"Beri laluan!Beri laluan!" teriak perutus yang berlari merentasi koridor istana Bellington. Pengawal dan dayang yang ada di koridor itupun kelam kabut nak mengelak dari di langgar. Ada yang Berjaya mengelak tapi terjatuh dekat lantai. Sementara dayyang yang pegang barang tercampak barangnya ke tepi. Sementara pengawal yang berjaga di situ hanya pandang pelik.
Perutusan lelaki itu berlari tanpa henti sehingga tiba di depan pintu gerbang balairung seri. DIa tolak pintu itu ke dalam sekuat tenaganya lalu kembali berlari lagi sebelum berhenti tepat di depan tangga singgahsana dalam keadaan melutut sebelah kaki.
"Tuanku!Berita tergempar!"lafaz perutus itu dengan nafas tercungap-cungap mencari Udara semasa angkat kepala memandang ke Rajanya.
Raja yang bercermin mata dekat atas singgahsananya angkat kepala dari meneliti dokumennya. "Apa yang kamu kelam kabutkan sangat ni?"soal Raja Negeri Batu Cahaya Mortal. Negeri bawah naungan Negara Stone Hill.
"Putera Mahkota Negara telah kembali. Dia telah Berjaya menakluk istana Stone Hill lewat malam tadi. Peramal diraja sampaikan hal itu pada saya sebentar tadi apabila dia mengesan sesuatu yang tak kena pada bola kristalnya."beritahu perutus itu dengan cemas sebelum telan air liur nak basahkan tekaknya yang kering.
"Apa maksud kamu?"tanya Raja Eddison Frost. Keningnya yang sedia mempunyai kerutan semakin berkerut.
Perutus itu memandang Raja Eddison dengan kening terangkat tinggi dan penuh semangat."Katanya lagi, dia dapat mengesan kehadiran cahaya Mortal dari bola kristalnya. Puteri Mahkota telah kembali. Dia masih hidup tuanku. Anak tuanku masih hidup."
Raja Eddison perlahan-lahan bangun dari kerusinya lalu gerak menuruni tangga singgahsananya Bersama muka tergamam. "Betul ke apa kamu katakan ni?Anakanda beta masih hidup?"matanya mula berkaca.
"Ya tuanku"angguk perutus itu dengan senyuman senangnya kerana ikut tumpang gembira dengan berita yang disampaikannya.
15 tahun yang lalu, Raja Eddison berkahwin dengan Permaisuri Fiona atas dasar cinta. Selepas tiga tahun berkahwin, akhirnya mereka di kurniakan seorang puteri. Namun begitu, sewaktu melahirkan berlakunya komplikasi hingga meragut nyawa Permaisuri Fiona. Akhirnya oleh kerana cinta pada Permaisuri Fiona, Raja Eddison kemurungan hingga tidak dapat menerima kelahiran anaknya kerana menyangka puterinya itu adalah punca kematian isteri tercintanya. Oleh itu Raja Eddison telah menghantar puterinya itu ke Istana Stone Hill untuk di jaga dan di rawat. Selama lima tahun, Raja Eddison sama sekali tidak pernah melihat anaknya di sana. Dia hanya hantar surat di antara Raja Aragog setiap sebulan sekali untuk bertanya khabar dan perkembangan puterinya.
Namun apabila Raja Eddison sudah sihat dan boleh menerima kembali anaknya itu, berlaku pula peperangan di Stone Hill yang membuatkan dia terpisah dari anaknya itu. Dan sejak itu dia tidak lagi tahu soal hidup mati puterinya itu. Selama enam tahun dia sedaya upaya cuba melakukan pencarian. Namun ianya usaha yang sia-sia, sebab dia tak tahu rupa anaknya bagaimana. Apa yang dia tahu hanya la nama itu.
Edith Winter.
"Dimana?"tanya Raja Eddison sewaktu pandang perutusnya dengan mata kemerahan.
"Di Hutan Raja Aragog." beritahu perutus itu dengan senyuman senang.
Raja Eddison ketap giginya sekuat hati untuk kawal diri dari menangis dekat sebab gembira mendengarnya. Anaknya masih hidup. Insan terpenting yang selama ini dia buang kerana egonya sendiri masih hidup.
Baru saja Raja Eddison hendak membuka mulutnya mahu bersuara, pada masa itu bunyi derap kaki berkawad kedengaran dari arah pintu masuk.
Hal itu buatkan perhatian Raja Eddison tersentak lalu dia pandang ke arah lima orang kesatria jalan mengiringi seseorang yang mengenakan topeng Rusa di wajah ke dalam balairung seri itu.
Perutus itu ikut palingkan kepala ingin lihat siapa yang datang. Sekali lepas dia pandang, keningnya terangkat tinggi.
"Tuanku"sapa orang bertopeng itu serta merta sewaktu melutut sebelah kaki di atas lantai tersebut depan Raja Eddison.
Sambil membuat muka hairan, Raja Eddison pandang lelaki bertopeng RUs di depannya itu lalu berkata. "Ya..kamu boleh berdiri."beritahunya.
Si Rusa pun berdiri lalu memandang Raja Eddison. "Saya datang mewakili Putera Mahkota Stone Hill, Hunter Knight untuk menyampaikan permintaan bagi hadir ke perjumpaan Raja-Raja di Istana Utama."maklumnya dengan suara formal.
Raja Eddison tersenyum nipis. "Jadi betul la Putera Mahkota Berjaya menakluk Istana Stone Hill?"soalnya setelah itu.
"Ya tuanku. Putera Mahkota ingin menggulingkan kuasa Raja Aragon, dari Negara Bellington."beritahu Si Rusa lagi. "Untuk itu dia minta kerjasama dari semua Raja-raja negeri yang ada dalam negara Ini untuk bergabung dengan baginda."
Bersama senyuman nipis di bibir Raja Eddison Tarik senyuman leganya lalu beri tunduk hormat. "Titah di junjung. Beta akan hadirkan diri ke sana seperti yang di minta."setujunya tanpa berfikir Panjang.
Si Rusa ikut beri tundukkan hormat yang sama.
YOU ARE READING
24. The Grimm Reaper
FantasyAwalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musan...