Bab 11 : Kidnap!

3K 286 2
                                    

"Turunkan saya sekarang!Turunkan saya!!" pukul Edith ke belakang badan tu. Urgh! "Dengar ya!Saya dah selamatkan nyawa awak. Patutnya awak bertimbang rasa pada saya. Bukannya culik saya begini!"bebel dia lagi sewaktu mereka sedang mendaki tangga menuju ke suatu tempat. Dia tak tahu mereka di mana. Apa dia tahu mereka ada dekat kawasan bukit atau hutan dimana sebuah rumah terletak di situ.

"Diam boleh tak?Memekak la kau ni."sungut Si Rusa sedang berjalan di belakang Si Serigala yang ketika itu sedang mendukung Edith atas bahu.

"Saya diam kalau awak lepaskan saya dan biarkan saya pergi!Please. Saya merayu. Saya janji saya takkan cakap tentang kejadian ni kepada sesiapa pun..."Edith cuba angkat kepala dia untuk pandang Si Rusa, tetapi usahanya tidak berhasil.

"Hei.. Hunter. Kenapa kau bawak minah mulut becok ni bersama?"tanya Si Rusa tiba-tiba.

Heh?

Edith berhenti dari bergelut lepas dengar nama tu di sebut oleh Si Rusa. Hunter?Itu nama Si Serigala!? Well..sesuai sangat la tu! Culik dia!Nama panggilan pun serigala!

Hunter tidak menjawab. Dia hanya pandang ke depan lalu gerakkan tangannya ke arah pintu rumah kayu tiga tingkat itu. Pintu tersebut pun terbuka dengan sendiri. Setelah itu dia melangkah masuk ke dalam. Langkahnya di atur ke arah pintu masuk ruang tamunya.

Sesampai saja mereka di ruang tamu itu, Hunter menurunkan Edith di atas sofa yang menghadap perapian di situ.

Si Rusa berjalan malas ke dalam ruangan tersebut lalu memetik jarinya satu kali sebelum seluruh bilik itu dibias dengan cahaya dan api di perapian pun menyala.

Edith yang terduduk di sofa itu bawa kakinya naik lalu di peluk merapat ke dada dengan cemas. Apa mereka nak dari dia ni?

Si Serigala turunkan selempang senjata dari dadanya lalu dia tanggalkan topeng muka dia dengan bersahaja. Hal itu buatkan Si Rusa yang sedang duduk di sofa satu seat tersentak lalu menempik.

"Hunter!Apa kau buat!"Si Rusa pandang terkejut ke Si Serigala.

Si Serigala tidak pedulikan panggilan itu, dia malah dengan tenang dan bersahaja berlutut sebelah kaki di depan sofa itu menghadap Edith yang memeluk kaki rapat ke kaki dan pandang gadis itu dengan renungan dingin penuh berharap.

What the heck!?

Edith pandang muka Hunter dengan reaksi bingung dia. Dah kenapa?Lelaki depan dia ni cannibal ke?Nak makan daging dia?Please. Daging dia tak sedap. Otot pun tak ada. Yang ada hanya tulang kering tak berkalsium dia.. "Please...jangan apa-apakan saya.."minta dia dengan suara kecil.

Si Rusa yang saksikan kejadian itu tergamam. Dia pandang terkejut akan Edith sewaktu gadis itu menatap Hunter! Selepas tengok Edith tak apa-apa. Malah boleh berkata Si Rusa bersuara. "Apa semua ni?"tanya dia sewaktu bangun dari situ dan ikut melutut di sebelah Hunter.

Hunter melepaskan hela nafas pendek. Reaksinya jelas beritahu betapa leganya dia.

"Dia kebal dengan kutukan kita."beritahu Hunter yang tidak alihkan mata dia dari Edith.

Huh?Edith kerling ke Si Rusa lalu ke Hunter. Kebal pada apa?Kutukan?Kutukan apa?

Si Rusa yang ingin tahu itupun turut gerak menanggalkan topeng Rusa dari mukanya lalu tayang muka dia pada Edith.

Edith kerling ke Si Rusa sewaktu sedar yang lelaki itu turut menanggalkan topeng dari muka.

Tapi dia berkerut kening membuat muka tak faham. "Apa yang berlaku sebenarnya?Kenapa awak semua asyik sibukkan soal muka dan kutukan sejak tadi?"tanya Edith yang cuba sandar ke belakang lebih lagi untuk jauhkan diri dari dua lelaki yang mempunyai rupa paras yang bersinar-sinar penuh dengan aura terang. Hati perempuannya tak kuat!

"Beritahu..siapa kau sebenarnya?"soal Hunter sewaktu pandang Edith dengan kening mencerlung. "Kau bukan orang sini kan?"

Edith telan air liur takutnya mendengar soalan itu. Dia tenung mata Hunter bersama perasaan gusarnya. Hish!Sibuk tanya hal orang dah kenapa!? "Saya orang sini la."beritahu dia.

Hunter kecilkan matanya kerana berasa curiga. "Tak mungkin. Kalau betul kau orang sini, kau pasti akan terjejas sama seperti orang dekat sini sekiranya nampak muka aku atau Jasper."beritahu dia sambil tunjuk Si Rusa di sebelah.

Edith buat muka funny. Dia berasa dua lelaki kacak di depannya ketika itu orang hilang akal. Cakap benda yang pelik-pelik dari tadi!?

"Memangnya awak berdua sama seperti The Grimm Reaper?Tiga orang perasan bagus tu?" soal Edith pula. "Boleh tarik nyawa orang lain lepas tengok muka mereka?"

Jasper berkerut-kerut kening lantas menggeleng kepala dengan perlahan.

"Kita orang tak sama...tapi kita orang miliki kutukan yang sama. Ianya sesiapa yang nampak wajah kami akan mati serta merta."

Edith menjungkit kening tinggi. 

"Hah?"Serius la?Kalau betul kenapa dia masih hidup lagi. Ke mereka ni saja nak buat cerita supaya dia tak sebarkan cerita mengenai mereka. "Apa awak merepekkan. Mana ada kutukan tu. Kalau betul ada..kenapa saya masih hidup lepas tengok muka awak berdua. Sudah la...merepek je semua tu. Sekarang lepaskan saya dan biar saya pulang. Cora pasti risaukan saya sekarang ni.."

Hunter dan Jasper kemudiannya berdiri. Mereka pandang bingung ke Edith sebelum mereka berdua saling memandang antara satu sama lain. Macam mana semua ni boleh terjadi?Kutukan itu memang benar ada. Mereka yakin. Tapi kenapa Edith seorang saja yang tak terjejas.

Ada sesuatu yang tidak kena!

Hunter tidak protes setelah itu. Dia hanya membiarkan saja persoalan itu bermain dalam kepalanya.

"Mari...aku hantar kau balik semula."Hunter hulur tangan untuk Edith sambut.

Bersama kening berkerut Edith cubit lengan baju Hunter. "Jangan peluk saya."arahnya.

"Jangan nak perasan lebih. Aku pun tak ingin la."getus Hunter semasa menjeling menyampah ke Edith.

Edith mencebik bibir. Dasar lelaki tak sedar di untung. Patutnya dia tak payah selamatkan SI Serigala ni. Biar mati kena racun hari tu!

24. The Grimm ReaperWhere stories live. Discover now