Tujuh kelibat manusia yang mengenakan pakaian yang mempunyai warna yang lebih terang dan mengeluarkan aura yang lebih terang kelihatan dari jabatan yang menyambung kawasan perkampungan dan kawasan hutan kelihatan dari jauh.
Pendudukan berdekatan yang perasan ada yang pandang ingin tahu, tapi ramainya cepat-cepat sembunyikan diri masuk ke dalam rumah masing-masing. Bukan sebab mereka tak suka. Tapi sebab mereka takut kalau yang datang itu adalah lanun, atau penyangak dari negara jiran yang mahu menyakiti mereka.
"Oh my..."lafaz Cora dengan muka tergamam dia sewaktu lihat sekelilingnya. Air sungai yang mengalir di bawah jambatan dimana mereka sedang lalui. "Apa yang dah berlaku dekat sini?"tanya dia.
Lima lelaki di situ yang sedia maklum akan keadaan tempat itu hanya diam tidak memberi respon.
Sementara Edith sudah berkerut kening sambil memegang dadanya kerana berasa sebak dan sedih yang amat sangat. Bagaimana tempat yang dulu dia anggap sebagai syurga kehidupan dan kebahagiaannya boleh berakhir dengan begitu sadis sekali?
Lima orang yang bertopeng itu hanya jalan dengan derap langkah berat dan dreadful masing-masing. Terkesan dengan keadaan yang menimpa akan tanah tempat mereka lahir dan membesar. Sungguh mereka amat berduka dengan nasib yang menimpa tempat ini. Sebagai anak kelahiran tempat ini juga mereka berasa malu kerana gagal pertahankan tanah ini dari di jajah. Namun apakan daya waktu kejadian berlaku mereka masing-masing muda. Tak berdaya. Dan tak tahu nak buat bagaimana.
Tidak kuat lagi hendak berjalan, Edith gerak ke dinding batu berdekatan di situ mula tunduk terbatuk-batuk apabila dia tiba di laluan Utama kawasan pekan yang menghala ke arah Istana Stone. Udara dan aura yang di keluarkan tempat ini telah buatkan tenaga dalam badannya tidak senang. Bukan kerana rasa mual. Tetapi ada satu gelombang yang dihasilkan tempat itu buatkan kuasa Protector dalam terasnya terganggu.
"Uhuk...uweek!"luah Edith yang hanya keluar angin sahaja. Pening kepala dia.
Cora cepat-cepat dapatkan Edith lalu menepuk belakang badan tu dengan risau. "Kau tak apa-apa ke?"tanya dia. Dia turut rasa perkara yang sama. Cuma tak seteruk yang Edith rasakan. Sebab Edith yang tanggung apa yang dia rasakan. Jadi apa yang dia rasakan ini hanya suku sahaja dari yang Edith tanggungkan untuk dia sekali.
Edith mengangguk kepala sebelum angkat kepala dari tunduknya. Dia pandang sedih ke Cora lalu ke lima lelaki yang berdiri di situ. Kenapa mereka tak beritahu dia dari awal?
"Adakah ini adalah tempat sama yang dulu dipanggil sebagai Stone Hill?"soal Edith dengan perlahan.
Kelima-lima orang itu ikut berhenti memerhatikan keadaan Edith. Menunggu wanita itu kembali tenang.
"Tahan la sekejap."beritahu Hunter dengan suara dalam suramnya.
Edith pandang ke arah Hunter dengan air mata mengalir turun ke pipi gara-gara nak termuntahnya tadi. Dia pegang dadanya sambil telan air liurnya dengan susah payah. "Apa yang dah berlaku dekat sini sebenarnya?"bisiknya tanpa sedar. Kenapa teruk sangat?
"Sejak Raja Aragon kuasai tempat ini, semua batu berharga dan yang berkuasa telah di angkut keluar sedikit demi sedikit hingga tiada apa yang tinggal lagi di sini. Jadi kerana hal itu gelombang tenaga di tempat ini tidak stabil dan menyebabkan tempat ini tak ubah seperti perkampungan zombie.."jelas Jasper.
Cora yang dengar merangkul erat lengan Edith dan memandang sedih ke lelaki bertopeng Rusa di depannya. Sedihnya hati dia dengar. Dia tak suka tempat seperti ini. Ianya buatkan badan dia lemah.
Edith tersedu setelah itu. Dia tak tahu tentang hal ni. Dia tak tahu sampai begini sekali kejamnya Raja Aragon terhadap negara takluknya. Dia fikirkan lelaki itu memerintah sama seperti memerintah di Bellington.
"Jangan menangis. Simpan tenaga kau sebab kita ada banyak perkara yang perlu di uruskan."tegas Hunter bila nampak mimik muka Edith mula mencebik mahu menangis.
Alaric, Julius dan Caspian yang tenggelam dengan perasaan sedih dan serba salah masing-masing tidak berani hendak bersuara. Khuatir sekiranya malah memburukkan suasana di situ.
Edith gigit bahagian dalam bawah bibirnya cuba mengawal perasaannya. Namun begitu perasaan sebak dan sedih yang mula sebukan dadanya mengasak diri dia. Dia fikirkan kepulangan kali ini adalah suatu perkara yang bagus. Namun tidak!Ianya ibarat melihat mimpi ngerinya sendiri.
Perlahan-lahan Edith gerak hendak terduduk di situ dengan kepalanya tertunduk ke bawah. Oleh kerana Cora berada di sisi, dia pun ikut gerak ke bawah mahu menyokong Edith. "Kenapa ni Edith?"tanya Cora dengan risau.
Hunter mengepal penumbuknya erat-erat semasa memandang Edith break down di situ. Tiada apa-apa yang dapat dia lakukan. Dia pun masih bersedih tak tidak lagi move on dari apa yang berlaku walaupun sudah enam tahun berlalu. Kalau dia menangis air mata darah sekalipun, ianya takkan dapat ubah apa-apa.
"Edith...jangan la macam ni...kau buat aku ikut sedih jugak."ujar Cora lepas nampak bahu Edith bergoncang kuat dan air mata mengalir turun dari hujung hidung tu.
Edith tak cakap apa-apa. Dia hanya menangis tanpa suara di situ kerana ikut bersimpati dan bersedih dengan apa yang menimpa tempat kelahirannya ini. Dia tak terbayang, agaknya kalau Raja Aragog tak hantar dia keluar dari tempat ini sebelum peperangan berlaku, mungkin dia tidak hidup dengan baik sehingga sekarang. Dan selama ini dia jalani hidup dengan baik tanpa memikirkan bagaimana kehidupan orang di sini dengan gembira.
Pada masa itulah, Hunter berlutut di depan Edith lalu dukung Edith bangun dari situ. Tanpa berkata apa-apa, dia berdirikan Edith lantas peluk badan tu rapat ke badannya.
Terlalu sedih dan tak berdaya, Edith hanya sembamkan wajahnya ke dada itu dan mencengkam kuat kain lengan baju tu.
"Semuanya akan baik-baik je. "pujuk Hunter dekat tepi kepala Edith.
Cora yang ikut sedih melihat Edith hanya mencebik bibir menahan diri dari menangis.
Jasper yang nampak hanya menggeleng kepala, tapi lepas tu dia berdiri dekat sebelah Cora lalu singgul main-main pada lengan tu. Yang berjaya buatkan Cora agak jengkel kemudian acah-acah mahu menumbuk dia.
Dengan senyap, mereka pun kembali meneruskan langkah mereka merentasi lorong kosong dan tidak terurus itu menuju ke destinasi tujuan mereka.
YOU ARE READING
24. The Grimm Reaper
FantasyAwalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musan...