TOK!
TOK!
TOK!
Bunyi seseorang mengapak kayu kedengaran dari arah luar jendela di pagi itu. Matahari dah tegak memancar di langit. Hinggakan ianya menerobos masuk melalui celah kain langsir yang tidak tertutup rapat lalu mengenai tangan yang terjuntai keluar dari selimut itu.
TOK!
TOK!
TOK!
Sekali lagi bunyi itu kedengaran.
Edith dan Cora yang berada di atas katil yang sama baring membelakangkan antara satu sama lain sedang terlena. Namun begitu Edith yang mudah terjaga dari lenanya itu terkutik dari tidur tidak lama kemudian ekoran bunyi bising itu.
Mahu tak mahu, dia buka matanya yang berat itu dengan susah payah sebelum terpandang akan kain langsir putih di jendela sebelah katil tempat dia baring. Buat seketika dia hanya diam termenung memandang kain langsir itu cuba soberkan diri.
Malam tadi selepas serangan di rumahnya, Edith dan Cora telah di bawa ke tempat persembunyian Hunter dan Jasper. Tempat sama dimana Edith di bawa buat pertama kali pada hari itu. Atas arahan Hunter sendiri, lelaki itu minta mereka bermalam di situ. Takut kalau-kalau geng tiga orang itu dapatkan Edith dan jadikan Edith sebagai umpan untuk pancing Hunter keluar.
Pada Malam tu jugak Cora asyik bising mintak Edith jelaskan kepadanya apa yang sedang berlaku. Disebabkan Edith sendiri tak tahu nak jelaskan macam mana, dia terpaksa pujuk Cora supaya berikan dia masa. Namun Jasper yang sikit tak membantu sedaya upaya mahu jengkelkan Cora menyukarkan kerja dia.
Hunter pulak lepas hantar Edith ke situ, lelaki itu hilang entah ke mana-mana. Tak makan tak apa, Edith dan Cora kemudiannya masuk tidur. Tengah malamnya Edith bermimpi lagi. Namun kali ini tidak la sengeri hari itu. Ianya seperti mimpi dia seakan membaca sesuatu seperti jurnal. Namun dia tak ingat apa yang dia bacakan dalam jurnal di mimpi itu. Ada beberapa imej sekali dalam jurnal tu. Yang mana tidak jelas sangat untuk dia imbas kembali.
"Huargh"nguap Edith setelah itu sebelum bangun dari baringnya. Dia turunkan kakinya dari katil tu lalu tunduk hendak hilangkan rasa mamai buat seketika. Apabila dia telah bersedia,Edith bangun dari katil tu sambil menyanggul rambut panjangnya sebelum gerak mendekati jendela bilik tersebut. Selesai menyanggul rambut, kain langsir di selaknya.
Terdedah saja jendela itu dengan pemandangan awal pagi itu, Edith pandang ke bawah laman sebelum ternampak Hunter yang tidak berbaju dan hanya berseluar sedang memotong kayu api. Tertarik dengan apa yang di lihat, Edith pandang sekejap lengan dan badan berketak-ketak milik lelaki itu bersama senyuman di bibir.
Tidak lama kemudian, Edith pun menjauh dari jendela untuk keluar dari bilik tersebut. Sambil dia berjalan sambil tu dia kerling ke Cora yang sengan terlena dengan mulut ternganga dan tangan di atas kepala. Rambut oren miliknya bersepah merata arah. Hal itu buatkan Edith menggeleng kepala menahan lucu semasa dia buka pintu bilik dan keluar dari situ.
Keluar saja dari biliknya, Edith di sapa pemandangan koridor kosong berkarper merah dan dinding yang catnya mula melepuh dan hiasan dinding yang sepertinya sudah bertahun tidak di ganti. Tanpa hiraukan persekitaranya, Edith jalan merentasi koridor tersebut untuk ke arah tangga yang berada di hujung sekali. Sedang dia berjalan seakan tidak peduli hendak kerling ke mana-mana, tiba-tiba mata dia ternampak kepala harimau dekat hujung koridor,
Serta merta dia berhenti dekat situ dengan kening terangkat ingin tahu. Perasaan dejavu mula bermain dalam fikirannya. Sebab apa?Sebab kepala harimau ini sama seperti yang dia Nampak dalam mimpinya malam tadi. Agak terkejut dengan situasi itu, Edith kembali berjalan sehingga tiba di anak tangga.
Dan sekali lagi perasaan dejavu yang sama menghentak hatinya. Anak tangga yang sama. Edith pegang pemegang tangga tu dengan muka ingin tahu. Kenapa dia rasa macam dia pernah buat hal yang sama?Edith kecilkan mata dengan perasaan curiganya. Dia mula tergerak untuk ikut apa saja nalurinya sedang beritahu dia saat ini.
Maka, Edith pun turuni tangga itu. Dia jalan dan jalan berdasarkan ingatannya tentang mimpinya malam tadi. Kalau mimpi itu mengenai tempat ini?Adakah orang itu berada di dalam tempat ini jugak?Kalau macam tu, itu bermakna Jasper atau Hunter adalah orang yang dia sedang kongsi satu fikiran dengan?
Seperti selamanya dia berjalan, kaki Edith bawa dia di depan sebuah pintu berlogo harimau pada permukaan pintu tersebut. Tanpa berlengah Edith pulas tombol pintu di depannya lalu tolak pintu itu ke dalam. Bersama langkah yang perlahan, Edith berjalan masuk ke dalam bilik tersebut dan tutup pintu di belakang setelah itu.
Pandang saja Edith ke ruangan tersebut, mata Edith terus terarah pada katil yang bersepah tidak sempat di kemas lalu ke meja belajar yang menghadap jendela. Di atas meja itu penuh dengan barang dan bersepah. Dan banyak-banyak barang di situ, apa yang menarik perhatiannya ialah sebuah jurnal dengan kulit hitam di situ.
Seperti orang telah di pukau, Edith pun jalan mendekati meja itu dengan tangan terangkat sikit mahu mencapainya. "Sh*t!"lafaznya tanpa sedar kerana terlalu tergamam dengan dejavu yang dia mimpikan. Sebijik sangat!Dia nampak semua ni dalam mimpinya. Bilik. Jurnal. Semuanya sama seperti yang dia mimpikan.
Berdiri saja di situ, Edith capai jurnal tu lantas di buka tali yang melilit jurnal tersebut, tanpa rasa serba salah atau segan silu. Well...here we go! Apa aje la yang ada dalam jurnal ni. Baru saja dia buka muka surat pertama, nama 'Raja Aragog' jelas-jelas tertera pada muka depan itu.
"What the heck?"kerut Edith dengan tak percaya setelah membaca pemilik jurnal di tangannya itu. "Serius la..."Yang mana membuatkan dirinya semakin yakin yang dia sudahpun menemui Raja Yang Hilangnya itu.
YOU ARE READING
24. The Grimm Reaper
FantasyAwalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musan...