"Nak ke mana cepat-cepat. Dia orang belum bangun lagi pun. Rasanya tak salah kalau kita berborak sekejap tak begitu Cik Edith Winter, The Protector."beritahu Hunter sebelum menarik sengih meleretnya.
Eh!?Terbeliak mata Edith mendengarnya sampai dia tahan nafas sendiri pun tak perasan. Apa Hunter panggil dia tadi?
"Terkejut ya. Jangan risau. AKu tak marah."beritahu Hunter yang menengok reaksi Edith lepas dia cakap macam tu. "Kau rasa kenapa aku temui kau dekat pasar semalam dan bahayakan diri dengan dedahkan diri aku walaupun sah-sah aku adalah orang paling di kehendaki di pekan tu?"ujar Hunter lagi.
What!Oh my gosh! "Awak dah tahu dari awal?"tanya Edith dengan nafas tertahan-tahannya. Takkan la!
"Baru tahu...bukan awal."jawab Hunter sambil lentokkan kepalanya sedikit.
Edith menelan air liur buat kesekian kali. Dia gerakkan matanya kanan dan kiri cuba tenangkan dirinya yang mula hendak di serang panik. Ohmygodohmygodohmygod!Apa dia nak buat ni?Apa dia kena buat sekarang?Panik?Menangis?Gembira?Ketawa?Huh?Apa dia kena lakukan?
"Naga tu Cora ke?"tanya Hunter dengan perlahan.
Apa naga?Tiba-tiba je tanya."Hah?"nganga Edith yang sedikit terpinga-pinga dengan situasinya. Sempat lagi tanya pasal naga. Nampak tak dia rasa nak pitam sekarang sebab terkejut?Prihatin la sikit!
"Naga...yang bonda aku berikan kepada kau tu...Cora ke?"soal Hunter lagi. Dia ingat lagi dimana ibunya adalah seorang penjaga naga. Masa dia kecil bondanya selalu tunjukkan dia naga yang dibelanya. Namun tak lama. Sampai satu tempoh bondanya jatuh sakit, begitu la naga-naga itu. Bila bondanya mangkat, maka naga belaan bondanya ikut mati. Kecuali satu. Naga Fire Horn. Naga yang lambat menetas, Kata ayahandanya naga itu diserahkan kepada perintis Protector. Sejak itu dia tak pernah dengar lagi tentang naga tu.
Oh?Mana Hunter tahu Cora adalah naga jelmaan manusia?"Macam mana awak tahu tentang naga tu?"soal Edith dengan kening berkerut sebelum tersedar yang dia tanpa sengaja mengaku bahawa dia adalah Protector yang dimaksudkan Hunter tadi. Dia tekup mulutnya dengan laju. Haish mulut ni pun satu!
"So betul la kau Protector tu?"sengih Hunter melihat reaksi Edith.
Yalah dia. Siapa lagi. Nak orang lain ke? Rasa tiada gunanya lagi dia nafikan hal itu, Edith turunkan tangan lalu pandang Hunter dengan perasaan kesal. "Ya saya."balasnya acuh tak acuh. "Kenapa?Tak suka?"
Hunter tersengih nipis mendengar soalan itu. "Sini kalau macam tu.."dia lambai tangan memanggil Edith supaya dekat kepadanya.
"Apa dia?"soal Edith lagi takut dia salah dengar. Datang dekat?Untuk apa?Hunter nak apakan dia?
"Datang sini"ulang Hunter dengan nada malasnya.
"Nak buat apa?"tanya Edith dengan muka curiga dan judging dia.
Renggusan kasar lepas dari hidungnya mendengar soalan demi soalan yang keluar dari mulut tu. "Datang je la.."gesa Hunter yang mula merinding kejengkelan.
Sambil buat muka, Edith pun atur langkahnya dengan bibir mencebik memberontak ke arah Hunter lalu berdiri di depan lelaki tu sesaat kemudian.
"Dekat lagi.."Hunter gerakkan mata dia ke Edith lalu ke depannya.
"Dah dekat la ni.."sungut Edith sambil tunjuk jarak mereka berdua. Nak dekat mana lagi, Yang ada hanya jarak dia antara celah kaki tu je. Jangan cakap suruh dia berdiri dekat antara celah kaki tu sudah.
Hunter buat muka 'seriously' pada Edith lepas wanita itu cuba memberontak dengan arahannya.
Buat beberapa saat, Edith hanya pandang muka Hunter. Cuba protes akan renungan itu. Namun tak lama, dia terpaksa akur. Ugrh!Edith menjuling mata menyampah bila Nampak akan muka tu. Nak tak nak dia gerak masuk ke celah kaki Hunter lalu berdiri di situ sambil menyilang tangan ke dada. "Dah. Nak apa?"soalnya sambil pandang ke tempat lain.
"Pandang aku."minta Hunter lagi dengan nada perlahan.
Ada-ada je la demand lelaki ni. Edith mengutuk dalam hati sewaktu palingkan mukanya ke Hunter. Kalau nak cakap tu cakap je la. Suruh itu ini bagai, Ingat sikit dia ni Protector bukannya maid. Pandang saja dia ke depan, matanya terus terarah pada wajah bersih Hunter dan mata itu.
"Apa lagi?"cemberut Edith.
Hunter pun pandang muka Edith dengan renungan redupnya. Dua orang. Dua orang paling penting dalam hidupnya telah letakkan nyawa dan hayat mereka demi orang di depannya ini. Untuk itu dia tak boleh biarkan apa-apa menimpa diri Edith dan Protectornya ini.
Ayahandanya telah serahkan sebahagian nyawa untuk dia kepada Edith. Sementara bondanya telah serahkan satu-satunya naga kesayangan bondanya kepada Edith. Nak dibandingkan dirinya anak mereka berdua, Edith memiliki segalanya. Dia tahu kenapa ayahanda serahkan semua itu kepada Edith. Ianya adalah untuk dirinya jugak. Sebab apa yang dimiliki Edith, ianya adalah miliknya. Sebagai persediaan untuk dirinya sekira berlaku apa-apa pada negara dan ibubapanya.
Dan kini...bila masanya telah tiba, dia takkan berundur lagi.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?"tegur Edith yang berasa segan dan malu di tenung dengan Hunter begitu sekali. Panas telinganya ketika ini.
"Terima kasih."ucap Hunter setelah itu. Terima kasih kerana kekal hidup dan sudi menjadi protector untuknya. Dia tahu tanggungjawab ini adalah suatu tugas yang sangat berat dan besar. Jadi dia hargainya.
Edith kedipkan matanya laju-laju. "Apa dia tadi?"kenapa?Apa dia dah buat?Untuk apa berterima kasih kepadanya?
Tanpa berkata apa-apa, Hunter tersenyum semasa berdiri melangit di depan Edith lalu tunduk memandangnya. "Sebab hidup untuk aku."beritahu dia sebelum menarik Edith ke dalam pelukannya. Dengan erat tangan dia melingkar sekeliling tubuh tu.Dia janji dia akan tuntut balik apa yang telah di rampas olehnya dari Aragon!
Kejung seperti patung, Edith hanya pandang terkejut ke jendela di depannya itu taktala tubuh dia di peluk tiba-tiba oleh Hunter. Sudahlah lelaki ini tidak berbaju. Boleh dia rasai otot yang ada di badan ini dengan jelas!"Ahm...sama-sama?"balasnya dengan kekok sewaktu tepuk perlahan belakang badan tu dengan dua jari. Segan lagi. Dia tak pernah buat sebarang skinship seperti ini seumur hidupnya. Jadi semua ni agak baru untuk dia dan perlukan masa untuk menanganinya.
YOU ARE READING
24. The Grimm Reaper
FantasyAwalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musan...