Sambil minum teh hangat, dua orang tu duduk berdua atas sofa menghadap perapian berborak akan sesuatu dengan suara yang rendah. Ada kalanya ketawa sekejap-sekejap bila ada yang melucukan mereka.
Sudah lengkap dengan pakaian tidur masing-masing, Edith ajak Cora untuk minum bersamanya memandangkan dia tak boleh tidur walaupun waktu sudah masuk jam 11 malam. Cora yang baik hati itu pun ikutkan saja.
Sejak Hunter dan Jasper keluar dari rumah tak beritahu mereka ke mana hendak pergi, sejak itu la Edith tidak tidur sehingga sekarang.
"Hei...kau kan boleh tengok muka dia orang...Jasper tu macam mana orangnya? Jerk face atau dumb face?"soal Cora yang duduk di penjuru sofa sebelah kanan dan sandar padanya.
Sementara Edith pula duduk di penjuru sofa sebelah kiri dengan kaki rapat ke dada. Mug berisi teh ada dekat atas lututnya. "Kenapa?Kau ada hati dengan dia ke?"sengih dia.
"Apa kau merepek. Aku tanya muka dia macam mana je. Ke situ pulak."
Edith ketawa kecil. "Boleh la..handsome. hidung mancung, kening hitam dan lebat. Bibir merah. Dagu dan rahang dia..okay."ceritanya sambil bayangkan muka babyface milik Jasper. "Dia nampak muda dari usianya."
Kening Cora terangkat sedikit mendengarnya. "Apa kau rasa bila kau seorang je dapat tengok muka dia orang semua?"mesti best kan dapat cuci mata.
Berasa lucu dan teruja pada masa yang sama bila dengar soalan itu, Edith ketawa. "Serious talk aku beritahu kau...at first aku rasa biasa je la...macam aku tengok orang lain. Feeling gitu-gitu je. Tapi kalau di fikirkan balik...wah..bertuahnya aku kan.."sengih dia sebelum ketawa.
Cora sepak perlahan kaki Edith kerana menyampah. "Aurgh...menyampah pulak aku.."
"Ahaha.."Edith ketawa bila kakinya di sepak. Namun tak lama.
Pada masa itu dengan mengejut suara bising kedengaran dari pintu masuk rumah persembunyian Hunter dan Jasper itu. Terkejut dengan bunyi itu Cora dan Edith ikut tersentak pada masa yang sama. Masing-masing membutang mata memandang pintu masuk ruang tamu itu. Sekali tu dia nampak kelibat lima lelaki berjalan masuk ke ruangan tersebut.
"Cora tutup mata!"tempik Jasper sebaik masuk ke situ.
Tersentak mendengar suara itu, Cora cepat-cepat palingkan kepala membelakangkan pintu masuk ruang tamu itu dan tekup muka dengan tangan.
Edith terus bangun lantas tunduk meletakkan mugnya di atas almari sebelah sofa di situ. Dia turunkan kaki dari sofa lalu berdiri menghadap mereka dengan kening berkerut risau. "Awak berdua keluar untuk selamatkan mereka ke?"tanya Edith yang agak dumbfounded dengan situasi di depannya.
Hunter letakkan Caspian dekat kerusi goyang berdekatan lalu turunkan topeng mulut ke dagu dengan rimas. Nafasnya naik turun sewaktu memandang Edith. "Kenapa?"tanya dia dari balik nafas mengahnya.
"Kenapa awak tanya?"tanya Edith yang dekati Hunter lalu belek lelaki tu dari atas ke bawah. "Kenapa tak beritahu saya?"mujur la lelaki ni tak apa-apa. Gila betul pergi ke istana Aragon macam tu je. Macam mana kalau semua ini hanya perangkap? Kan cari masalah je namanya tu.
"Benda simple. Buat apa nak beritahu kau.."keluh Hunter yang gerak tunduk mencapai mug milik Edith tadi lalu teguk minuman dari situ sebab dia dahaga. Penat betul kalau keluarkan tenaga ni!
Edith kerling ke arah Jasper lalu ke dua lelaki yang dalam keadaan cedera dan tidak berbaju di kerusi berdekatan. Mulanya dia dekat hendak dapatkan mereka, sekali tu tak semena tangan Hunter berada di depan perut dia lantas menolak dia undur ke belakang.
Edith pandang tak faham ke Hunter. Dah kenapa pulak!?
"Um...guys!Sampai saya masuk bilik dulu la kalau macam tu ya?"maklum Cora yang masih memejam matanya dan bergerak melintasi ruangan itu.
"Nak saya tolong hantarkan?"pelawa Alaric yang sedang menanggalkan mantel pakaian seragam pengawal diraja dari bahu.
Cora tersenyum sendiri bila dengar suara gentle Alaric. "It okay. Saya boleh jalan sendiri. Awak semua ambil la masa.."beritahunya yang jalan melewati Edith lalu Jasper sebelum tiba ke pintu ruang tamu lantas menghilang dari situ.
Jasper yang dengar Alaric tegur Cora buat muka lalu gerak ke arah sofa menghadap perapian tadi lantas duduk menghenyak punggung tak puas hati di situ.
"Kenapa?"tanya Edith dengan bingung masa pandang Hunter.
"Apa kau nak buat?"tanya Hunter semasa tunduk memandang Edith.
Edith pandang ke dua lelaki yang dia tak pasti mana satu Si Musang dan Si Kucing itu. "Tolong mereka la." beritahunya dengan muka blur tak bersalah.
Hunter kerutkan sikit keningnya. "Kau lupa atau buat-buat lupa?"tanya dia sambil lentokkan sikit kepala lepas tengok muka blur Edith.
"Tentang apa?"tanya Edith sambil jungkit kening tak faham.
Terus Hunter dekatkan mulutnya di telinga Edith sambil tangannya memegang depan perut Edith. Hadang Edith dari dekati dua orang tu."Aku beritahu jangan susahkan diri kau untuk salur kuasa kau pada sesiapa tanpa kebenaran aku kan?" beritahu dia dengan nada perlahan.
Edith jauhkan kepala sikit dari Hunter lalu turunkan tangan tu dari pinggangnya. "Jangan nak pentingkan diri sangat boleh tak...mereka sama saja seperti awak. Sudah ke tepi. Biar saya tengok keadaan mereka. Kalau mereka mati awak yang rugi. Ingat senang ke nak dapat rakan sekongkol untuk misi awak ni.."bisiknya pula.
Hunter ketap garis nipis di bibir. Dia pandang tak terkata ke Edith. Memangnya kalau bercakap dengan orang perempuan ni, lelaki mesti tak boleh nak menang punya. Tak kira la kalau benda tu salah ke betul. Still lelaki tak boleh nak menang. Dia turunkan tangannya dari pinggang Edith lalu duduk menyertai Jasper di sofa itu kemudiannya.
Tanpa berlengah Edith dekati dua orang itu lalu mula membantu memberi rawatan kepada mereka.
"Ada apa-apa yang aku boleh tolong ke?" tanya Alaric pada Edith kemudiannya.
Dengan serentak Jasper dan Hunter palingkan kepala memandang curiga ke Alaric. Mata mereka berdua sama-sama di kecilkan.
"Kau nampak tu?"tanya Jasper.
"Nampak."balas Hunter.
"Kita kena tengok-tengokkan dia orang.."aju Jasper dengan nada berbisiknya.
"Betul tu."angguk Hunter.
"Dasar si pencuri perhatian betul." cebik Jasper dengan menyampah.
Hunter hanya perhatikan saja Edith yang sibuk mengatakan itu dan ini pada Alaric supaya lakukan sesuatu untuk bantu dua orang tu. Tak apa, dia tengok dulu. Kalau dia orang macam-macam, tahu la dia nak buat apa!
YOU ARE READING
24. The Grimm Reaper
FantasyAwalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musan...