Bab 7 : WANTED

3.1K 270 1
                                    

DIKEHENDAKI

Dengan saiz huruf yang besar, perkataan itu ditulis pada sehelai kertas kulit yang dipaparkan di dinding dan tiang di sekitar kawasan pekan tersebut. Penduduk kampung berkumpul di hadapan notis tersebut untuk membaca butiran yang tercatat padanya.

"Dikehendaki, dua lelaki bertopeng Rusa dan Serigala. Mereka telah memecah masuk ke istana dan mencuri Batu Berharga milik kaum kerabat raja. Sesiapapun yang menyaksikan atau mempunyai maklumat, diminta untuk segera memberitahu Pengawal DiRaja." baca Cora dengan kening berkerut. "Pencuri? Istana dipecah masuk oleh pencuri?" tanya dia sambil memandang Edith di sebelahnya.

Edith memandang dengan cuak pada dua gambar kepala bertopeng Rusa dan Serigala yang terpampang di hadapannya. What the heck! Adakah dia baru saja membantu pencuri? Habislah dia!

"Wei!" tegur Cora setelah Edith berpura-pura tidak tahu apa-apa. Edith terkejut lalu memalingkan kepala ke arah Cora dengan muka kosong. "Kenapa?" soalnya selepas itu.

"Apa yang tidak kena dengan engkau ni? Sejak awal pagi tadi, sejak kau pulang dari luar, aku perasan kau selalu sahaja termenung. Kau okay ke? Nak berjumpa dengan Master ke?" soal Cora dengan penuh kebimbangan. Kawan baiknya ini sentiasa membuatkan dia berasa risau.

"Hah?" jawabnya dengan tidak pasti. Dia telah menyelamatkan pencuri tersebut, dan sekarang lelaki Serigala adalah orang yang paling dicari oleh istana. Kalau mereka mengetahui tentangnya, dia pasti dalam masalah besar! "Aku okay. Hanya sedikit pening sebab kurang tidur..." tipu Edith selepas itu.

"Kau pasti?" Cora menyusun rambut Edith di belakang telinga dengan tatapan prihatin. "Kau tahu, jika ada sesuatu yang hendak kau ceritakan, kau boleh berkongsi dengan aku kan?"

Edith tersenyum gembira lalu mengangguk sebagai tanda faham. "Ya...aku tahu." dia tidak boleh melibatkan Cora dalam masalah ini. Salahnya kerana tidak berfikir sebelum membuat keputusan.

"Baiklah, kalau begitu, mari kita pergi ke kedai. Jangan sampai terlambat nanti semuanya menjadi huru-hara....." ajak Cora sambil merangkul lengan Edith. Mereka melintas jalan menuju ke kedai mereka.

Sementara mereka sedang melintas jalan, tiba-tiba, peniaga di kedai yang bersebelahan dengan kedai Edith dan Cora terduduk di tengah jalan setelah dilempar oleh seorang lelaki besar di depan kedai tersebut. Cora dan Edith melihat kejadian itu dengan terkejut.

"Makcik Jen!" panggil mereka serentak sambil berlari mendapatkan wanita tua pemilik kedai tembikar itu. Mereka berlutut di situ, membimbing Makcik Jen untuk berdiri.

"Makcik tak apa-apa?" tanya Cora dengan prihatin. Edith, sementara itu, membantu menyapu habuk dari pakaian wanita tersebut. "Apa yang telah terjadi?" soalnya.

Dengan air mata mengalir di pipi, Makcik Jen memandang Edith dan Cora bergilir-gilir. "Anak saya berjudi dan berhutang dengan peminjam ini...mereka memberitahu saya bahawa kedai saya telah digadai oleh anak saya kepada mereka..." jelasnya dengan sedih.

Edith yang dengar menatap Makcik Jen dengan tidak percaya sebelum menoleh ke arah lelaki yang sedang mencetuskan kekacauan dalam kedai tembikar Makcik Jen. Satu persatu tembikar dihempas hingga pecah berderai keluar kedai.

"Hei! Sudahlah! Kalau ya pun tak boleh ke minta elok-elok!" marah Edith dengan berani. Lelaki botak dan bertatu sepanjang lengan kiri itu berhenti dari mengangkat pasu besar setelah mendengar suara Edith.

"Apa yang kau katakan tadi?" tanya dia.

Edith melangkah ke hadapan dan berdiri di hadapan lelaki tersebut. "Saya bercakap dengan jelas. Kalau boleh, jangan bersikap kasar. Makcik ini tua. Perlu ke kamu semua bertindak ganas sampai macam ni sekali? Boleh aje berbicara dengan baik-baik, kan?" terangnya dengan kening terangkat.

Tiga samseng yang kelihatan seram itu menoleh ke arah Edith sebelum mendekatinya dan menyekelilinginya. "Kenapa? Kau mahu menggantikan tempatnya untuk membayar hutangnya semua?" tanya salah seorang dari mereka.

Edith melihat tiga muka serius itu. "Dengar...sini bukan tempat untuk kamu tunjuk angkuh. Jadi sementara saya berkata dengan baik, lebih baik kamu semua pergi dari sini..." pesannya sambil menatap tiga lelaki tersebut. Tiga-tiga lelaki botak itu, yang mempunyai tatu ular di tangan kiri masing-masing, terkesima.

"Apa yang kau katakan! Tarik balik perkataan kau tu!" ejek lelaki botak kedua setelah mendengar dirinya dihina.

"Siapa yang tidak berguna? Awak atau kami? Menindas orang lemah, awak fikir hebat la tu?" balas Edith.

"Haish, perempuan ni kan! Nampaknya dia ingin mati betul!" kata lelaki botak ketiga sambil menangkap kerah baju Edith dan melempar Edith ke tengah jalan seperti yang dilakukannya terhadap Makcik Jen tadi. Edith terduduk di jalan, dan tiga lelaki botak itu mengelilinginya.

Cora menyaksikan segalanya. Dia segera mengangkat tangannya untuk mencipta dinding pelindung untuk Edith. Namun, sebelum dia sempat menggunakan kuasanya, tembikar yang dipegang oleh lelaki botak tersebut pecah, dan lelaki itu jatuh melutut kedua belah kaki, seolah-olah sedang dirasuk oleh sesuatu.

Matanya terbeliak, wajahnya merah padam, dan urat-uratnya menonjol di leher dan pelipis. Pada masa itu, semua orang di sekitar tempat kejadian mulai memalingkan kepala mereka, mencari sesuatu.

24. The Grimm ReaperWhere stories live. Discover now