempat.

Cora baru sahaja buka mulut hendak bersuara, pada masa itu bunyi loceng dari pintu masuk kedai kedengaran. Hal itu buatkan dia terus batalkan niatnya hendak bercakap. "Kau tunggu. Aku tengok siapa yang datang."beritahunya semasa keluar dari kawasan dapur itu ke ruang depan kedai.

Edith yang di tinggalkan sendirian dekat dapur itu sibukkan diri dengan kerjanya. Sekejap masukkan serbuk dalam adunan posyen, Sekejap dia keluarkan botol kaca dari laci cabinet di bawahnya. Sekejap dia capai bahan lain untuk di masukkan ke dalam lesung batu. Dan bila dia mahu tunduk dapatkan belanga baru, cabinet di bawah meja kerjanya itu kosong. Dia pun berdiri tegak memandang sekeliling ruang itu untuk cari ada belanga kosong tak. Sekali tu Edith Nampak sebuah belanga kecil dari atas rak yang ada di sebelah kiri dapur. Tanpa berlengah dia pun gerak ke rak itu untuk dapatkannya.

Berdiri saja dia di depan rak itu, Edith dongak jauh ke atas. Melihat kedudukan belanga tersebut buatkan dia tertanya-tanya. Adakah dia yang pendek atau sememangnya rak ini yang tinggi?Macam mana benda alah tu boleh berada tinggi di situ?

"Haih!"keluh Edith sebelum gerak untuk memanjar rak di situ seperti panjat tangga. Sebelah tangan pegang rak, sebelah tangan lagi menggapai periuk belanga yang ada di atasnya. Terkebil-kebil mata Edith sewaktu dia cuba menggerakkan hujung jarinya.

SLIP!

Tangan Edith yang menyokong dirinya di rak itu licin lantas terlepas pegang dari cengkamannya. Pada masa itu la tubuh Edith hilang keseimbangan dan gerak jatuh ke belakang. Tidak sempat hendak berbuat apa-apa, Edith hanya mampu memandang terkejut ke periuk belanga yang ada di atas rak itu sewaktu dia terjatuh.

Kedebuk!

Seperti karung kentang busuk jatuh, Edith jatuh telentang di situ. Sebu dada dia akibat daratan itu. Gosh!Apa hal dia dengan jatuh ni?Tak habis-habis betul. Sedang dia hendak soberkan diri dari sakit yang dirasai, Edith diam terbaring di situ memandang ke siling dapurnya yang bersawang dan penuh dengan habuk itu.

Hunter. Si Serigala. Edith pejam mata dia tanpa sedar sambil terfikirkan nama tu dalam kepalanya..

24. The Grimm ReaperWhere stories live. Discover now