KEDEBUM!
Tidak semena pintu rumah itu meletup hingga buatkan serpihan kayu dari pintu tersebut bersepai ke merata arah.
Secara instinct, Hunter lindungi Edith dengan lengannya sendiri.
Sementara Edith secara instinctnya sembamkan mukanya ke dada Hunter hendak cari perlindungan sambil menjerit kecil kerana terkejut dengan bunyi kuat itu.
Setelah keadaan itu reda, barula Edith jauhkan diri dan Hunter lepaskan pelukannya dari badan tu lalu dia pandang ke depan pintu masuk yang sudah rosak dan bersepah dengan serpihan kayu. Perlu ke?
"Well...well...tengok siapa ada dekat sini?"SI Kucing berjalan masuk ke dalam ruangan itu sambil memegang pedang di tangan.
Edith menjungkit kening tingga bila nampak lelaki bertopeng kucing munculkan diri dari balik asap yang berterbangan di situ. Apa yang mereka fikir mereka sedang lakukan. Habis rosak pintu rumah dia!Kalau tuan rumah dia tahu hal ni, mati dia dibebeli dengan nenek sihir tu!
Lalu muncul Si Musang dan Si Beruang yang berdiri dekat kanan dan kiri Si Kucing tidak lama kemudian.
"Elok sangat. Dua-dua ada dekat sini."ujar Si Beruang.
Si Musang hanya berdiri di situ tanpa berkata apa-apa.
Hunter cuba keluarkan kuasa dia supaya mereka berdua dapat hilangkan diri dari situ walaupun dia tahu ianya tak berguna. Namun dia hendak cuba jugak!
"Tak payah susahkan diri untuk hilangkan diri. Aku dah dindingkan tempat ni sesaat sebelum kita orang pecahkan pintu ni tadi.."pesan Si Kucing. "Jadi ikut dengan patuh jangan melawan atau kita orang terpaksa berkasar."
Hunter bawa Edith ke belakang badannya dan jadikan dirinya sebagai perisai. "Bawa aku. Lepaskan dia."beritahunya.
Edith pandang terkejut ke Hunter. Apa yang lelaki ni cuba lakukan?Nak selamatkan dia atau nak tunjuk hero dekat sini?
"Hell no. Kita orang nakkan kau orang berdua."kata Si Kucing dengan nada mengejeknya.
Si Musang perhatikan akan postur yang ditunjukkan oleh Si Serigala. Jelas-jelas aura yang di keluarkan dari badan itu lain dari mereka. Ianya agak kuat dari biasa. Jadi betul la Si Serigala yang telah bunuh semua orang istana dan ambil teras kuasa mereka setelah di bunuh tempoh hari?
"Menyerah sekarang dengan cara baik. Kau di tuduh atas pembunuhan lapan orang pegawai istana. Untuk itu beri kerjasama atau akibat yang buruk menimpa kau!"beritahu Si Beruang dengan nada tegasnya.
Edith menahan nafas terkejut. Bunuh pegawai istana?Siapa?Hunter?Dia dongak memandang tak berkedip ke tepi muka Hunter sebelum palingkan kepala ke arah tiga lelaki yang berdiri di depan pintu masuk rumahnya. Sekejap...bagi dia berfikir sekejap!
Orang istana.
Di bunuh.
Mimpi.
Hunter.
Tak mungkin!Dengan mata terbutang kaku, Edith pandang ke depannya lalu ke Hunter di sebelahnya. "Awak bunuh orang?"tanya dia pada Hunter.
Hunter mengetap giginya tanpa memandang Edith kerana fokusnya pada tiga lelaki di depannya. "Kalau macam tu cuba la."beritahu dia sebelum tolak Edith ke belakang lalu munculkan dinding cahaya ke sekeliling Edith sebagai perisai dalam sekelip mata.
"Kau yang mintak!"Si Kucing menerpa ke arah Si Serigala terlebih dahulu Bersama pedangnya yang sudah pun diselaputi dengan cahaya seperti api hitam di sekeliling bilah itu.
Hunter tarik sarung tangan hitam dari tangannya lalu acukan tapak tangannya ke arah SI Kucing. Pada masa itu tali seakan ular menjalar warna hijau keluar dari lantai dan mula melilit sekeliling badan Si Kucing.
Si Beruang yang pada masa yang sama, menyerang Si Serigala dengan batang besi yang mengeluarkan tajam-tajam seperti duri lalu di hayun ke Hunter. Dia dah tak fikir apa. Apa yang ada dalam kepalanya ialah tahan lelaki ini dan soal siasat sendiri sebelum Raja Aragon ambil tindakan sendiri. Namun lelaki di depannya sepertinya tidak akan beri kerjasama begitu saja kepada mereka.
Si Musang pula elakkan diri dari pertarungan itu. Dia malah gerak hendak dapatkan Edith yang sedang terkurung di situ.
Tumbang saja Si Kucing di atas lantai itu, Hunter munculkan satu dinding seakan kaca di sekeliling Si Beruang semas senjata SI Beruang menuju hendak mengenainya.
Tersentuh saja senjata Si Beruang pada permukaan dinding perisai itu, Si Beruang tercampak jauh ke dinding lalu terbaring di situ dalam keadaan menggulung kerana kesakitan.
Edith yang terduduk bersimpuh di atas lantai itu pandang bingung ke sekelilingnya sebelum pegang dinding cahaya yang mengurungnya di situ. Dia tumbuk permukaan legap seperti dinding lutsinar itu sambil menjerit supaya hentikan semua tu. Namun suaranya tidak kedengaran dari luar dinding tersebut.
Sepantas kilat, Si Serigala lari ke arah Si Musang yang hampir hendak pecahkan dinding perlindung Edith. Dia tarik kolar baju Si Musang lalu mencampak lelaki tu ke belakang lalu keluarkan tali sama yang dia gunakan pada Si Kucing ke badan itu.
Keadaan kelam kabut tadi menjadi tenang tak sampai lima minit sebaik ketibaan mereka bertiga di situ. Hunter berdiri dekat situ dengan nafas naik turun mencari Udara untuk bernafas sambil memandang mereka yang sedang melingkar atas lantai tu.
Kalau boleh dia dengan mudah dapat bunuh mereka.. Namun dia tak dapatkan lakukan hal itu terhadap mereka bertiga. Sebab dia tahu, mereka bertiga ini sudah pun di pengaruhi dengan sihir Raja Aragon hingga mereka tidak tahu siapa baik siapa jahat di mata mereka sekarang ni. Betapa berharapnya dia agar dapat beritahu mereka segalanya sekarang ini.
"Berhenti sebelum kau orang cederakan diri kau orang lagi."beritahu Hunter sambil pandang mata Si Beruang.
Si Beruang gerak hendak bangun dari situ, namun rasa sakit yang di rasai pada badan dan dadanya ketika itu benar-benar menyakitkan!
Setelah itu Hunter lenyapkan dinding yang melindungi Edith tadi lalu tunduk membangunkan wanita itu dari situ.
Menggigil badan Edith kerana terkejut dengan apa yang dia baru saksikan sebentar tadi. Dia pegang erat lengan Hunter sebagai sokongannya. Dia pandang kejung ke tiga orang yang ada di situ. Apa yang baru dia tengok tadi.
"Kita pergi dari sini.."beritahu Hunter sambil peluk sekeliling pinggang Edith lalu jalan ke arah pintu keluar yang melopong luas itu.
Masih dalam keadaan terkejut, Edith tak dapat nak bersuara atau melawan kata Hunter. Dia hanya turutkan saja kakinya untuk ikut berjalan keluar dari situ. Sambil tu dia pandang ke arah Si Kucing yang bergerak seperti ulat beluncas bergerak dari balik lilitan tali cahaya di lantai itu.
YOU ARE READING
24. The Grimm Reaper
FantasyAwalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musan...