Lari punya lari, dia berhenti entah dekat mana pun tak sedar. Sampai-sampai je dia dah berdiri dekat satu ruang dalam kawasan istana tu jugak, tapi ianya dekat luar, tak ada bumbung.
Yang ada hanya sebatang pokok besar, agak rendang tapi ia di tanam atas tanah yang di tembokkan dekat tengah-tengah tempat ni. Di dahan pokok tu ada sebuah buaian. Di tepi tembok batu pula ada set meja marble dan kerusi sekali. Seluruh tapak itu di selaputi rumput hijau. Sekeliling tempat itu pula ada lapan tiang. Dan setiap tiang ada pokok menjalar padanya. Pemandangan atas tempat itu pula, ianya tidak berbumbung tapi siling sekitarnya berbentuk kubah boleh lihat pemandangan langit biru. Cahaya matahari dari lubang itu betul-betul terarah pada pokok di tengah tapak tu.
Oleh kerana terpesona dengan pemandangan tempat itu, Edith dekati tempat itu lalu panjat naik ke tembok batu tersebut untuk berada di atas buaian tersebut. Siapa sangka, dia dapat lihat tempat dimana dia pernah duduk buat latihan Bersama master dan nanny dulu. Dari buaian sehingga la pemandangan tempat ini, semuanya tiada yang berubah. Adakah kuasa dia tadi telah ubah tempat ini balik semula seperti keadaan asal enam tahun yang lalu?
Duduk saja di atas buaian itu, Edith pegang tali buaian itu dengan penuh berhati-hati, takut kalua dia berkasar semua ini akan musnah. Lalu dia mula hayun buaian itu depan dan ke belakang dengan berhati-hati. Terus terlupa akan tujuaan untuk larikan diri dari tertangkap dengan Hunter. Tempat ini terlalu banyak kenangan indahnya. Dari saat dia mula berjalan, sehingga la dia pandai berlari. Semuanya bermula di sini. Tidak dilupakan jugak, tempat ini adalah tempat pertama kali dia bertemu dengan permaisuri dan mendapat Cora sebagai naganya.
Asyik sangat membelek buaian dan termenung di situ, Hunter sudahpun munculkan diri di laluan koridor tersebut. Niat dia hendak terus, sekali tu dia Nampak Edith berada di atas buaian sedang tersenyum indah berhayun dengan perlahan di situ.
Tergamit dengan pemandangan itu, Hunter pun atur langkahnya ke arah tembok batu berpokok itu sebelum berdiri di situ tanpa berkata apa-apa. Sudah lama dia tak lihat taman indah ini sejak peperangan terjadi. Selepas bertahun lamanya, dia dapat lihat semula tempat ini hidup dan kembali kepada keadaan asal sama persis seperti enam tahun yang lalu. Dia percaya semua ni berpunca dari kuasa Edith sebentar tadi.
"Dah habis termenungnya?"tegur dia sambil mencekak pinggang.
Melompat bahu Edith kerana suara tu. Dia terus berhenti dari ayunan buaian lalu berdiri tegak dengan muka terkejut sewaktu melihat Hunter di bawah. Terlupa pulak! "Dengar...saya tak sengaja okay."beritahunya serta merta.
"Turun sekarang."arah Hunter sambil menggunakan mata dia menyuruh Edith turun dari situ.
Edith buat muka mencebik takut. "Please...jangan marahkan saya. Saya tak sengaja. Sungguh!"tanganya di angkat membuat ikrar.
"Aku kata turun sekarang Edith Winter!"tegas Hunter yang tunding jari ke sebelahnya. Isyarat supaya Edith turun dari situ serta merta.
Malas nak bertekak dengan Hunter, Edith pun akur. Dia gerak ke tebing tembok itu sebelum duduk dekat tembok tu untuk lompat ke bawah. Namun belum sempat dia nak lompat, Hunter berdiri di depan kakinya. "Kenapa?"soal dia.
"Sini..jatuh nanti tak pasal-pasal luka."aju Hunter sambil hulur tangan mahu mendukung Edith turun dari situ.
Mata Edith gerak memandang tangan Hunter lalu ke mata yang terhadang dari topeng muka itu sebelum tersenyum suka. "Awak tahu...saya lebih suka kalau awak tak kenakan topeng tu di muka awak."beritahu dia sambil hulur tangan nak pegang bilah bahu Hunter sementara tangan Hunter memegang bawah ketiaknya.
"Well..kalau kau mintak aku bunuh semua orang dekat sini...aku okay je.."seloroh Hunter yang kemudiannya mengangkat Edith turun dari situ dengan mudah lalu diberdirikan depannya.
"Terima kasih.."ucap Edith yang gerak hendak jarakkan dirinya dari Hunter sejurus kakinya menginjak rumput di situ.
Tangan Hunter yang masih berada di pinggang Edith tarik badan tu semula supaya rapat kepadanya hingga buatkan tangan Edith naik memegang dadanya. "Nak ke mana?"
Kepala Edith dongak memandang ke atas sambil pandang dengan mata bulatnya ke mata Hunter sewaktu menahan nafas terkejut dengan tindakan itu. "Mana nak ke mana-mana.."beritahu dia sebelum telan air liur gemuruh. Berada dekat dengan Hunter buatkan seluruh badannya hilang fungsinya Terus berterabur entah ke mana-mana!
"Beritahu aku...kau memang suka tunjuk kuasa kau dekat depan semua orang atau saja nak tunjuk diri kau bagus?"tanya Hunter sewaktu eratkan lingkarannya di pinggang Edith tapi matanya masih menatap wajah tu.
"Mana ada.."kerut Edith tak suka dengan tuduhan tu. "Berapa kali saya nak beritahu, saya tak sengaja."
"Sengaja tak sengaja kau kena belajar kawal sikit kuasa kau tu..."beritahu Hunter.
Tanpa berkata apa-apa. Edith tundukkan matanya ke kolar baju Hunter yang tidak di butang tiga dari atas di depannya itu. Dedahkan tulang leher yang timbul bawah leher tu. Bukannya dia tak nak kawal. Kuasa dia ni macam air jugak. Cuba bayangkan ada satu gelas tu kemudian gelas tu di tuang saja air ke dalam tu tanpa henti, tumpah tak tumpah air itu?Mesti la tumpah kan. Sama ;la dengan kuasa dia, kalau tak di gunakan ianya akan berkumpul dan bakal meledak tanpa kawalan dia.
"Edith..."panggil Hunter dengan nada perlahan.
Edith dongakkan kepalanya semula sebelum kerutkan kening sebab silau dengan cahaya matahari pagi itu."Ada apa?"balasnya.
YOU ARE READING
24. The Grimm Reaper
FantasyAwalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musan...