Bab 24 : Raja Aragon Vs Raja Yang Hilang.

2.6K 265 2
                                    

"Uhuk!Uhuk!"batuk Julius dekat lantai dalam keadaan mengiring.

Caspian hanya gagahkan diri bangun dari situ senyap tanpa suara. Namun baru saja dia angkat kaki kanan untuk di tegakkan, dia jatuh terduduk semula di atas lantai itu berdesis menahan sakit akibat di campak dan di hempap dengan kuasa Raja Aragon tadi. Sudahla kecederaan malam tadi belum sembuh sepenuhnya, di tambahkan lagi dengan semua ini.

Alaric berpaling, dia gerak ke arah di mana rakannya berada lalu melutut untuk bantu mereka bangun dari situ. "Maafkan aku"ucap dia.

Caspian yang sedang di bangunkan oleh Alaric bersuara. "Boleh aku tahu...kenapa kau lepaskan Si Serigala tu pergi?Malam tu kau sempat kejar dia?"

Alaric pimpin Caspian berdiri sama dengan dia lalu berdiri menghadap rakannya. "Aku tak tahu. Otak aku suruh pergi, badan aku tegah aku jangan pergi...ada sesuatu pada Si Serigala yang buatkan aku teragak-agak."

Julius di belakang kemudiannya bersuara. "Kau rasa lelaki bertopeng Serigala tu adalah lelaki yang raja takutkan selama ni ke?"

Alaric dan Caspian palingkan kepala ke rakan bongsu mereka dan pandang rakan mereka dengan kening berkerut.

"Apa maksud kau?"tanya Alaric.

"Kau tahu...kisah putera mahkota Raja Aragog yang hilang tu?"soal Julius dari balik topeng kucingnya.

"Kenapa dengan kisah tu?Aku dengar dia terkorban semasa peperangan lima tahun yang lepas selepas di tikam oleh Raja Aragon sendiri?"beritahu Alaric dengan nada hairannya.

"ya...tapi mayat dia ditemui tak?"soal Julius lagi.

"Apa yang buatkan kau terfikirkan hal seperti ni?"tanya Alaric yang agak terkejut dengan kata-kata Julius. Selama ni dia anggap Julius seseorang yang suka lakukan sesuatu tanpa berfikir dan tak serius. Tapi tak sangka pulak dia yang Julius lebih cekap dari dia. Sedangkan Julius adalah ahli paling muda di antara mereka bertiga.

Julius angkat tangan lalu menggosok sekitar dada dan tulang rusuk dia yang sedang sakit ketika itu. "Hari tu..masa kes pecah masuk. Aku cuba siasat buku apa yang Si Rusa rampas. Dan bila aku dapat tahu ianya adalah jurnal lama Raja Aragog, aku cuba cari tahu apa yang tertulis di situ dan apa saja yang berkaitan dengan jurnal tu. Sehingga la aku terjumpa keratan artikel dalam bilik arkib istana. Ianya mengenai kejadian peperangan dan juga hubungan sebenar Raja Aragon dan Raja Aragog pada masa tu."jelasnya dengan bersunguh.

"Kemudian?"soal Caspian yang mahu mendengar lebih laju. "Apa yang tertulis dekat artikel tu?"

Julius pandang ke Alaric lalu ke Caspian sebelum berkata. "Mereka adalah saudara mara. Selama ini kita fikirkan Raja Aragog bermusuhan dengan negara Bellington. Rupanya tidak. Semuanya bermula gara-gara Raja Aragon sendiri. Jadi aku yakin lelaki yang bertopeng Serigala tu munculkan diri selepas sekian lamanya adalah Putera Mahkota yang hilang tu."

Caspian tersentak. "Tak mungkin...maksud kau dia dah kembali?Dia yang bunuh semua pembesar-pembesar dan orang penting Raja Aragon?"soalnya dengan nada separuh berbisik.

"Dan orang tu adalah Si Serigala?"sebut Alaric bernada tak pasti.

"Yalah...kalau bukan dia siapa lagi. Just bayangkan. Selama ni kita fikir, hanya kita saja yang memilliki wajah terkutuk ni. Sekali tu muncul dua orang yang mempunyai nasib yang sama seperti kita. Bukan setakat itu, sama seperti kita, dua orang itu mahukan batu cahaya mortal macam kita jugak. Tak nampak ke yang kita berlima ni sebenarnya berasal dari negara yang sama?"beritahu Julius dengan nada perlahan.

"Tapi kenapa sekarang?Kenapa tak sebelum ni?"soal Caspian.

Julius jungkit bahu."Mungkin dia baru bersedia untuk mulakan rancangannya. Mana tahu...atau dia baru sembuh dari kecederaan ke apa ke"ujarnya sambil tu.

Alaric mendiamkan diri buat seketika. Dia pandang ke Julius sewaktu cuba mencerna setiap kata-kata rakannya ini. Kalau macam tu, maknanya legasi emparat Stone Hill masih boleh di bangunkan semula. "Maksudnya, kalau putera mahkota yang hilang tu dah kembali dan mahu tuntut semula taktah yang di rampas, kita patut berpihak pada siapa pulak?"tanya dia dengan nada tak percaya. Asalnya mereka adalah rakyat dari negara Stone Hill. Memandangkan negara mereka sudah di takluk Raja Aragon dan mereka tidak mempunyai raja. Maka Raja Aragon la pemerintah naungan mereka. Dan sekarang

Caspian dan Julius pandang mata Alaric sewaktu rakan mereka padang mereka silih ganti.

"Sebelum tu kita kena pastikan dulu sama ada betul atau tidak Si Serigala tu betul-betul putera yang hilang atau bukan."beritahu Capsian.

Julius mengetik lidah lalu mencekak pinggang seakan tak puas hati. "Tapi kan...kalau di fikirkan balik apa yang berlaku malam tadi...kenapa Si Edith dan Si Serigala tu boleh Bersama sekali lagi?Dua orang tu ada apa-apa ke?"

Alaric kerling ke Julius. "Kau..boleh kesan dia macam mana kau buat malam tadi?"soalnya.

"Aku cuba."angguk Julius.

"Kalau macam tu jejak Edith..uruskannya dengan cepat. Dan kali ni aku akan pastikan kita dapat apa yang kita nakkan."pesan Alaric dengan renungan penuh semangat berkobar-kobarnya.

Niat malam tadi mereka bukan nak berkasar. Mereka hanya hendak temui Si Serigala. Tak sangka pulak Edith ada Bersama malam tu. Dia mahu bertanya soal Si Serigala dan buku yang Si Rusa curi. Itu saja. Tapi malah di serang dengan teruk lagi tu!Buat malu je.

24. The Grimm ReaperWhere stories live. Discover now