Cuaca cerah pada hari ini.
Langit lapang dari awan, matahari pulak bersinar terang ke seluruh tempat. Memberi seri dan vitamin di dalamnya kepada mereka termasuk tumbuh-tumbuhan.
Burung berkicauan dan menghinggap di atas dahan atau bumbung rumah yang mereka singgah sebelum terbang semula.
Pari-pari bunga dapat di lihat berterbangan di sekitar pokok bunga ajaib yang di letakkan pada pasu bunga di dinding bangunan dan beranda rumah.
Hari yang indah untuk mulakan kehidupan.
Asap putih dari kedai pembuat besi menerawang keluar melalui serobong.
Bau masakan makanan yang enak boleh di hidu beberapa meter jauhnya.
Tingkap dimana kedai roti dan candy di penuhi dengan pengunjung cilik yang mahukan snack harian mereka.
Adakalanya kelihatan kanak-kanak berlari dengan riang bermain kejar-kejar sesama rakan sebaya di laluan pejalan kaki.
Pekuda yang membawa tong dan bekalan sekejap-sekejap menyesakkan lalu lintas di jalan. Sementara penunggang basikal dengan riang membunyikan loceng mereka kepada orang yang mereka lintasi.
Seperti hari kebiasannya, pekan Amertis akan sibuk dengan para peniaga dan penduduknya. Sama ada berjalan membeli barang dapur ataupun mendapatkan rawatan, mana-mana dapat di lihat penduduk keluar masuk ke premis yang ada di situ.
Begini la suasana mereka yang tinggal di Bandar Ronan Bellington. Bandar yang menempatkan Istana Utama, iaitu Istana Royal Hypatia Bellington. Sebuah bandar yang sangat kaya dengan hasil tanaman dan kuasa magisnya. Ramai ahli sihir duduk menetap di bandar ini kerana keharmonian dan ketenteraman yang dimiliki.
Bukannya nak kata tempat lain tidak aman. Sama saja seperti bandar ini. Tapi ramai yang lebih prefer tinggal di sini kerana yakin dan berasa selamat memandangkan ada orang yang memastikan keselamatan tempat ini terjamin.
Ya. Orang yang dimaksudkan itu adalah The Grim Reaper. Tiga orang manusia yang mengenakan topeng haiwan. Orang yang dikatakan dapat lindungi tempat ini hanya menggunakan wajah misteri mereka itu.
Kata orang di bandar ini la.
Tak tahu la betul ke tidak. Atau mereka saja buat cerita sebab nak takut-takut pendatang luar yang masuk ke kawasan ini. Tapi ada jugak yang beritahu hal itu benar-benar terjadi. Kisah benar terjadi apabila seorang wanita katanya telah curi-curi lihat ke dalam tempat tinggal tiga orang ini kemudian Nampak seorang dari mereka. Namun tidak sempat hendak buat apa-apa. wanita itu mati dengan mengejut pada masa itu juga!
Sehingga kini tiada siapa tahu kesahihan cerita itu.
Krincing!
Bunyi loceng pintu kedai kedengaran taktala ia di dorong ke dalam oleh pelanggan yang berjalan masuk ke situ.
"Hai Selamat Datang ke Kedai Posyen Serbaguna.."sambut Edith sewaktu tunduk mengangkat kotak kayu di bawah kaki yang di penuhi dengan botol kaca kosong di dalamnya. Setelah dia berdiri tegak dan meletakkan kotak itu di atas kaunter, dia pandang ke depannya dengan senyuman manis di bibir.
Namun begitu senyuman itu jatuh dari bibir Edith sebaik dia melihat orang yang berdiri di situ.
Sh*t!
Si Pengutip Cukai Miang!
"Hai Edith..."sengih si gemuk berambut mangkuk macam tak cukup vitamin kepada Edith. Barang kemas jelas-jelas tergantung di sekeliling leher. Lelaki ini dipanggil sebagai Smith. Duda kahwin empat kali. Dan empat-empat isteri lelaki ini mati kerana sakit. Pelik tak pelik?
"Ya...boleh saya bantu Encik Smith?"soal Edith dengan sesopan mungkin walaupun dalam kepala dia sekarang ini mahu menempik dan maki hamun lelaki ni supaya keluar dari kedai posyen dia secepat mungkin.
"Oh...tak. Saja. Saya datang kerana mahu melihat kamu. Rindu."Smith Tarik sengih menayang barisan gigi emasnya kepada Edith.
Berasa mual dan ngeri pada masa yang sama, Edith tarik senyuman terpaksa dia sambil menelan air liur dengan susah payah. "Iya ke...maaf la. Hari ni saya sangat sibuk. Jadi kalau Encik Smith tak kisah. Mungkin lain hari saja."beritahu dia yang berharap sangat lelaki separuh umurnya berhambus dari kedai dia secepat mungkin.
"Kamu tak perlu pedulikan saya. Kamu buat saja kerja kamu."beritahu Smith yang sepertinya tidak menunjukkan sebarang tanda ingin keluar dari situ.
Pada masa itu la Cora berjalan masuk ke kedai melalui pintu sebelah kiri kedai dengan barangan baru untuk pembuatan posyen mereka. Dia yang baru sahaja hendak buka mulut menyapa Edith terkatup mulutnya lalu berdiri tegak dekat depan pintu tu dengan muka takutnya.
Edith nampak akan kehadiran Cora di situ. Dia beri isyarat supaya kawan dia supaya keluar semula dari situ. Cora apa lagi, tanpa berlengah terus buka pintu dan keluar dari situ untuk selamatkan diri. Tidak mahu jadi mangsa orang tua gatal bernama Smith ini.
Smith pandang ke sekeliling kedai itu dengan minat. "Kamu tak ada rancangan hendak besarkan kedai posyen kamu ni ke?"soalnya tidak lama selepas itu.
Edith hanya beri senyuman kekok dia pada Smith lalu menggeleng kepala.
"Rugi. Kalau kamu besarkannya ia akan beri banyak ke untungan kepada kamu nanti"bebel Smith yang cuba nak lengahkan masa di situ.
Edith yang mula merinding jengkel hanya ketap bibir dan sibukkan diri dia lakukan itu dan ini di kaunter itu. Malas nak layan orang tua yang mengenakan minyak wangi macam satu kedai minyak wangi tu pakai dekat badan. Pening kepala dia dibuatnya!
"Kamu ada pertimbangkan lamaran saya tempoh hari Edith?Kamu tahu kalau kamu berkahwin dengan saya. Kamu tak perlu susahkan diri dalam kedai lapuk ni"ujar Smith lagi.
Ya Tuhan. Sesiapa tolong la halau orang tua ni!Dia tak tahan betul!Nak bernanah telinga ni dengar semua kata-kata tu. Dengan terpaksa, Edith hadapkan badannya semula ke Smith lalu Tarik senyuman terpaksa dia sambil mengetap gigi menahan sabar. Nak di maki takut kedainya lingkup tak di maki makin naik miang pulak si ulat bulu tua ni!
YOU ARE READING
24. The Grimm Reaper
FantasyAwalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musan...