Dengan tiba-tiba Edith tersentak dari lena lalu bangun dari perbaringannya dalam keadaan tercungap-cungap. Matanya terbutang luas, peluh dingin merintik di seluruh dahi dan lehernya. Anak rambut yang bersepah sekitar dahi dan tepi pipi melekat dengan peluh sekali.
Seakan dia berada di tempat itu, dia dapat dengar dan rasai semua yang berlaku di sekeliling mimpinya itu. Seperti yang diberitahu Master Luna, dia tahu ianya bukan mimpi tapi sebaliknya fikiran yang dimiliki oleh Hunter ketika lelaki itu sedar.
Menyedari yang semuanya berakhir dengan baik, Edith melepaskan keluhan Panjang lalu tundukkan kepalanya ke bawah dengan letih. Lalu matanya di pejam semula. Mendengar bunyi degupan kencang jantung dia ketika ini. Disebabkan suasana bilik bawah tanah ini kedap, apa saja bunyi yang kecil pun boleh kuat di dengar. Letihnya dia kalau begini keadaannya setiap kali Hunter lakukan sesuatu.
KLIK!
Pintu bilik itu tiba-tiba terbuka sebelum bilik tersebut bercahaya pada masa yang sama.
Edith dekat atas katil itu tersentak mengangkat kepalanya serta merta ke depan. Ingatkan Cora, sekali tu ternampak Hunter berjalan masuk ke situ. Semakin laju jantung dia berdegup bila nampak pakaian dan tangan berdarah milik lelaki tu.
Sewaktu menutup pintu itu, Hunter bertentang mata dengan Edith di atas katil itu. Dia pandang dari balik topengnya sekejap sebelum tanggalkan ia dari mukanya lalu di gantung pada paku yang ada di dinding situ. "Kenapa kau tak tidur?"tanya dia sambil gerak ke arah sinki di penjuru bilik itu.
Edith perhatikan langkah Hunter dengan nafas naik turun dia. Lidahnya kelu tak tahu nak cakap apa. Dia nak tidur, tapi fikiran Hunter tak benarkan dia untuk berbuat begitu. Sebab dia telah saksikan tindakan nekad Hunter yang sanggup bunuh sesiapa saja tanpa rasa belas atau kasihan dalam mimpinya tadi. Rasa nak menangis pun ada bila dia teringat akan wajah-wajah yang menjerit mintak di belas kasihankan sebelum mati serta merta didepan mata.
"Saya baru terjaga.."jawab Edith dengan suara perlahan.
Bunyi air paip kedengaran sewaktu Hunter mencuci tangan dan mukanya di depan sinki itu. Sedang dia cuci, dari ekor matanya dia boleh perasan yang Edith sedang memandang ke arahnya. "Kau nampak semua tu ya?"tanya dia lagi sambil lihat darah yang dicuci dengan air mengalir keluar dari mangkuk sinki itu.
Edith ketap giginya lalu menelan air liur sebelum bersuara. "Perlu ke awak bunuh semuanya?"tanya dia dengan suara serak bangun tidur. Tangannya yang sedang menggigil takut di pegang antara satu sama lain. Cuba kurangkan gigilan itu yang mana tak berjaya. Sebab dia terkejut sangat.
Kepala paip itu di pulas tutup oleh Hunter setelah dia selesai. Tuala yang tergantung pada besi pengantung tepi sinki kemudiannya di capainya. "Kalau aku tak bunuh dia orang semua, one day dia orang yang hidup tu akan jadi seperti aku. Berdendam dan kemudian cuba hapuskan aku. Untuk tu aku kena buat langkah berjaga-jaga."beritahu dia sambil lap tangan dan muka menggunakan tuala tersebut.
Edith palingkan kepalanya ke arah lain enggan memandang Hunter. Dia tak boleh hadap semua ni. Berada dalam fikiran yang sama seperti Hunter buatkan dia jugak bertanggungjawab terhadap kematian orang-orang itu.
Setelah selesai mengesat muka, Hunter gerak menghampiri pintu almari pakaian pula. Dia buka pintu itu terlebih dahulu sebelum membuka pakaian combat yang kotor dengan debu dan darah itu dari badannya. "Kau tak boleh judge aku berdasarkan apa yang aku buat lepas apa yang aku tanggung Edith. Kalau aku ada dekat tempat yang sama, kau akan fikir perkara yang sama."beritahu dia semasa tanggalkan t-shirt hitam dari badan dia lalu di campak ke bakul rotan di tepi almari itu.
YOU ARE READING
24. The Grimm Reaper
FantasyAwalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musan...