Bab 29 : The Confrontation

2.5K 267 0
                                    

Klik!

"Bawa yang penting je. Jangan nak semakkan kita orang bawakkan untuk kau orang eh.."bebel satu suara sewaktu pintu bilik itu terbuka.

"Ya-ya..bising la awak ni. macam mak nenek ta-ARGGH!"tak sempat suara seorang perempuan nak bercakap dia sudah menjerit.

"Ada apa?"

"Tu..te-tengok tu.."

Kedua-dua mereka memandang kejung ke depan dimana seorang lelaki sedang berada dalam ruangan mereka.

Pada masa itu Alaric yang sedang tundukkan kepala memejam mata bertafakur memikirkan sesuatu perlahan-lahan menangkat kepala lantas membuka mata.

"Tak guna!Apa kau nak hah!"

Alaric tolak dirinya dari sandar di dinding lalu bersemuka dengan Edith, Cora dan Jasper di situ. Selama seminggu dia ulang alik menunggu di dalam rumah ini menanti kepulangan mereka. Ingat dah tak datang balik sini langsung.

"Bawak bertenang. Aku datang secara aman. Jadi jangan nak excited sangat."ujar Alaric dengan nada malas dan letihnya. Berdiri saja dia di situ, tangannya di silang ke dada.

Si Rusa berdiri membelakangkan Edith dan Cora dalam bentuk defences. Tangannya sudah erat memegang pedang di tangan sebagai langkah berjaga-jaga.

"Mana Si Serigala?"tanya Alaric yang melihat hanya tiga orang saja di situ.

"Kau nak apa dari dia?"tanya Si Rusa dengan nada bengis dan tegasnya.

"Ada sesuatu yang aku perlu tanyakan kepada dia.."Alaric kerling ke Edith yang sedang memandang dia Bersama kerutan di kening. Dia tak ada masa banyak untuk di buang. "Please..."

Edith yang perasan ada yang tak kena dengan Si Beruang gerak keluar dari belakang Jasper. "Awak tak apa-apa ke?"tanya dia sambil jalan menghampiri Si Beruang.

"Edith apa kau buat...balik ke sini semula!"panggil Cora dengan risau.

Alaric yang perasan Edith menghampirinya undur sedikit kebelakang. Dia tak apa-apa. "mana Si Serigala."tanya dia lagi. Dia perlu temui lelaki tu sekarang jugak untuk dapatkan kepastian. Kalau bukan kali ni dia takut dia takkan dapat peluang.

"Mana Si Musang dengan Si Kucing?Apa yang dah berlaku?"tanya Edith lagi yang berasa tak sedap hati melihat Si Beruang yang sentiasa berkepit dengan dua orang itu sepanjang masa kini sendirian.

Dada Si Beruang naik turun sebelum dia tunduk memegang dadanya lantas melutut dekat situ berdesis dalam kesakitan.

"Awak"panggil Edith dengan cemas lalu memeluk badan Si Beruang untuk sokong lelaki tu dari rebah.

"Tolong.izinkan aku temui Si Serigala. Aku janji aku takkan apa-apalan dia."minta Si Beruang dari balik nafas naik turunya itu.

"Jasper...panggilkan Hunter ke sini.."beritahu Edith yang boleh Nampak arus teras tenaga dalam badan Si Beruang sedang berkecamuk dan tentu arah. Ada sesuautu yang buatkan teras kuasa lelaki ini tidak menentu.

"Tapi-"Jasper cuba membantah.

Dengan laju Edith palingkan kepalanya. "Sekarang."tegas dia.

Jasper merenggus tak suka. "Fine."renggusnya sebelum bergerak keluar dari bilik tidur itu.

Cora yang kebingungan jadi tak tentu arah. "Dah kenapa dengan dia?"soal dia dengan mata terbutang luas kerana cemas.

"Kau keluar dulu Cora...jangan masuk tak kira apa yang berlaku. Kalau Hunter dah ada suruh dia masuk.."arah Edith sambil bangunkan Si Beruang dari situ lalu di pimpin naik ke atas katilnya.

"Sekarang ke?"tanya Cora bingung-bingung. .

"Ya..sekarang"tegas Edith sewaktu membaringkan Si Beruang di atas katil itu.

Ketika Edith berbuat begitu, Alaric asyik berdesis dan merintih kesakitan. Dia sebenarnya sedang cedera selepas di kerjakan dengan Raja Aragon selama beberapa hari ini kerana gagal lunaskan tugas yang diberikan. Oleh kerana tindakan dia mulai di curigai oleh Raja Aragon, lelaki itu telah menuduh dirinya serta dua lagi rakan dia sebagai pemberontak. Sebagai hukumannya mereka di kerjanya cukup-cukup dengan lelaki separuh mati. Dan kiri Caspian serta Julius berada penjara bawah tanah. Sementara dia yang dibebaskan di arahkan untuk cari tahu dimana keberadaan pembunuh kepada pembesar Raja Aragon.

"Apa yang dah berlaku Beruang?"soal Edith sambil tanggalkan topeng muka itu dengan berhati-hati. Sekali pandang saja dia muka tu, Edith membutang mata lantas berkerut kening penuh kengerian. "Ya tuhan.."lafaznya dengan terkejut. Habis berlebam dan kebiruan muka ini. Pucat lesi seperti tiada darah langsung yang mengalir dekat muka ni.

"Dengar...Raja Aragon..dia minta aku untuk buru orang yang bertanggungjawab membunuh pembesar dan orang kuat dia....tapi aku tak cari sebab aku dah tahu siapa Si Serigala yang sebenarnya dan alasan dia buat begitu...untuk tu aku perlu berjumpa dengan Serigala untuk pastikannya. Oleh kerana aku tak ikut apa yang Raja Aragon mahukan, dia hukum aku dan mereka berdua sekali."bisik Alaric yang sedang terbaring di atas katil Edith.

"Shh...awak rehat dulu. Kita boleh bincang hal tu kemudian. Sekarang apa yang penting keselamatan diri awak.."beritahu Edith dengan cemas semasa cuba menanggalkan pakaian pengawal di raja yang terpasang di badan Si Beruang. "Boleh saya tahu siapa nama awak?"tali yang mengikat mantel di leher Si Beruang di leraikannya.

"Alaric."

Edith tersenyum nipis lepas dengar nama tu. "Hai Alaric..nice to know you."balasnya setelah selesai buka butang baju tu. Disebabkan dia ada ilmu perubatan sebagai pengamal posyen dan tabib, dia tahu yang keadaan Alaric sangat serius. "Ianya akan sakit sikit. Jadi tolong tahan sekejap untuk saya.."beritahunya sambil selak pakaian itu lantas mendedahkan dada dan perut Alaric yang penuh dengan kesan Lebam yang kebiruan. Nampak sangat yang lelaki ini terusk di kerjakan.

"Apa kau cuba buat?"tanya Alaric dengan kening berkerut.

Sebagai Protector, Edith telah di kurniakan dengan satu kuasa ajaib yang gunanya adalah untuk menyelamatkan orang yang dia patut lindungi. Malah telah di latih selama belasan tahun lamanya. Untuk itu dia akan gunakan kuasanya ini untuk bantu mereka yang memerlukan.

Pada masa itu pintu bilik tidur itu terbuka. Hunter yang bertopeng Serigala berjalan masuk ke dalam ruangan tersebut. "Ada apa?"tanya dia dengan nada malas namun lepas dia Nampak Edith duduk dekat katil Bersama Alaric terlantar di atas katil tersebut, dia pandang kaku ke arah itu.

Edith palingkan kepalanya ke Hunter. "Dia ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada awak Hunter."beritahunya semasa tapak tangannya sedang mengeluarkan cahaya dan melekap di dada Alaric.

Alaric pandang ke Hunter dengan renungan berpinarnya. "Tuanku.."sebut dia serta merta.

Hunter bungkam di situ dengan nafas tertahan, Alaric dah tahu siapa dia ke?

24. The Grimm ReaperWhere stories live. Discover now