Bab 17 : Dunia Roh dan Dunia Nyata!

2.6K 256 0
                                    

20 minit selepas itu, Edith pun berjaya di tenangkan dan kembali kepada keadaan stabil setelah Master Luna berikan posyen penenangnya kepada dia untuk di minum. Mereka bertiga kemudiannya duduk bilik rawatan Master Luna untuk teruskan proses membantu Edith.

Senyap.

Sunyi.

Dan dingin hingga buatkan bulu roma meremang,

Itu la suasana dalam bilik rawatan tersebut bila Master Luna memulakan ritualnya.

Dalam keadaan bersila Edith duduk menghadap Master Luna sambil merehatkan tangannya di atas meja kecil yang berada di antara mereka berdua itu. Cora pula duduk bersimpuh di sebelah memerhatikan dua orang itu dengan senyap.

Master Luna yang memegang tapak tangan Edith kini bukan Master Luna. Wanita itu kini berada di alam maya dimana dia berhubung dengan dunia nyata dan dunia roh. Matanya berwarna putih sepenuhnya. Rambut putih wanita itu mengerbang seperti ada gelombang magnetic di sekelilingnya.

Sementara Edith yang masih pucat dan kelihatan lemah pandang akan Master Luna dengan kening berkerut. Cuba menunggu apa saja yang Master Luna bakal temui dalam kepala dan dirinya nanti. Jangan yang buruk-buruk sudah.

"Pintu telah terbuka. Jalan sudah tersedia. Kunci sudah ditemui. Dua dunia menjadi satu. Dua jasad satu mimpi. Mimpi kamu adalah mimpinya..Mimpinya adalah mimpi kamu..."ucap Master Luna dengan suara hantu yang besar dan terdiri daripada lima jenis suara. Lelaki perempuan tuan muda mahupun kanak-kanak dapat di dengari darinya.

Edith berkerut kening.

Cora merinding seram.

Seperti orang yang dirasuk, Master Luna tersentak-sentak sedikit sebelum matanya terpejam dan rambut mengerbangnya tadi jatuh ke bahu dan dia kembali ke dunia yang nyata semula. "Uhuk!"batuk dia seperti mahu termuntah gara-gara roh yang menyinggah ke dalam badannya sebentar tadi.

Cora pandang ngeri ke Master Luna lalu ngesot rapat ke Edith setelah melihatkan ritual berhubung dengan dunia roh sudahpun tamat. "Apa master dah nampak?"tanya dia setelah selesakan diri di sebelah Edith.

Master Luna pandang ke Cora lalu ke Edith dengan kening berkerut seperti mahu naik angin. "Sekiranya kamu hendak tahu apa yang berlaku. Jujur pada saya terlebih dahulu."pesannya dengan nada tegas.

Edith tarik tangannya turun dari meja itu lalu direhatkan atas silaanya. Dia pandang ke Master Luna sambil membuat muka tak faham. "Apa yang master katakan ni?"tanya dia dengan perlahan.

Master Luna mengetap giginya semasa memandang Edith. "Kamu bukan orang sini...dan kamu berdua bukan la manusia biasa tanpa kuasa kan."beritahu dia dari balik ketapan gigi menahan marah. "Kamu beritahu saya kamu manusia biasa tanpa kuasa. Tapi kenapa apa yang saya lihat dan dengar sebaliknya?"

Cora senyap-senyap cengkam kain lenggan baju Edith lepas nampak wanita menakutkan di depannya menjegil mata ke mereka. Sh*t!Orang tua ni dah tahu ke?Habis la!

BAM!

Tidak semena meja kecil di pukul Master Luna dengan kuat.

Melompat terkejut Cora dan Edith di situ hingga mereka kedipkan mata sebab tersentak dengan bunyi kuat itu.

"Beritahu saya. Siapa kamu berdua sebenarnya. Atau saya takkan jelaskan apa yang sedang berlaku pada kamu Edith Winter!"arah Master Luna sambil berkerut kening.

Teragak-agak hendak bersuara, Edith pandang api yang menyala atas lilin di meja depannya. Sebolehnya dia kena simpan rahsianya sehingga la misinya selesai. Namun bila keadaan jadi rumit macam ni, nak tak nak dia kena beritahu jugak.

"Edith..."bisik Cora dengan perlahan tanpa alihkan mata dia dari Master Luna. "Macam mana ni?"

Dalam keadaan terpaksa dan pening kepalanya, Edith angkat matanya lalu memandang Master Luna bersama nafas naik turun hendak mencari oksigen untuk dadanya yang sedang sempit sekarang ni. Semuanya ini kerana mimpi yang dialami tadi. "Saya beritahu."akurnya.

Cora pandang tak percaya ke tepi muka Edith. Serius?Edith nak beritahu?Haish!Kacau betul!

"Beritahu sekarang."tegas Master Luna Bersama renungan mencerunnya.

Selepas bertahun lama dia simpan semua ini, akhirnya terlpeas juga dari mulutnya. Dan semua ini kerana mimpi tak guna dan efek yang menghantui hidupnya sejak ke belakangan ini! Edith mengenggam erat jari jemarinya sewaktu merenung tepat ke mata Master Luna.

24. The Grimm ReaperWhere stories live. Discover now