Bab 31 : Misi Menyelamat

2.6K 245 9
                                    

'Beritahu aku kenapa kita ada dekat sini semula?"tanya Jasper dari balik topengnya.

"Aku tak suruh kau ikut sekali."beritahu Alaric.

"Excuse you mister...sedar tak sekarang kita orang cuba buat baik pada orang yang dah khianat negara sendiri demi kelangsungan hidup dia orang?"soal Jasper sambil memakai sarung tangan ke tangan kanan dia dengan jengkel.

"Kalau macam tu berhenti bercakap. Jangan bercakap kalau tak ada benda baik yang keluar dari mulut kau tu."beritahu Alaric lagi dengan nada yang sama.

Jasper dah gerak hendak terkam Alaric. Berasa jengkel yang amat dengan perangai berlagak cool tu.

Kebetulan Hunter yang berdiri di tengah itu tolak Jasper menghalang rakannya dari bertindak meluru. "Cukup Jasper. Kita datang nak selamatkan dia orang..kawal sikit baran tu."

"Aku pulak...kau tengok la dia tu...tunjuk perangai berlagak tak guna macam dia bagus sangat pulak. Untung-untung kita nak tolong selamatkan dua orang tu."cebik Jasper dengan nada merajuknya.

Alaric menjuling mata menyampah sebaik mendengar bebelan itu. "Baik dengar elok-elok. Aku akan masuk ke dalam dan beri arahan pada dia orang untuk bubar supaya tak jaga pintu masuk dan laluan ke penjara. Kau orang ada masa 10 minit je untuk pergi ke penjara tu dan bawa dia orang berdua keluar."

Jasper berdecit mengejek kerana tak suka dengar suara penuh autoritif milik Alaric. Berlagak nak jadi ketua pulak. Panas pulak hati dia dengar.

"Berapa orang pengawal dekat penjara tu?"tanya Hunter yang ketika ini sedang berdiri di atas bumbung istana malam itu.

"Lima orang. Dua dekat depan pintu masuk, tiga yang meronda dekat dalam."beritahu Alaric.

"Jenis kuasa?"tanya Hunter lagi.

"Dua darinya adalah pengamal pentagram. Seorang tu ahli sihir teras. Selebihnya tahap aku."beritahu Alaric lagi.

"Okay. Kau boleh gerak. Kita orang tunggu."Hunter naikkan topeng mulut menutupi sekeluruh hidungnya dan biarkan matanya saja yang terdedah. Angin malam bertiup oada masa yang sama. menyapa anak rambut Panjangnya yang menutupi dahi.

Mendengar kata-kata Hunter buatkan Jasper akur, Dia ikut naikkan topeng mulutnya naik ke hidung lalu keluarkan dua bilah pedang dari sarung belakang badan. Hanya sekali gerakan saja, dua bilah pedang itu mengeluarkan cahaya merah keorenan seakan api pada permukaannya.

Alaric yang tidak membuang masa terus hilangkan diri dari bumbung itu dan muncul semula dari pintu masuk gerbang istana. berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku dia jalan begitu saja ke dalam istana itu.

Hunter dan Jasper yang berada di atas bumbung istana berlari dan menyusup sesenyap yang mungkin seperti ninja mengekori Alaric. Menunggu masa yang sesuatu untuk bertindak sahaja.

Alaric yang kelihatan begitu tenang dan bersahaja sikit pun tak Nampak gelabah bercakap dengan pengawal yang ada berdekatan laluan ke penjara istana dan beritahu mereka supaya pergi untuk tukar shif dengan pasukan pengawal yang bakal tiba tak lama lagi. Mulanya pengawal-pengawal itu tidak termakan. Namun selepas Alaric bercakap dengan gaya yang menyakinkan, akhirnya mereka pun akur.

Di bawa saja pengawal tu pergi dari situ, Alaric dongakkan kepalanya ke atas lantas ternampak kelibat dua lelaki berpakain serba hitam dan bertopeng mulut lalu mengangguk kepala memberi isyarat.

Hunter dan Jasper yang lihat terus berlari sepanjang bumbung istana itu hingga tiba di penghujungnya. Setibanya mereka id penghujung bumbung tersebut, Hunter dan Jasper lompat dari tempat itu dengan mudah lalu mendarat menggunakan dinding kaca yang menjadi alas pendaratan mereka ke tanah dengan selamat.

Seperti seorang pencuri professional, Hunter dan Jasper menyusup dalam gelap kemudian melekas di dinding bangunan dengan berhati-hati apabila dua orang pengawal yang bertugas mengawal depan pintu masuk bergerak melihat sekitar kawasan tersebut.

Hunter tunggu dekat tepi dinding itu dengan sabar sehingga la seorang dari pengawal di situ muncul di depannya. Pada masa pengawal itu Nampak dia dan buka mulut hendak bersuara,pada masa itu Hunter Tarik topeng mulutnya ke bawah dagu dan dedahkan wajahnya kepada pengawal tersebut.

Seakan terpukau buat seketika, pengawal itu pandang wajah Hunter dengan wajah bungkam sebelum matanya bertukar putih berkelabut lalu tumbang sesaat kemudian.

"Hei!Kenapa dengan kau?"suara rakan pengawal itu kedengaran kemudiannya.

Hunter berdiri di situ tidak bergerak menanti mangsa seterusnya. Dan bila pengawal kedua tiba di situ dalam keadaan mencangkung hendak mendapatkan rakan pengawalnya, dia pun berdehem. "Ehem."

Kepala pengawal tersebut pun tersentak lantas cepat-cepat dongak sebelum terpandang wajah handsome membawa maut Hunter itu. Sama seperti tadi, dia agak terpana sekejap lepas tengok muka Hunter, tapi rebah sesaat kemudian dalam keadaan tak bernafas.

Selesai tugasnya, Hunter naikkan semula topeng mulutnya ke wajah lalu Jasper ambil giliran untuk bertindak pula. Dia keluar dari persembunyian dan berlari ke arah pintu masuk penjara itu. Hunter dekat belakang hanya jalan bersahaja. Membiarkan Jasper uruskan baki tiga orang pengawal yang ada dalam penjara tu pula.

Seperti pahlawan yang hebat dan berpengalaman. Jasper serang tiga orang pengawal yang dia temui sepanjang laluan itu dengan mudah. Bunyi desingan pedang saling berlaga dan letupan jelas-jelas kedengaran dalam terowong itu.

Lima minit kemudian, tiga orang itu jatuh tumbang tidak berdaya di lantai setelah tewas di tangan Jasper. Yang mana Hunter sikit pun tak pandang ke tiga orang tu sewaktu jalan melintasi tempat pertarungan tersebut.

Berdiri saja mereka di depan pintu pagar yang memenjarakan dua orang rakan Alaric, Hunter di sapa pemandangan yang tidak menyenangkan. Dua orang itu di rantai dekat dinding. Dalam keadaan tidak berbaju dan berdarah di sekitar badan, tangan, muka serta kaki.

Jasper yang sedia memegang pedang itu melibas pedangnya dalam bentuk pangkah ke pintu besi itu dengan satu kali libasan sahaja.

Hunter pun berjalan masuk ke dalam lubang pintu pagar yang di hasilkan Jasper sebentar tadi.

Kehadiran dua orang itu buatkan Julius dan Caspian tersentak dari lena mereka dan mula bergerak hendak jauhkan diri. Ingatkan pendera mereka datang hendak menyeksa mereka lagi. Sekali bila mereka angkat kepala, malah dua orang bertopeng mulut yang di pandang mereka.

"Siapa?"tanya Julius dengan cemas.

"Si Serigala dan Si Rusa.."jawab Jasper sewaktu memotong rantai besi yang ada pada Julius terlebih dahulu lalu diikuti Caspian.

"Hah?Kau orang?"tanya Julius dengan hairan.

"Alaric yang hantar kita orang ke sini.."beritahu Hunter sewaktu bantu Caspian bangun dari situ. Lelaki itu kelihatan sedar tak sedar, tapi sangat lemah.

"Gosh...apa yang Aragon dah buat dekat kau orang?"soal Jasper yang meletakkan tangan Julius atas bahunya lalu pimpin lelaki tu bangun dari situ.

Julius yang tak kuat nak jalan sendiri paksa jugak kaki dia bergerak. "Dia serap kuasa kita sikit demi sikit.dan paksa kita orang minum posyen ilusi yang buatkan kita mimpi yang bukan-bukan. Tak cukup dengan tu dia seksa kita orang dengan kuasa dia.."bebelnya tanpa sedar semasa mereka keluar dari ruang penjara tu.

Hunter yang sudah ada dekat depan hanya tersengih.

"Well..untuk orang yang sudah diseksa separuh mati...kau masih ada tenaga lagi untuk bercakap ya?"sindir Jasper.

"Kau tanya tadi kan?"getus Julius dengan muka tak puas hatinya.

Jasper geleng kepala. "Apa-apa je la."

Maka mereka berempat keluar dengan selamat dari situ setelah Hunter dan Jasper hilangkan diri secara tiba-tiba dari tempat itu sebaik keluar dari kawasan istana tersebut.

24. The Grimm ReaperWhere stories live. Discover now