Dingin.
Sakit.
Itu adalah perasaan pertama yang dia rasakan dalam mimpinya kali ini. Suasana bising dan suara orang berteriak buatkan dia yang sedang melutut dalam kesakitan itu Pedang yang tercemar dengan palitan darah di capai olehnya sebagai penyokong untuk dia bangun dari situ.
Musuh mula berlari kearahnya dengan cahaya biru seperti ais di tangan mahu menikam dirinya. Sebagai refleks dia pun angkat tanganya lalu melibas pedangnya ke cahaya biru seperti ais itu hingga ia pecah menjadi serpihan, Hanya satu libasan saja lagi, pedangnya mengelar badan musuh di depan dalam sekelip mata sebelum tumbang di situ.
"Hati-hati!Belakang kau!"teriak suara dari belakangnya.
Dia yang dengar terus palingkan kepala ke belakang lantas ternampak akan kelibat seseorang berpakaian ala general sedang melibas dua bilah pedang bermata pendek ke arahnya. Tak sempat nak elak, dia hanya mampu berdiri di situ memandang musuh dia hunus pedang itu arahnya.
Orang itu tersenyum jahat kepadanya sewaktu pedang itu menuju tepat ke arah dia. Jelas-jelas dia Nampak muka itu. Muka orang yang mahukan kematian dia.
ZRAP!
Pedang itu tertusuk tepat di badannya!Sakitnya hanya dia saja yang tahu!
Dengan laju matanya terbuka luas. Edith pandang tak berkedip siling di atasnya. Please...jangan cakap mimpi tu akan terjadi. Kalau betul itu bermakna tak lama lagi akan berlakunya peperangan. Tapi bila?Kenapa? Nafasnya naik turun kencang hendak tenangkan jantung dia yang berdegup dengan laju sekarang ni.
"Kau dah bangun?"Cora berdiri dekat atas sambil tunduk memandang dia.
Mata Edith gerak memandang Cora. Macam mana dia boleh ada dekat sini pulak?
"Apa yang dah berlaku?"Edith bangunkan dirinya dari perbaringan lalu duduk melunjur dengan lesu. Dia termenung pandang ke kaki berselimutnya tanpa sebab.
"Kau tak sedarkan diri dekat dapur. Aku Nampak kau dan terus baringkan kau dekat katil pesakit ni. Kau okay tak?Macam mana kau boleh pengsan?"Cora tanya sambil ambil tempat di atas tilam tu menghadap Edith.
"Aku tak sedarkan diri?"soal Edith bingung-bingung. Wow!Masalah betul ni!
Cora angguk kepala. "Ada sesuatu yang berlaku ke?"
Edith menjungkit bahu tak tahu. Entah. Dia sendiri pun tak sedar. Dia ingatkan dia cuma pejam mata je lepas jatuh tadi. "Tak ada."gelengnya perlahan.
"Kau pasti?Sebab aku rasa kau kena jumpa master sekarang jugak."beritahu Cora yang berasa risau dengan keadaan Edith kebelakangan ni. "Mungkin dia boleh tahu apa masalah kau?"
"Ya...aku tak apa-apa."angguk Edith sambil termenung memegang tempat yang dia kena tikam semasa dalam mimpi itu. Dia berkerut kening sebab tak pasti apa yang dia Nampak itu mimpi bakal terjadi atau sedang terjadi. Serius beritahu dia boleh rasakan sakit tu.
"Okay...kalau macam tu kita tutup kedai awal. Boleh la kau rehat nanti dekat rumah."Cora tepuk kaki Edith sebelum bangun dari katil tu dan gerak ke kaunter untuk mengemas. "Oh ya...tadi.. Makcik Jen yang datang. Dia ucapkan terima kasih untuk wang yang diberikan kepada dia untuk bayar hutang anak lelakinya. Dan sekarang kedai dia selamat."beritahu dia sambil susun balik bekas dan sepah yang ada di kaunter tu. "Kenapa kau tak beritahu aku yang kau tolong makcik Jen?"
Kepala Edith berpaling laju ke Cora. Dia buat muka tak faham. Hutang?Wang apa? "Apa maksud kau?"
Cora berhenti dari mengelap permukaan kaunter tu untuk pandang Edith. "Kau lupa?Makcik Jen cakap kau berikan dia wang dengan nama kau Bersama di kantung duit tu. Sebab itu dia datang nak ucap terima kasih. Niat aku nak panggil kau. Tengok-tengok kau dah tak sedarkan diri."
Hah?Bila masa pulak dia tolong Makcik Jen. Tak ingat pulak dia berikan wang pada wanita tu. "Bukan aku la."nafi dia.
"Alah kau ni malu-malu pulak. Ngaku je la. Aku bukannya marah pun."Cora sambung semula mengelapnya. "Aku okay je. Tapi bincang la dengan aku apa-apa hal. Boleh la aku tolong sekali."selorohnya.
Edith tak tahu nak cakap apa lagi. Nak nafikan dia sendiri tak tahu macam mana nak beritahu.
"Apapun Makcik Jen cakap dia akan bayar semula pada kau nanti kalau ada duit."kata Cora lagi.
Edith renggut rambutnya dengan perlahan sebelum di cengkam. Cuba hendak ingatkan balik pernah ke dia lakukan hal tu?Kalau bukan dia, siapa pulak yang pinjamkan wang dan letak atas nama dia?Kenapa nak buat macam tu segala?Ah!Pening la kepala!
YOU ARE READING
24. The Grimm Reaper
FantasyAwalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musan...