Bab 23 : Murka!

2.6K 243 1
                                    

"Apa kamu kata?Perang?"tanya Aragog dengan nada tak percaya. "Kamu dah hilang akal?Kamu sedar tidak apa yang kamu katakan sekarang ini?Adakah ini permintaan mendiang ayahanda kamu?Jadi seseorang yang kejam dan tamakkan kuasa!"

Dia yang dengar hanya beri senyuman sinis tidak kisah. "Kalau tak nak berperang, serahkan taktah tuanku kepada saya dengan cara yang baik"

"Aragon!"marah Aragog kepada anak saudaranya. Anak kepada mendiang abangnya yang baru sahaja meninggal dunia kerana di serang sakit jantung. Yang mana amat hairan kerana abangnya itu seorang yang sihat. Dan sekarang anak saudaranya naik taktah mula tunjuk belangnya.

"Kenapa?Tak nak?Kalau macam tu kita berperang. Senang cerita. Kalau tuanku kalah, serahkan negara ini termasuk pemerintahannya kepada saya!"bentak Aragon.

"Kamu telah ambil Batu Cahaya Mortal tu. Beta tak boleh ambil risiko dengan menyuruh rakyat beta untuk keluar berperang."luah Aragog dengan nada mengalahnya. "Jadi tolong. Hentikan idea gila kamu ni!"

Gila tak gila!Siapa yang lebih superior dari dia perlu di hapuskan! "Kalau macam tu siap sedia. Saya akan tetap conquer negara ini dengan keizinan tuanku atau pun tidak. Kerana apa?Saya adalah raja sekarang initak macam ayahanda saya yang lembab dan baik hati tu...disebabkan dia tak mahu serahkan taktah dia dengan rela, saya terpaksa ambil langkah saya sendiri...maka nasib tuanku akan sama seperti dia nanti."

"Apa?Apa kamu kata?Kamu bunuh ayahanda kamu sendiri?"

Bersama senyuman jahat di bibir, Aragon pandang ke Aragog. "Ha'ah...saya bunuh dia dengan berikan dia muka Grim Reaper kepadanya." beritahunya dengan renungan jahat.

"Tuanku.maaf kerana saya lewat."

Teguran itu buatkan dia yang sedang memejam mata menikmati cahaya matahari pagi di depan jendela pun tersentak. "Kenapa lambat?"tanya dia sambil perlahan-lahan berpaling ke belakang lalu memandang tiga orang suruhannya.

Tiga orang manusia terkutuk yang dilahirkan dengan wajah kacak tapi membunuh sesiapa saja yang melihatnya.

Untungnya dia ada batu Cahaya Mortal. Jadi sekiranya mereka bertiga cuba tunjuk muka tu pada dia untuk memberontak, ianya tidak akan beri sebarang kesan kepada dia. Sebab apa? Sebab batu ini menjadi pendinding dia untuk kuasa aneh yang di miliki oleh muka mereka bertiga ini.

Caspian, Julius dan Alaric berdiri di situ dengan tangan di belakang. Masih belum sober dari kecederaan yang mereka alami akibat serangan Si Serigala malam tadi. Mereka lambat sebab baru terjaga dari sakit mereka la ni.

"Maafkan kami.."ucap Alaric lagi dengan mata memandang ke lantai.

Raja Aragon pandang mereka bertiga dengan muka berlagak nak naik angin. Dia genggam kepalan penumbuk sambil tu. Sedaya upaya tak naik angin di atas kelembapan mereka buat kerja. "Macam mana dengan siasatan kamu?Adakah kamu sudah mengetahui siapa pelaku sebenar yang membunuh semua orang kuat beta?Batu Cahaya tu?Ada apa-apa perkembangan?"soalnya.

"Kami masih mencari si-"baru saja Alaric hendak bercakap.

Raja Aragon angkat tangannya lalu campak badan Julius dan Caspian ke lantai dengan kuat sebelum hempap dua orang itu dengan kuasanya. "Beta tak nak dengar alasan. Beta perlukan keputusan akhir." beritahunya sambil memberi tekanan pada kuasanya supaya menghempap lebih kuat ke Julius dan Caspian di situ.

Habis meronta-ronta kaki dua orang itu hendak lepaskan diri kerana tidak boleh bernafas.

Alaric yang berdiri di situ tidak mampu lakukan apa-apa. Dia hanya berdiri sambil mengepal penumbuk erat-erat. Memang dah terbiasa dengan semua kekejaman Aragon.

"Ingat sikit aku yang kutip kau orang dari Stone Hill...kau orang bertiga aku yang selamatkan, di beri makan dan diberi hidup. Kalau bukan sebab aku, kau orang tak adanya dekat sini. Jadi cari lelaki tak guna yang cuba lakukan pemberontakan hendak jatuhkan aku ni secepat mungkin! Faham!"tengking Raja Aragon dengan selantangnya di depan muka bertopeng Alaric.

"Baik tuanku."sambut Alaric serta merta.

"Kalau kau orang aku dah tak boleh pakai jugak. Kepala kau orang aku penggal. Jangan sampai lelaki tu temui aku dan bunuh aku. Kalau hal tu terjadi, sebelum dia bunuh aku, aku bunuh kau orang dulu!"jerkah Raja Aragon sebelum lepaskan kuasanya dan berarak keluar dari balairung seri itu.

Alaric tundukkan kepalanya ke bawah dengan tangan di belakang badan. "Saya faham tuanku. Saya akan usahakannya."beritahunya dengan mata terpejam.

Raja Aragon berjalan lekas merentasi ruangan itu sehingga tiba di pintu keluar balairung seri tersebut. Meninggalkan tiga orang itu di belakang. Sama sekali tidak peduli hendak bertanya atau kisah akan nasib mereka.

24. The Grimm ReaperWhere stories live. Discover now