Selepas perjumpaan dengan orang berkelubung tadi, mereka satu kumpulan mula bergerak masuk ke dalam sebuah hutan yang sangat lebat dan kelihatan begitu misteri sekali. Katanya tak boleh guna sihir untuk sampai ke situ kerana sepanjang laluan itu telah di dinding dengan kuasa magis yang buatkan sesiapa tak boleh masuk ke dalam tempat itu kecuali dibenarkan sahaja.
Lima orang saja yang kelihatan tercengang sepanjang perjalanan itu. Kecuali dua orang tu. Sebab yang dua orang itu saja yang seperti sudah terbiasa dengan laluan berliku hutan tersebut. Even, Edith sendiri yang kerap keluar masuk hutan cari herba kerap tersandung dan hendak terjatuh dan takut-takut.
Dan sepanjang perjalanan itu mereka berlima ditemani dengan suara dua orang wanita.
Nama pun orang perempuan kan..kalau dah ada mulut tapi tak di gunakan apa fungsinya.
"Apa kita buat dekat sini kalau awak tak kisah untuk beritahu?"tanya Edith sambil tunduk memandang langkahnya masa mereka mula turuni bukit.
"Adakah awak berdua ni cannibal?" tanya Cora pula dekat sebelah Alaric.
"Hari dah nak senja ni?Bukan ke lagi elok kalau kita cari penginapan dan duduk di situ?"beritahu Edith lagi sambil pegang lengan Jasper nak elakkan dirinya dari tersandung.
"Hah?Jangan cakap kita kena duduk hutan malam ni?"balas Cora pula.
"Tidur di dalam hutan?Serius?"soal Edith dengan terkejut.
Hunter ada dekat depan sekali mengetuai perjalanan itu. Dia hanya diam tidak banyak bercakap sebab dalam kepalanya ada macam-macam perkara yang sedang di fikirkan.
Sementara baki empat lagi terpaksa tabahkan hati dan diri untuk tadah telinga mendengar bebelan dua orang tu yang tak berhenti sejak tadi.
Edith pandang ke belakang badan Hunter lalu ke tepi muka Jasper pula.
"Awak?"lengan tu di goyangkan sikit nak cari perhatian.
Jasper lepaskan keluhan letih. Mahu tak mahu dia palingkan kepala lalu memandang Edith sebelum berkata.
Kenapa la orang perempuan ni banyak bercakap ya?Elok dia tengah penat, makin penat dia dibuatnya!"Awak akan tahu nanti. Jadi berhenti bercakap okay?"jawab dia dengan perlahan.Edith hanya berkerut kening tak suka dengan apa saja yang sedang berlaku di sekitarnya. Tanya pun salah.
Tidak semena kepala Cora yang sedang tunduk memandang langkahnya tersentak. Dengan mata terbutang luas, dia pandang ke depan dengan terkejut. Shoot!Lalu dia yang ada dekat belakang lari anak hendak berada dekat dengan Edith dihadapnnya. Sampai saja di sebelah Edith, dia berbisik ke telinga tu lekas-lekas.
"Masalah."bisik Cora dengan perlahan.
Edith tersentak lantas laju memalingkan kepala ke sisi. "Ada apa?"
"Kau tahu..."Cora gerakkan matanya ke Jasper. Takut kalau lelaki tu pasang telinga. "Aku dapat rasakan ia bergetar." sambungnya sebelum pandang ke Edith semula. Dia tak tahu kenapa tiba-tiba pulak badan dia nak buat hal time macam ni.
"Hah?"Edith buat muka terkejut. "Sekarang?"
Cora mengangguk kepala.
Hish!Takkan la sekarang pulak. "Kita dekat tengah hutan ni."bisik Edith.
"Aku tak boleh nak control. Tempat ni buatkan ia membuak-buak nak keluar."beritahu Cora lagi dengan terdesak.
Edith buat muka lalu berhenti dari berjalan. Ada-ada je la. "Sekejap!"mintanya.
Dengan serentak semua dekat situ berhenti. Termasuk Hunter. Mereka pandang ke arah dua orang wanita yang sama tinggi sama saiz badan dan sama warna rambut itu.
"Ada apa?"soal Hunter.
Edith pun palingkan kepala ke Hunter dengan kening berkerut. "Cora dia nak menjelma jadi naga sekarang."
"Hah?"Julius berseru lantang dekat situ."Naga?Siapa?"
"Sekarang ke?"soal Jasper.
Cora mengetap gigi. Lalu menjeling geram ke Jasper. Di tanya lagi. Tak dengar ke tadi Edith cakap apa!Tuli betul! "Ya..kalau awak semua nak mati. Saya boleh je control sampai benda dalam badan saya ni memberontak nak keluar dan sambar awak dengan api."deramnya dari balik ketapan gigi.
"Kenapa tiba-tiba pulak ni?"tanya Alaric pula.
"Sebab dia lahir dekat sini.."sampuk Julius yang gerak ke batang pokok di situ lalu sandar sambil menyilang tangan ke dada. Patut la dia perasan ada getara gelombang aneh dari Cora. Rupa-rupanya naga. "Tenaga dekat tempat ini telah trigger dia. Sebab itu la.."
Cora kerling ke mereka bertiga sekejap lalu memandang Edith dengan nafas naik turunnya. "Dah dekat ni"beritahu dia sewaktu matanya mula terasa panas dan lalu seluruh badannya. Banyak bunyi pulak dia orang semua ni!
Edith mengangguk kepala. Lama dah dia tak jumpa naga Fire Horn dia. Takut pulak tiba-tiba. Harap-harap Cora tak hilang kawalan nanti sudah. "Okay...kau boleh pergi sana.."tolaknya dengan perlahan supaya Cora undur ke belakang.
"Apa kami kena buat sekarang ni?"tanya Alaric dengan risau. Naga la pulak. Siapa Cora dan Edith sebenarnya ni?
Cora undurkan diri ke belakang dan ke belakang menjauhkan diri dari Edith semasa tubuhnya mula mengeluarkan cahaya terang seperti matahari dan deru angin yang kencang mula bertiup kuat sekitar kawasan hutan itu.
Poofff!
Berdesup kuat tak semena satu letupan cahaya terjadi dan deru angin kuat seperti satu hembusan pun berlaku. Buatkan semua di situ angkat tangan nak hadang muka dan mata masing-masing. Hanya Edith saja yang berdiri teguh dekat situ nak tengok jelmaan naga dia.
Hilang saja cahaya terang dan deru angin kuat dari situ, seekor naga bersaiz gergasi yang sangat besar dan berwarna merah gelap dengan belang hijau di bahagian kaki yang berkuku tajam serta ekor berdiri megah di tengah hutan itu.
Habis ternganga semua dekat situ bila menengoknya. Pertama kali dalam hidup mereka dapat lihat naga hidup sebesar ini. Alaric yang tengok dah terduduk dekat situ. Sementara Hunter dan Jasper yang beri muka kagum terhadap naga di depan mereka.
Edith kedipkan mata dia soberkan diri dari tergamam sebelum tersenyum. "Cantiknya.."komen dia. Rindu dia nak tengok rupa sebenar naganya ini. "Macam mana?Okay tak?"
Cora gerakkan lehernya beberapa kali sebelum angkat kepaknya yang seluas-luas alam tu dengan tinggi untuk buat rengangan sebelum tunduk ke bawah mendekati Edith. Menggunakan kuasa telepati naganya dia berhubung terus ke dalam kepala Edith.
"Aku suka sangat.."
Edith yang dengar ketawa. "Bagus la...nak terbang sekarang ke?"tanya dia sambil hulur tangan nak pegang muncung hidung naganya.
Cora pun lagakan hujung hidungnya ke tangan Edith sebelum memejam mata kerana suka dan lega.
"Tak agaknya...aku masih takut nak tunjukkan diri."
"Okay..."balas Edith sebelum pandang ke arah Hunter yang sejak tadi tolong bawakan dia peti pakaiannya. "Boleh awak berikan peti tu kepada saya?"
Hunter tunduk memandang peti yang dia sendiri tak sedar pegang sejak tadi sebelum gerak mendekati Edith. Dia jalan sambil dongak memandang naga yang tinggi di depannya ketika itu. Begitu gah sekali rupa naga di depannya. Sampai dia sendiri boleh rasa kuasa dari naga ni. "Dia tak nak terbang ke?"soalnya sebaik berdiri di sebelah Edith dan letakkan peti itu ke tepi Edith.
"Takut katanya..belum biasa. Dah lama dia tak jelma jadi naga. Sebab itu la.."jawab Edith semasa bercakung membaringkan peti pakaian ke tanah lalu membukanya.
"Wah...hebat betul. Jadi selama ni Cora adalah naga?Kau tuannya?"'sampuk Julius sambil jalan ke tempat dimana Edith berada, nak tengok lebih dekat lagi.
"Siapa kau orang sebenarnya ni?"tanya Alaric pula.
"Panjang ceritanya kalau nak beritahu sekarang. Mungkin nanti. Jadi sekarang saya mintak awak semua berpaling ke belakang dan tutup mata tu. Jangan intai. Kawan saya nak pakai baju..dia akan berubah semula jadi manusia sekejap lagi ni.."
YOU ARE READING
24. The Grimm Reaper
FantasyAwalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musan...