Bab 16 : Master Luna

2.7K 256 8
                                    

Malam itu, Cora dikejutkan dengan kejadian yang tidak di jangka. Lena dia terganggu apabila bilik tidur mereka bercahaya terang. Sekali dia buka mata rupanya cahaya itu datang dari Edith. Yang mana buatkan dia terperanjat yang amat sangat!

Tanpa berlengah dia terus dapatkan Edith dan cuba bangunkan kawan dia dari tidur. Namun tak kira apa dia lakukan dari panggil, goyangkan badan, basahkan muka atau picit hidung Edith tetap jugak tidak terjaga.

Maka oleh kerana terlalu terdesak, Cora terpaksa jugak keluar tengah-tengah malam itu untuk berjumpa dengan Master Luna bagi membantu kawannya ini.

Tepat pada jam 2 pagi, dua orang wanita berkelubung merah dan coklat gelap pun berdiri dekat depan sebuah pondok kayu yang terletak di tengah hutan sebuah kawasan pedalaman tidak jauh dari kawasan pekan tersebut.

Sambil peluk Edith, Cora ketuk pintu dengan tangan satu lagi. Setelah beberapa kali di ketuk, akhirnya pintu itu pun terbuka. Seorang wanita berambut putih sepenuhnya yang di sanggul malas berdiri di depan mereka dengan kerutan di kening.

"Siapa?"sambut Master Luna sambil pandang dua orang berkelubung di depannya.

Cora turunkan hood dari kepalanya untuk tunjukkan siapa dirinya. "Kami master..."bisiknya sambil menyokong badan Edith.

Master Luna pandang ke orang di sebelah Cora yang sedang merehatkan kepala di atas bahu itu. "Masuk."arah dia sebelum gerak ke tepi memberi laluan buat mereka berdua.

Cora bawa Edith bersama masuk ke dalam pondok itu lantas Edith dibawa ke sebuah kerusi rotan panjang sebelah perapian. Dia dudukan Edith di situ sebelum turunkan hood kelubung itu turun dari kepala tu. Mendedahkan wajah pucat Edith dan tubuhnya yang mengeluarkan cahaya.

Master Luna yang kalut itu pun kunci pintu lalu di selak kemudian gerak menyelak langsir yang ada supaya tiada sesiapa lihat kejadian itu. Yakin semuanya telah secure, dia dapatkan Edith di kerusi rotannya dengan langkah cemas. "Apa yang dah berlaku?"

"Saya cuba bangunkan dia. Tapi Edith tak dapat nak sedar dari lena dia. Saya risaukan dia sebab itu saya paksa bawa dia ke sini...master. Tolong lakukan sesuatu. Sejak ke belakangan ni keadaan dia semakin memburuk."beritahu Cora sambil peluk badannya sendiri sebab risau dan sejuk.

Master Luna angkat tangan lalu tekup ke dahi yang basah dengan peluh dingin Edith. Setelah dia sentuh, matanya terus dipejam. Mulutnya terkumat kamit membaca serampah.

Pada masa itu kening Edith mula berkerut-kerut seakan dia dalam kesakitan setelah tapak tangan Master Luna mula mengeluarkan cahaya dan cahaya itu menjalar sekitar kepalanya.

Cora gigit hujung ibu jarinya semasa perhatikan Master Luna lakukan sesuatu pada Edith, keningnya mencerlung takut.

Tiba-tiba dengan mengejutk Edith akhirnya terbangun dari sandar di kerusi rotan itu dengan nafas di tahan kuat. Matanya terbutang luas.

"Edith!"terpa Cora yang kemudiannya melutut dekat sebelah kerusi itu untuk dapatkan Edith. "Kau dah sedar.."lafaznya dengan lega sebelum peluk badan tu.

Master Luna yang tadi melutut kembali berdiri tegak. Dia tarik kerusi kecil berdekatan dekat padanya sebelum dia duduk di situ menghadap Edith dan Cora. Dia berikan masa sekejap untuk Edith soberkan diri dan Cora lepaskan nafas lega.

Edith yang sedang pening kepala dan mamai perlahan-lahan palingkan kepalanya memandang Cora bersama air mata bertakung di kelopak. "Cora..." panggilnya dengan lemah.

"Ya...aku ada dekat sini.."Cora berkerut kening sambil kesat peluh yang merintik di dahi hangat Edith.

Edith mencebik bibir mahu menangis sebelum jatuhkan kepalanya ke bahu Cora kerana berasa takut dan terkejut pada masa yang sama. Dia mimpi ngeri. Mimpi dimana dia lihat orang mati di depan matanya dan teras kuasa mereka dirampas setelah itu. Dia rasa macam dia buat semua tu...dia nampak orang-orang tu pandang dia sebelum rebah tak bernyawa sesaat kemudian dalam mimpinya tadi. Dia cuba keluar dari mimpi tu. Tapi tak boleh! "Aku takut."luah Edith dari balik tangisannya.

Cora terpandang Master Luna semasa wanita itu memandang dirinya. Dia buat muka seakan bertanya 'apa yang dah berlaku' kepada Master Luna taktala Edith menangis macam ni sekali. Memangnya apa yang dah berlaku? "Shh.it okay. Aku ada dekat sini.."tepuknya pada belakang badan Edith.

Master Luna lepaskan hela nafas panjangnya sambil memandang risau ke belakang kepala Edith. Nampaknya 'pintu gerbang' yang selama ini dia cuba kunci dan rantaikan sudahpun terbuka sepenuhnya. Dan kini dia tak boleh hendak menutupnya semula atau halang ia dari terus terbuka kerana orang itu sudah berkuasa semula dan begitu dekat pada Edith.

24. The Grimm ReaperWhere stories live. Discover now