"Kenapa kau orang berdua ada dekat sini lagi?"
"Yang kau orang bertiga ada dekat sini kenapa?"
"Bukan urusan kau untuk tahu. Dia adalah rakyat di bawah jagaan kita orang. Jadi kita orang hak pada keselamatan dia."
"Keselamatan.Kau yang sebabkan dia tak sedarkan diri macam ni."
"Aku buat apa yang patut! Dia Nampak kita dekat situ."
"Apa maksud kau dia Nampak?"
"Aku nampak dia pandang kita semua masa kita tak bertopeng tadi."
"Hah?"
Bertekak empat lelaki di situ antara mereka seperti dekat dalam hutan itu hanya mereka saja yang tinggal.
Seorang lagi hanya berdiri di situ memandang wanita yang sedang terlantar tidak sedarkan diri setelah pengsan sejak setengah jam yang lalu. Langit pula sudah mula gelap. Dan empat di situ asyik bertekak akan perkara yang tak sepatutnya di tengkarkan.
Risau hal ini akan berpanjangan, Si Musang gerak bercakung di sebelah Edith lalu tanggalkan sarung tangan kulitnya dari tangan lantas menekap kepala tu dengan tapaknya. Dia pandang mata yang terpejam itu sehingga la tapak tangannya bercahaya dan cahaya itu menerangi sebahagian kepala berambut hitam ikal itu.
Kesan dari cahaya itu telah membuatkan Edith mula berkerut-kerut kening lantas terjaga.
Si Musang pun jauhkan tangan dia dari kepala tu lalu berdiri dari cangkungnya. Dia undur tiga langkah ke belakang hendak jauhkan diri sambil perhatikan Edith yang mula membuka mata.
Empat orang yang sedang bertekak tadi berhenti dari pertengkaran mereka setelah mereka terdengar suara kecil mengaduh dari Edith tidak lama kemudian.
"Urgh...sakitnya."keluh Edith sambil gagahkan dirinya bangun dari situ. Tangan dia pegang kepala yang berat. Apa yang dah berlaku?Dia berkerut kening sebelum mengangkat kepala. Pandang saja dia ke depan, lima orang bertopeng haiwan berdiri di situ menghadap dirinya. Melompat terkejut dia di situ serta merta. Dengan lekas dia ngesot undur ke belakang nak jauhkan diri.
Bukan mimpi rupanya!Ya-ya dia ingatkan mimpi!Haish!
Si Serigala berdiri dekat situ sambil mengepal penumbuknya. Dia berasa insecure dengan semua ini. Mereka tak boleh tahu yang Edith boleh pandang wajah mereka tanpa terbunuh. Dia tak boleh biarkannya. DIa yang temui Edith terlebih dahulu!
"Dengar...apapun yang awak semua fikir. Ianya bukan seperti yang awak semua fikirkan. Okay.."beritahu Edith sambil pegang batang kayu di belakang tempat dia bersandar lalu perlahan-lahan bangun dari situ.
"Habis tu apa?Kau intip kita orang?Kau orang dari negara lain?"tuduh Si Kucing.
Edith menggeleng kepala dengan laju lalu terpandang Si Serigala. Luka lelaki tu dah tak apa-apa ke? "Bukan. Saya bukan pengintip. Saya tak bekerja untuk sesiapa. Saya hanya berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Itu saja."jelasnya.
Bila Si Beruang hendak mendekat, Si Serigala beri isyarat pada Si Rusa supaya mula bergerak. Dia tak boleh biarkan tiga orang ni dekati Edith!Dia kena secure kedudukan dia sebagai orang pertama yang menemui Edith!
Si Rusa yang Nampak mengangguk kepala faham.Dia cengkam kuat baton hitam berbelan emas miliknya dengan erat. Bersedia hendak bertindak.
"kau Nampak kita orang tadi kan?"soal Si Beruang yang gerak selangkah ke depan hendak dekati Edith.
Mata Edith terbutang luas. Shoot!Masalah apa lagi yang dia dah terlibat sekarang. "Mana ada...saya tak Nampak muka awak pun.Saya baru lintas saja di situ."tipu dia lagi.
"Tipu!"marah Si Beruang.
Pada masa itu la Si Serigala berlari ke arah Edith lalu peluk sekeliling pingang wanita tersebut.
"Argh!"jerit Edith dengan terkejut apabila dirinya di peluk dengan mengejut begitu.
Si Rusa campak bebola asap ke atas lantai hutan itu sebelum dapatkan Edith dan lesapkan diri dengan tiba-tiba dari situ Bersama bantuan Si Serigala!
Kelam kabut Si Beruang mengibas asap putih yang mengelabui penglihatannya. Dia pergi ke tempat dimana Edith berdiri tadi, Sekali tu wanita itu sudah pun tiada di situ lagi..
"Damn it!"tumbuk Si Beruang pada batang pokok di situ sehingga pecah kulit kayu itu di buatnya.
"Apa yang berlaku ni sebenarnya?"tanya Si Musang pada ketuanya.
Si Beruang berpaling lalu menghadap dua orang rakannya dengan kepalan penumbuk keberangan. "Aku berani sumpah atas nama raja. Aku memang Nampak dia pandang muka kita tadi. Apa yang peliknya, dia sikit pun tak terjejas dengan kutukan kita nidia tak mati atau terima efek lepas pandang muka kita...kau rasa?"beritahu dia dari balik ketapan gigi.
"Tak mungkin....."balas Si Musang dengan nada tak percaya. "macam mana semua tu boleh berlaku?"soalnya.
"Itu lah masalahnya. Aku cuba nak tanya...tapi si pencuri dua orang tu dah larikan dia!"deram Si Beruang.
"Apa susah kita pergi la ke tempat dia dan temui dia di situ.."cadang Si Kucing. "Mereka duduk di kedai posyen tu kan?"
"Bukan hari ni...kita kena laporkan diri pada raja terlebih dahulu. Ada tugasan yang kita perlu uruskan. Lepas selesai nanti baru kita ke sini semula!"tegas Si Beruang.
"Baik!"sahut mereka berdua dengan serentak.
YOU ARE READING
24. The Grimm Reaper
FantasyAwalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musan...