Bab 21 : Tetamu Tak Di Undang!

2.6K 253 5
                                    

Cora buat muka tak puas hati. Tangannya bersilang di dada.Tak kira la seharum mana sekalipun masakan di depannya, ianya tak dapat buatkan rasa tak puas hati di dadanya sekarang ini hilang.

Kenapa?

Yelah!Dia susah payah masak yang sedap-sedap sekali tu siapa yang datang?

Dua orang tetamu tak di undang!

Ya, dua orang.

Dua lelaki yang mengenakan topeng di muka mereka.

Satu Serigala. Satu Rusa.

Kata Edith mereka berdua ini adalah kenalan Edith. Tapi entah kenapa dia dapat rasakan dua lelaki ni mempunyai udang di sebalik batu! Sesuatu dari mereka buatkan dia rasa trigger mahu bertukar menjadi naga dan sambar mereka menggunakan apinya!

"Boleh ke kita makan dengan dia berada di sini?"tanya Jasper si Rusa sambil tunding jari ke Cora sewaktu Edith sedang tuangkan air ke dalam piala minuman mereka.

"Apa yang awak katakan hah? Patutnya saya yang tanya soalan tu pada awak berdua. Kenapa awak berdua ada di sini?Memangnya tak ada kedai makan lain apa nak pergi?" soal Cora sambil tunding jari ke permukaan meja.

"Edith yang pelawa kami ke sini...kalau nak marah, marahkan dia...yang kau nak lepaskan marah kau dekat aku kenapa?"bidas Jasper pada Cora pulak.

Berdengus tak percaya Cora di buatnya. Dia pandang ke Edith lalu tunding jari tak puas hatinya ke Si Rusa yang duduk bertentangan dengan dia."Siapa dia orang ni? Kenapa kau pelawa dia makan bersama dengan kita?"soal Cora.

"Eh tangan tu jaga sikit, jangan sesuka hati jr nak tunding jari dekat orang." Jasper tepis tangan Cora dari menunding ke arah mereka berdua.

Edith tersenyum.Dia ambil tempat di sebelah Cora sebelum pandang Hunter yang sejak tadi diam membisu sebaik tiba di situ.

"Aku pelawa Hunter sebab dia selamatkan aku dari Si Smith miang tu. Alang-alang tu aku ajak Jasper sekali. Kau jangan la marah. Bukannya selalu kita terima tetamu." beritahunya.

Jasper silangkan tangan ke dada dan buat gaya bahasa badan berpuas hati dengan jawapan tu. "Dengar tu?"

Mata Cora gerak atas bawah memandang lelaki bertopeng di depannya dengan renungan curiga bercampur tidak senang. Menyemak je la!

"Dah tu bertopeng bagai ni kenapa?Macam mana nak makan?"tanya Cora lagi.

"Sebab tu la aku tanya tak apa ke kalau kau ada dekat sini sekali? Tengok kita orang..."cebik Jasper yang kedengaran seperti jengkel kena ulang perkataan yang sama sekali lagi.

"Apa?"Cora membuat muka hendak naik angin. Apa masalahnya kalau dia ada dalam rumahnya sendiri di meja makannya sendiri!?

"Sudah la tu Jasper. Kau jangan nak cari gaduh boleh tak?"pesan Hunter.

Edith tarik reben yang mengikat rambutnya. Membuatkan rambut panjangnya jatuh beralun ke bahu. "Hari ni kau makan dalam keadaan tutup mata ya?Boleh kan?"dia bawa reben tu dekat pada Cora.

Cora palingkan kepalanya ke Edith dengan muka tak percaya. What the heck! "Kenapa pulak?"memang la dia tak ada masalah kalau makan dalam keadaan menututp mata sebab dia ada deria istimewa yang buatkan dia Nampak dalam keadaan gelap. Tapi kenapa?

"Sebab kau tak boleh tengok muka dia orang..."beritahu Edith.

"Kenapa?Muka dia orang hodoh sangat ke?Menakutkan?Ke menjijikan?" soal Cora lagi yang berasa seakan di anak tirikan dengan Edith.

"Sedap je bercakapkan! " komen Jasper bernada tak suka. "Tak sayang mulut tu ke? "

Cora buat muka tak peduli sewaktu menjeling ke Jasper.

"Bukan...buat aje la okay?Aku bukan saja-saja buat. Tapi terpaksa. Kita ikat mata kau tu ya."pujuk Edith dengan baik.

Cora berdecit marah. Matanya di jeling geram ke dua lelaki bertopeng di depannya. "Okay."turutnya mahu tak mahu.

Edith kemudiannya gunakan reben adi untuk menutup mata Cora. Kemas dan secure. Yakin yang Cora tak dapat intai lihat melaluinya, dia kembali duduk selesakan diri di kerusi di situ. "Okay. Awak berdua boleh tanggalkan topeng tu."beritahu dia.

Tanpa rasa ragu-ragu mereka berdua tanggalkan topeng dari muka masing-masing lalu di letakkan atas meja itu.

Melihatkan wajah dua orang di depannya buatkan Edith tersengih. Kesian dia pada Cora sebab tak boleh nak makan sambil cuci mata seperti dia sekarang ni.

"Okay. Jemput makan semua.." beritahu Edith sambil pandang ke Cora.

Bibir Cora mencebik tak puas hati. Dia yang tertutup mata itu dengan bersahaja capai garfu dan pisaunya dan mula makan seakan dia nampak menggunakan kedua-dua matanya.

Jasper yang baru nak suap makanan dalam mulut berhenti bila dia perasan tindak tanduk Cora yang bersahaja itu. Pelik dia. "Wow...hebat jugak deria kau eh?Mata tutup tapi gaya macam nampak semuanya."

Baru la bibir Cora terjungkit sedikit naik kerana berasa bangga. Well..dia adalah seekor naga. Mesti la dia ada kemahiran untuk nampak tanpa menggunakan mata. "Makan je la." balasnya setelah itu.

"Makan la.."pelawa Edith sambil aju satu pinggan berisi makanan kepada Hunter.

Hunter gerak hendak mengambil pinggan itu, namun baru sahaja dia hendak pegang pinggan itu, telinga Hunter menangkap bunyi tapak kaki dan gelombang tenaga yang aneh. Hal itu buatkan dia pandang ke Edith lalu capai topeng mukanya dengan lekas lalu di pakai ke muka.

"Musuh."beritahu Hunter sambil tu.

Jasper yang dengar ikut kenakan topeng di muka mereka lalu bangun dari situ. Serta merta dia buka langkah bersedia hendak menyerang.

Edith tersentak. Dia membutang mata terkejut memandang mereka berdua yang bangun mengejut begitu.

Musuh?Siapa?Dekat mana?Sini?

"Ada apa ni?"Cora tanya.

Edith palingkan kepalanya ke Cora lalu tarik reben tu lepas dari menutupi mata tu. "Ada orang." bisiknya semasa memandang muka bingung tu.

"Hah?"nganga Cora dengan kening berkerut tak faham. Musuh apa?Siapa?

"Kau orang berdua boleh hilangkan diri ke?"bisik Hunter tanpa alihkan matanya dari pintu.

Dengan serentak dua kepala itu berpaling memandang tepi muka Hunter dengan mata terbutang luas. "Tak.."jawab Edith dan Cora.

Kepala Jasper berpaling laju ke dua orang itu. Keningnya berkerut mulutnya ternganga tak percaya. Seriously?"Haish"sungutnya. Dia gerak ke arah Cora lalu pegang lengan tu dengan paksa.

"Hei...apa ni?Apa yang dah berlaku?"soal Cora sambil tarik lengan dia dari cengkaman Jasper. Lalu dia pandang bingung ke Edith. "Kenapa ni Edith?"What the hell!Dia tak sempat nak makan apa-apa!Susah payah dia masak!

"Ikut aku!"Pada masa itu la Jasper hilangkan dirinya bersama-sama dengan Cora yang tak sempat nak dengar jawapan dari Edith.

"Edith...sini."panggil Hunter sambil hulur tangan ke arah Edith supaya di sambut. Dia pandang ke arah pintu itu, Mereka dah berdiri dekat depan pintu itu. Tak mungkin mereka dapat kesan dia hingga ke sini?Dia dah masked jejaknya sebaik mungkin.

Tanpa berlengah Edith pun jalan keliling meja tu lalu gerak ke arah Hunter dan capai tangan tu. Dia cengkam dengan erat jari jemari tersebut. "Siapa mereka?"tanya dia setelah itu.

"Mereka bertiga." pintu rumah itu di ketuk beberapa kali. Hunter undur ke belakang lalu cuba lenyapkan diri dari situ. Namun tidak berjaya. Ada sesuatu yang buatkan kuasanya terhalang untuk berbuat begitu.

Edith lirik akan diri mereka yang tidak berganjak dari situ. Bingung! "Awak tunggukan apa lagi?"tanya dia dengan perlahan. "Jom la.. "ajaknya

Hunter ketap giginya dengan erat sebelum tunduk memandang Edith. "Dah terlambat!"beritahunya.

24. The Grimm ReaperWhere stories live. Discover now