Bab 28 : Kerajaan Stone Hill

2.6K 256 6
                                    

"APA!?"dengan serentak Cora dan Jasper berseru selepas mendengar cerita yang disampaikan oleh Hunter sebentar tadi.

"Raja?"tanya Jasper.

"Putera yang hilang?Protector?"soal Cora pula.

"Apa kau merepekkan ni Hunter?" tanya Jasper yang begitu dumbfounded dengan semua yang baru di beritahu dia sebentar tadi. Jadi selama ni dia telah bersama dengan anak raja yang hilang tu? Hunter?Kawan selama lima tahunnya?

"Edith...beritahu aku semua ni tipu je kan?Kau adalah Protector dia selama ni?" soal Cora yang memandang tak percaya ke Edith yang duduk di sebelah Hunter.

Kalau tanya dia, dia pun sebenarnya masih belum sober dari terkejutnya. "Nampaknya macam tu la."beritahu Edith dengan senyuman nipis di bibir.

Mulut Cora ternganga sebaik mendengarnya. Dia pandang ke lelaki bertopeng serigala di sebelah Edith lalu di pandang buat seketika dengan mata terkedip-kedip. Lantas dia pandang ke Jasper pula.

"Awak tak tahu semua ni??"tanya Cora kepada Jasper.

Jasper palingkan kepalanya ke Cora bila dengar soalan tu. "Do I look like I know it?"soalnya dengan jengkel. "Tak dengar tadi aku tanya apa?"Ih! Ada ke tanya dia pulak!?

Cora mencebik bibir. "Tanya aje pun, itu pun nak marah."

Jasper pandang Hunter semula.

"Jadi sebab ini ke kita merantau dari satu negeri ke negeri yang lain?Sebab kau nak cari Protector kau yang hilang tu?" tanya Jasper yang tidak pedulikan Cora di sebelahnya. Dia perlukan jawapan untuk puluhan soalannya.

"Ya.."jawab Hunter mengangguk.

"Sekarang apa pulak?Kau dah jumpa orang yang kau nakkan selama ni kan? Kita pergi dari sini ke?"soal Jasper lagi. Patut la bila dia tanya kenapa mereka perlu lakukan semua ni, Hunter cuma jawab kawannya ini sedang mencari sesuatu. Ini ke maksudnya?

Edith palingkan kepalanya ke sisi mendengar soalan Jasper. Ya tak ya. Dengar soalan ini buat dia sendiri ingin tahu. Adakah dia akan tinggalkan tempat ini?

Hunter pandang ke lantai buat seketika. Berat hatinya. "Kita akan balik semula ke Kerajaan Stone Hill." beritahunya sambil termenung memikirkan sesuatu dalam kepala.

"Stone Hill?"soal Cora dengan teruja. "Kita balik ke negara asal semula?Jadi kami tak perlu menetap di sini lagi. Saya boleh terbang seperti biasa di sana nanti?"lama dah dia tak bertukar jadi naga atas faktor keselamatan. Di negara Bellington ini tiada sesiapa pernah bela naga apa lagi nampak, jadi takut dia kalau nak menjelma menjadi naga di sini. Tak pasal-pasal di bunuh pula nanti!

Jasper palingkan kepala ke Cora. Kening dia berkerut. "Apa maksud kau terbang hah?Kau nenek sihir ke sampai perlu terbang bagai?"tanya dia.

Cora palingkan kepala. Dia buat muka menyampah. "Kenapa?Jelous yang saya boleh terbang awak tak?Untuk pengetahuan awak...saya adalah seekor naga okay. Loser."beritahu dia sebelum menarik sengih meleret bangga sewaktu menjeling tak suka ke Jasper lalu kembali memandang Hunter.

Jasper membutang matanya dengan luas. "Serius?"tanya dia sambil memandang Edith. "Dia naga?"ibu jarinya tunjuk ke Cora.

Edith beri senyuman nipis ke Jasper lantas mengangguk kepala. "Ya...dia adalah naga saya."angguknya.

Jasper kemudiannya palingkan kepala ke arah Hunter. Dia beri renungan serba salah ke kawannya itu. "Hunter dulu pun ada naga. Tapi naga dia terkorban semasa peperangan enam tahun lepas sewaktu kerajaan Aragog di serang...naga dia yang selamatkan Hunter sewaktu dia sedang nazak selepas di tikam dulu." beritahu Jasper. Hunter sendiri yang cerita hal itu kepadanya sebaik mereka bertemu. Tapi tak ada la pulak Hunter beritahu yang identiti sebenar. Selama ni dia fikir Hunter hanya seorang tentera dan rakyat biasa.

Tersentak mendengarnya, Edith memandang Hunter dengan mata terbutang luas. Sementara Cora menahan nafas terkejutnya. "Tuanku ada naga?"tanya Cora dengan perlahan setelah itu.

Hunter hanya tunduk memandang ke lantai mendiamkan diri sejak tadi. Dia tak jawab. Sebab berbincang mengenai masa lampau dia cukup menyeksakan dirinya. Banyak yang telah dirampas dalam hidup dia kerana ketamakan Aragon. Dari ibubapanya, kerajaan dia, naga kesayangan dia...hidup dan identitinya sebagai putera mahkota kerajaan Stone Hill. Ianya bukan mudah untuk dia tangani selama enam tahun ni sendirian.

Edith yang faham macam mana perasaannya bila berpisah dengan naga sendiri ngesot ke tepi Hunter lalu pegang belakang badan tu. Kehilangan naga itu ibarat hilangnya sebahagian diri orang itu. Rasanya seperti soulmate dan identity itu ikut mati bersama naga tu sendiri. Percaya la ianya perasaan yang dreadful yang amat sangat yang mana manusia kalau boleh tak nak rasa. Ianya lebih sakit dari berpisah dengan kekasih sendiri.

"Hunter..."panggil Edith sambil lentokkan sikit kepalanya untuk pandang mata tu.

Hunter pun palingkan kepala dia. Memandang Edith lepas belakang badannya di sentuh dengan lembut olehnya.

Terus Edith tersenyum. "Tak apa-apa...ianya bukan salah awak. Dia lakukan apa yang sepatutnya dia lakukan sebagai kawan awak." pujuk dia yang mana dia tahu ianya takkan dapat buatkan Hunter lega. Tapi sekurang-kurangnya dia cuba.

Hunter tenung ke dalam mata Edith yang mana buatkan dia lega. Walaupun dia berduka sehingga sekarang, menemui Edith sudah cukup untuk dia waktu ini. "Kalau begitu kita akan balik ke kediaman kau orang berdua dan pack apa yang patut. Kita akan mulakan misi kita kumpulkan tentera untuk peperangan menakluk Istana Stone Hill."

Edith pandang tak berkedip ke mata Hunter.

Sementara Cora dah buat muka terujanya. "Yeah..balik Stone Hill."

Sementara Jasper sudah pandang risau ke Hunter. Mereka betul-betul akan berperang selepas ini? Tapi dapat ke mereka kumpulkan tentera? Memangnya rakyat Stone Hill mahu beri kerjasama mereka pada Putera Mahkota yang telah di gulingkan dari taktah ni ke?

24. The Grimm ReaperWhere stories live. Discover now