Bab 37 : Kubu Rahsia

2.4K 239 0
                                    

Dari naik bukit turun bukit jalan redah semak dan berjalan untuk rasa selamanya, mereka akhirnya tiba di depan sebuah pintu gua tepat semasa senja masuk dan langit telah gelap. Seperti berada di sebuah tempat yang tak patut mereka berada, semua di situ meremang bulu roma kerana tak sedap hati.

"Kita dekat mana ni tuanku?"tanya Caspian dengan kepala dongak memandang betapa tingginya pintu gua seakan mulut ikan paus sedang ternganga.

"Kubu rahsia.."jawab Hunter sambil lalukan tangan ke Udara. Dengan tiba-tiba mulut gua itu bertukar menjadi sebuah pintu pagar yang sangat tinggi dan pemandangan dinding gua itu berubah menjadi tembok tinggi yang luas dan lebar merentasi kawasan hutan tersebut.

"Oh my god!"lafaz Cora yang sedang berdiri di sebelah Jasper. "Hebatnya.."

"Baru sikit.."sengih Jasper dengan bangga semasa bergerak ke depan terlebih dahulu dengan tangan berada dalam poket seluarnya. Cora ikut langkah Jasper tanpa berhenti ternganga melihat sekeliling kanan dan kirinya.

Hunter dorong Edith ke depan terlebih sebelum dia jalan di sisi ke dalam pagar tersebut.

Apabila Alaric. Julius dan Caspian masuk, pemandangan pagar tadi kembali kepada rupa gua dan dinding batu lama. Meninggalkan tempat itu seakan tempat yang tiada penghuninya.

"Memangnya awak ada berapa banyak tempat persembunyian?"tanya Edith semasa mereka jalan melewati laluan berumput yang diapit deretan pokok rendang di kanan dan kiri.

"Banyak...tak terkira."jawab Hunter sebelum berhenti dekat depan batu oger yang ada di tengah-tengah laluan tersebut. Dia pusingkan kepala ogre tersebut secara terbalik dan diikuti bunyi sesuatu bergerak sebelum tanah tempat mereka berdiri mula bergegar.

Dengan serentak semua yang ada di situ tunduk memandang ke bawah kaki mereka dimana sebuah lubang besar dan anak tangga muncul dalam bawah tanah tersebut.

"What the heck?"sebut Edith pulak yang semakin lama semakin terkejut dengan perkara baru yang Hunter tak habis-habis tunjuk dekat dia hari ini. "Serius?Apa lagi surprise yang awak ada hah?"tanya dia sambil pandang ke Hunter. Hish...lelaki ni bukan sebarangan betul.

Hunter suruh semua orang turun dulu ke bawah tanah dan biarkan dia yang terakhir masuk sebab nak pusing balik kepala ogre tu. Lubang yang tadi terbuka tertutup semula seperti tidak ada apa-apa di situ sesaat selepas Hunter lenyap di telan tanah.

Di bawah tanah itu, mereka lalui sebuah terowong buat seketika sebelum tiba di sebuah ruangan yang sangat luas dan mempunyai siling yang luas.. Di dalam ruangan itu terdapatnya sekumpulan orang lelaki dan wanita sedang berlatih combat sesama mereka sama ada menggunakan senjata atau kuasa. Jelas suara mereka di situ menjerit dan bersorak nak cari semangat sewaktu berlatih.

"Mereka semua ni adalah pahlawan dan tentera. Tak ramai mana. Mereka semua adalah tersisa dari peperangan tu."beritahu Hunter masa berdiri di situ memerhati mereka.

"mana yang lain?"tanya Edith bila perasan kebanyakan mereka sudah berusia dan tak ramai sangat anak muda sebaya dengan dia.

"Meninggal dunia ketika kecil atau sakit pada usia muda...tempat ini sedang nazak begitu jugak dengan penghuninya."sampuk Jasper pula yang berdiri di sebelah kanan Edith.

Alaric, Julius dan Caspian berdiri di sebelah kanan Hunter pula.

Sementara Cora berdiri di sebelah Jasper. "Mana cukup untuk di bawa berperang?"komen dia dengan kening berkerut tak pasti.

"Nak buat macam mana, rakyat negara ni ramai yang dah tua. Yang muda pulak tak dapat bertahan dengan suasana ekstrem tempat ni.."keluah Jasper dengan nada perlahan."Susah atau senang. Kita kena usahakannya."

Edith lepaskan keluhan Panjang. Kasihannya mereka semua!Semata nak bina semula negara, pelbagai perkara telah mereka korbankan dan terkorbankan. "Awak yakin awak boleh takluk Istana Stone Hill semula?"soalnya dengan nada serius.

"Boleh atau tak belakang cerita. Yang pasti aku cuba."beritahu Hunter sambil melihat mereka semua di situ yang sedaya upaya mahu ,menajamkan skill mereka sebagai persediaan untuk serangan malam ini.

"Hitung saya sekali untuk malam ni."Edith palingkan kepalanya ke Hunter. "Saya boleh bertarung di samping mereka."

Hunter pandang ke sisinya. Melihat renungan nekad Edith. "Kau tak boleh. Kau adalah harapan terakhir aku sekiranya semua ni gagal. Jadi aku tak boleh benarkan kau masuk ke medan perang."beritahunya tanpa alihkan mata dari mata Edith.

"Tapi kenapa?Saya boleh bantu lebih dari yang awak sangkakan."bidas Edith Bersama muka tak puas hati.

Hunter lepaskan hela nafas Panjang. Sedaya upaya kawal dirinya dari marah atau naikkan suara. Dia sendiri penat untuk perjalanan satu hari ni."Aku tahu. Still, aku tak izinkannya. Jadi jangan berbalah tentang hal ni. Kau akan tetap dekat sini sama ada kau mahu atau tak. Ianya keputusan muktamad aku."

Kecewa dengan kata-kata Hunter, Edith silangkan tangan ke dada lalu pandang menyampah ke arah lain.

"Hari ni kita akan bermalam dekat sini. Makan malam akan di hantar ke bilik kau orang."Hunter pandang ke satu arah lalu petik jari memanggil orang yang berada tidak jauh dari tempat dia sedang berdiri.

Tiga orang lelaki berjoging mendekati mereka lantas berdiri tegak depan Hunter dengan hormat dan tertib. "Ya tuanku."sahut mereka setelah itu.

Hunter pandang tiga orang di depannya dengan renungan dinginnya."Hantarkan mereka semua ke bilik masing-masing. Hantarkan makan malam ke bilik mereka terus setelah tu?"

"Baik tuanku."sambut mereka serta merta.

"Jasper kau hantar Cora, Edith..ikut aku."beritahu Hunter yang mula gerak ke kanan hendak masuk satu dari terowong yang ada di situ.

Edith tak bergerak. Dia hanya berdiri di situ membuat muka. "Saya duduk dengan Cora."protesnya.

Cora yang gembira mendengarnya gerak hendak dapatkan Edith. "AKu okay je!"dia hulur tangan ke depan mahu mengapai Edith sambil tu.

"No...kau ikut aku. Jangan sibuk hal orang."Namun Jasper dengan cepat, cengkam kolar mantel Cora lalu Tarik Cora menjauh dari Edith dan heretnya ke satu arah dengan paksa.

"Hei!Edith!"gelut Cora yang terpaksa jalan mengundur sewaktu di Tarik ke satu arah dimana Alaric dan yang lain pergi.

Edith pandang ke Cora sambil menggigit bawah bibirnya. Tak guna betul!

"Sekarang Edith."tegas Hunter lagi.

Hish!Dengan marah dan berkerut kening, Edith hentak kakinya memberontak lalu pusingkan badan menghadap Hunter. Dia pandang sekejap muka bertopeng tu buat seketika sebelum mula jalan mendekati sisi Hunter sambil tundukkan kepala ke bawah tidak mahu.

"Apa gunanya kau memberontak dengan aku...kau jugak yang rugi nanti."komen Hunter sambil pegang belakang badan Edith dan tolak badan tu supaya maju ke depan dengan paksa.

24. The Grimm ReaperWhere stories live. Discover now