Bab 44 : Memori Lama.

2.3K 247 2
                                    

"Ada sesuatu yang aku nak kau tahu."beritahu Hunter sambil gerak menanggalkan topeng muka dari wajahnya dengan sebelah tangan.

Edith perhatikan topeng tu tertanggal sebelum dijatuhkan ke bawah kaki mereka oleh Hunter lalu kembali memandang muka handsome miliknya itu. "Apa dia perkara tu?"

Terus Hunter angkat tangannya sebelum pegang tepi kepala Edith dengan lemah lembut. "Ianya cerita yang panjang. Untuk tu aku nak kau tengok sendiri"beritahunya.

"Hah?Macam mana?"tengok apa?Edith buat muka tak faham.

Mata Hunter terarah pada bibir Edith sewaktu tangan dia yang awalnya berada di sekeliling pinggang gerak ke belakang badan Edith pula."Untuk tu aku perlukan kerjasama kau untuk tidak melawan dan izinkan aku."pandang dia ke mata Edith tanpa beralih sejak tadi.

Terkedip-kedip bingung dengan apa yang Hunter cuba sampaikan, Edith hanya mengangguk kepala. Apa aje la yang Hunter nak lakukan. "Okay..apa yang awak nak saya beri izinkan?"

"Ini."Hunter sengetkan kepalanya sedikit sebelum Tarik kepala Edith supaya dekat kepadanya. Lalu dia berikan kucupan pada bibir itu dengan lembut lantas memejam matanya.

Terbutang kaku mata Edith pada masa itu, dia menahan nafas terkejutnya sambil cengkam kuat kain baju di dada Hunter sebelum seluruh pandangan dia tiba-tiba berubah disimbahinya cahaya terang sebelum segalanya menjadi kabur!

Knock!Knock!

"Masuk!"suara Raja Aragog kedengaran dari dalam bilik bacaan.

Pintu yang ada di depannya kemudiannya di tolak ke dalam sebelum Hunter berjalan masuk ke dalam bilik tersebut. "Ayahanda panggil anakanda?"sapa dia sebaik tiba di depan Raja Aragog.

"Ya...duduk la dulu Hunter.."beritahu Raja Aragog sebelum tersenyum sewaktu menutup jurnalnya yang siap di tulis tadi lalu di letakkan atas meja sebelah sofa dia duduk ketika itu. Setelah itu dia rehatkan lengannya atas arm rest sofa untuk perhatikan Hunter yang kini sudah masuk 20 tahun. Sekejap saja sudah dewasa anak lelaki kesayangannya ini.

Hunter yang di pandang dengan Raja Aragog tersengih sendiri sebab segan. "Kenapa ayahanda pandang anakanda macam tu?Pelik pulak rasanya."kata dia sambil garu belakang kepala.

"Kenapa?Salah ke kalau ayahanda tengok muka anak sendiri. Bukanya selalu. Entah-entah nanti, ayahanda dah tak boleh tengok muka kamu lagi."seloroh Raja Aragog dengan bersahaja.

"Apa ayahanda cakapkan ni"Hunter buat muka tak suka bila dengar ayat tak menyenangkan tu. Dia yakin yang ayahandanya akan Bersama dengan dia sampai dia tua!

"Hahah..ya-ya. Jangan la serius sangat."

"Kata bonda ayahanada nak sampaikan sesuatu?Apa dia?"

"Oh ya..lupa. Ini..sebenarnya sudah lama ayahanda hendak ceritakan hal ini pada kamu. Tapi asyik tidak sempat sahaja kerana kesibukan. Jad hari ni ayahanda hendak sampaikan kamu satu berita buat kamu. Jadi dengar baik-baik."Raja Aragog pandang serius ke Hunter. Tiada lagi garis bergurau di wajah itu.

Hunter pun ikut angguk kepala dan beri reaksi seriusnya. "Baik."

"Begini, ayahanda mempunyai seorang rakan baik. Namanya Raja Eddison. Dia seorang raja untuk Negeri Batu Cahaya Mortal. Baginda adalah seorang raja yang sangat baik dan penyayang orangnya. Dan dipendekkan cerita dia telah berkahwin dengan seorang wanita yang sangat cantik dan juga amat di cintai oleh Raja Eddison yang bernama Fiona. Sampai la satu masa, mereka di kurniakan seorang anak perempuan. Sayangnya semasa kelahiran puterinya, permaisuri Fiona mengalami komplikasi hingga meragut nyawanya. Setelah permaisuri mangkat, Raja Eddison mengalami kemurungan yang sangat teruk sehingga tidak dapat menerima kelahiran puterinya itu. Maka anaknya itu telah diberikan kepada ayahadan dan juga bonda untuk dijaga. Dibesarkan di sini."beritahu Raja Aragog dengan nada tenang dan perlahan.

Kening Hunter terangkat sebaik mendengar. Ahh...jadi anak itu adalah Budak perempuan yang dia Nampak kadang-kadang berlegar di kawasan istana ni ke? "Kemudian?"

Raja Aragog tersenyum. "Kami ambil dia dan rawatnya seperti anak kami sendiri. Lalu bonda kamu jatuh hati pada anak tu kerana terlalu comel. Atas permintaan bonda kamu dia mahukan ayahanda satukan kamu berdua menggunakan sihir Protector dan Batu Cahaya Mortal memandangkan muka kamu tak boleh di lihat dengan orang lain selain kami berdua. Untuk itu ayahanda minta izin kamu untuk lakukannya pada anak itu."

Sebenarnya dia dah Nampak gadis yang kelihatan muda empat atau lima tahun darinya itu. Dan dia pun telah berminat. Cuma tak pernah berani nak dekatkan diri. "Kalau dah itu mahunya bondanya, anakanda tiada bantahan;"beritahu Hunter.

"Ya...ayahanda tahu kamu pasti tidak akan membantah. Tapi ayahanda tetap mahukan persetujuan kamu. Jadi boleh la ayahanda jadikan dia sebagai protector kamu pada masa yang sama sebagai pasangan kamu?"wajah Raja Aragog penuh dengan aura ceria dan senangnya. Buatkan mata yang memandang Hunter kelihatan penuh dengan kasih sayang dan cinta.

"Boleh ayahanda. Tapi boleh anakanda temui dia?"minta Hunter kemudiannya.

"Belum. Dia masih masih muda. Bila tiba masanya kamu boleh temui dia. Sementara itu bersabar ya."

"Namanya siapa kalau macam tu?"

"Hahah..tak menyabar kamu ya. Namanya Edith Winter."

Hunter jauhkan bibirnya lalu perlahan-lahan jarakkan sedikit mukanya untuk tatap wajah Edith bersama mata kemerahan dan kening berkerut sedih. Edith pasti rasa apa yang dia sedang rasakan sekarang ni. Memori lamanya memang indah namun sakit untuk diingatkan semula. Segalanya mengenai ibubapanya sungguh bernilai buat dia.

Mata Edith yang terpejam tadi ikut terbuka dengan perlahan sebelum dia pandang ke Hunter Bersama linangan air mata turun dari tepi mata. Apa yang dia baru nampak tadi? Nafasnya tersekat-sekat kerana terlalu sebak dengan apa yang dia rasa dan lihat sebentar tadi. Tak mungkin semua tu adalah benar!

"Maafkan aku...patutnya aku beritahu sejak kali pertama kita jumpa"beritahu Hunter sambil seka air mata dari tepi Edith dengan ibu jarinya. "Tapi keadaan tak mengizinkan aku untuk berbuat begitu"

Tak tahu nak cakap apa, Edith kemudian sembamkan mukanya ke bahu Hunter lantas menangis semahu dia. Jadi selama ini ibu dia meninggal bukan kerana sakit jantung, tapi komplikasi ketika melahirkan dia. Manakala ayahnya seorang raja. Lebih teruk lagi ayahnya campak dia ke sini kerana tak dapat terima dia kerana jadi punca kematian ibu dia. Hampir seumur hidup dia sangkakan yang dia anak Yatim piatu. Rupanya tidak.

"Maafkan aku Edith.."ucap Hunter dengan perlahan sebelum mengucup tepi kepala tu dan mengeratkan pelukan ke sekeliling badan Edith.

24. The Grimm ReaperWhere stories live. Discover now