Bab 42 : Terlepas lagi!

2.3K 246 6
                                    

Suara orang ketawa dan menjerit menghiasi laman Utama Istana sewaktu dia orang itu saling berkejaran mencampak sesuatu ke arah satu sama lain. Asalnya rancangan mereka berdua adalah untuk bantu mengemas sekitar kawasan istana itu supaya kelihatan cantic dan berseri. Elok saja pada awalnya. Sekali tu bila tanah yang asalnya hitam dan tidak mempunyai rumput Berjaya di sembuhkan dan di tumbuhkan rumput dua orang itu mula bergaduh.

"Ke sini kau sekarang!"

"Ahahaha...uweek!Tak dapat tangkap...dasar si kaki pendek!"

"Siapa kaki pendek!Mana adil aku je yang kena!Sini bagi muka kau biar aku sapu tanah ni dekat muka kau!"

"Ahahah!Cuba la kalau boleh!

"Cora Fire Horn!"

"AhahahaA!"

Habis riuh luar istana itu dibuat Edith dan Cora. Memandangkan tiada orang lain selain mereka dan orang-orang Hunter, hanya suara mereka saja la yang meriuhkan istana muram tu. Sedang dua orang itu berlari berpusing-pusing atas laman berumput hijau itu, beberapa orang Hunter sedang sibuk bina semula apa yang patut di dibina, bersihkan apa yang patut di bersihkan, Buang apa yang patut di buang, Mereka cuba hendak cantikan tempat itu kepada keadaan asal selepas semua mayat-mayat orang Aragon di buang dan di tanam beramai-ramai di sebuah tanah yang jauh dari situ.

Sudah masuk hari ketiga sejak malam penaklukan itu terjadi. Dan sejak itu la mereka semua sedaya upaya mencantikkan lagi kawasan istana ini supaya sesuai untuk di kungjung para raja dari negeri bawa naungan pemerintahan Stone Hill.

Hunter dan Jasper sibuk buat persiapan untuk perjumpaan itu.

Alaric bertugas untuk menjadi mata-mata di Bellington. Lelaki itu buat risikan di situ untuk pastikan berita mengenai penaklukan Istana Stone Hill tidak sampai ke mana-mana pihak atau kenala Aragon dan Aragon sendiri.

Julius pula sibuk singgah dari satu perkampung ke perkampungan lain yang ada di daerah Stone Hill itu untuk memantau keadaan rakyat untuk memudahkan Hunter rangka pelan dan dana untuk bantu mereka semua bangun semula.

Akhir sekali, Caspian di arahkan untuk menjaga hal ehwal dalam dan luar istana termasuk la akan keselamatan dua orang ini. Iaitu Edith dan Cora. Disebabkan kesibukan Hunter dengan rancangan membangunkan semula kerajaannya, ianya buatkan lelaki itu sibuk dan tiada masa untuk lihat-lihat Edith.

Sedang Edith berlari mengejar hujung kasutnya terpijak akan kain dressnya yang labuh itu lalu buatkan tersandung ke depan sebelum jatuh tersembam dalam keadaan meniarap di situ. Secara instint kuasa protector dalam badan Edith pun trigger. Ianya munculkan kuasanya sendiri untuk lindungi Edith. Namun pada masa yang sama Edith pun terlintas hendak gunakan kuasa dia untuk elak dirinya dari terjatuh.

Entah bagaimana dan entah apa silapnya, Edith dengan tak sengaja hasilkan satu tenaga yang sangat kuat lalu ketika kedua-dua tapak tangan dia melekap di atas permukaan tanah, satu ledakan cahaya biru keunguan berlaku. Hasil ledakan itu telah membuatkan satu gelombang menebar ke seluruh ,kawasan istana tersebut. Menyentuh, melaga, menyapa dan mengenai semua yang ada di situ termasuk orang yang berdiri di situ.

POOFFF!

Habis seluruh tanah, dinding, pokok, dan juga orang di situ kena tempias kuasa Edith itu. Dari tanah yang hitam ianya berubah menjadi warna coklat, dinding yang kusam dan penuh lumut telah berubah warna cat yang baru dan lumut pun hilang, pokok yang pada awalya sudah mati dan tunggu masa untuk di tebang telah hidup semula dan daun hijau tumbuh dengan lebat siap dengan buah dan bunganya sekali. Orang lelaki dan perempuan yang sibuk lakukan kerja ikut berubah dari seperti zombie tidak cukup zat menjadi segar dan normal semula seperti mereka dilahirkan semula menjadi muda.

Semua itu berlaku hanya dalam masa sesaat sahaja.

Edith yang masih terlentang dekat rumput itu sama sekali tidak menyedarinya kerana menahan sakit sebut lepas tersembamnya.

Cora yang saksikan kejadian itu berdiri kaku dan pandang terkejut ke sekelilingnya dengan mata terbutang luas. "Woah!Apa yang dah berlaku?"soal dia melihat sekeliling kawasan istana menjadi hidup dan berwarna warni semula.

"Awak tak apa Edith?"muncul Caspian yang dating menyelamat untuk bantu Edith bangun dari situ sesaat selepas semua kejadian itu berlaku. Dia sendiri tak sempat nak proses apa yang berlaku sebab dalam fikirannya hanya ada Edith sahaja.

"Uh..saya okay.."angguk Edith sewaktu dirinya di dukung bangun oleh Caspian dari situ.

Berdiri saja Edith dari situ, Caspian tunduk hendak check sama ada Edith calar dekat muka ke dagu ke kepala ke sebelum bertanya. "Apa yang awak dah buat?"

"Hah?"nganga Edith sambil berkerut kening menggosok tapak tangan dia yang sakit menampak permukaan tanah tadi. "Apa yang saha dah buat?"tanya dia setelah itu.

"Ini"Caspian ajukan tangannya ke sekeliling.

"Oh my gosh!Edith!Tengok apa kau dah buat!"sorak Cora dari jauh sewaktu berlari mendekati Edith dengan girang.

Sambil buat muka tak faham, Edith pun palingkan kepalanya untuk lihat sekitarnya dan tidak pedulikan suara bising Cora itu. Taktala dia pandang, mulut Edith jatuh ke bawah dan matanya terbuka luas. Shoot!Dia terlepas guna kuasa dia ke??

Tidak semena Cora terpa Edith lalu memeluk tubuh itu dengan erat. "Kenapa tak cakap awal-awal kau boleh buat semua dalam sekelip mata?Tak ada la kita bazir masa untuk buat semua kerja ni tadi.."katanya sambil tekap pipinya dengan geram ke pipi Edith.

Edith yang masih belum sober dari terkejutnya hanya pandang tergamam akan sekelilingnya yang berubah tiga ratus enam puluh darjah sepenuhnya. Dalam sekelip mata. "A-aku...aku tak tahu."beritahu dia dengan jujur. Dia sendiri tak sedar.

Dan pada ketika itu la satu suara kedengaran dari arah pintu masuk Utama Istana.

"Edith Winter!"tempik Hunter yang berjalan marah ke arah laman berumput itu dimana Edith, Cora dan Caspian berada.

Tersentak dengan suara lantang itu, mereka bertiga dengan serta merta pandang ke arah itu.

"Berapa kali aku beritahu jangan guna kuasa kau sesuka hati?"marah Hunter sambil mendekat dan menunding jari dengan marah. "Tengok apa kau dah buat!"bebelnya.

"Edith lari..serigala dah datang!"sentak Cora yang baru tersedar yang kawannya dalam bahaya sekarang.

Edith yang dengar tersentak dari takutnya lalu kelam kabut hendak ke kanan dan kiri. Bingung nak lari ke mana. "Mana aku nak lari.."soal dia.

"Sana...sana..aku lengahkan dia.."beritahu Cora yang menolak Edith ke arah kiri mereka.

Mendengar cadangan itu, Edith tanpa membuang masa angkat kain dressnya lalu pecut lari dari situ dengan sengih nakalnya.

"EDITH!!!"ngaum Hunter dengan berang yang mahu mendapatkan Edith. Namun begitu Cora hadang laluan Hunter dengan tangan di depakan.

24. The Grimm ReaperWhere stories live. Discover now