Tiga hari kemudiannya, selepas kekecohan berlaku dimana penjara Istana Bellington di pecah masuk dan tiga orang ini larikan diri kembali tenang, baru la Hunter ambil keputusan untuk bawa Edith dan Cora pulang ke Stone Hill bersama-sama.
Bila dengar saja berita mengenai keberangkatan mereka ke Stone Hill, Edith dan Cora adalah orang paling gembira setelah mendengarnya. Siap melompat girang lagi tu di depan Hunter. Namun begitu lima lelaki yang ada di situ sikit pun tidak menunjukkan sebarang reaksi. Gembira tidak apapun tidak. Malahan hanya tundukkan kepala masing-masing.
Awal pagi kemudiannya, Edith dan Cora bersemangat bangun awal untuk siapkan sarapan dan kemas rumah persembunyian Hunter. Seronok sangat punya pasal kan. Masa sarapan tu mereka berborak akan itu dan ini. Rancang nak pergi ke sana sini bila dah sampai ke Stone Hill nanti. But little did they know...tidak semua perkara yang di rancang bakal terjadi setelah tiba di sana nanti.
Hunter, Jasper, Alaric yang tahu apa yang berlaku dan keadaan di Stone Hill. makan dengan wajah yang muram. Hanya Julius dan Caspian sahaja yang ikut berborak bersama dua orang itu untuk elakkan keadaan jadi kekok.
Selesai saja makan, Edith dan Cora adalah yang pertama siap dibandingkan lima orang tu. Sedangkan mereka yang bawak peti pakaian segala bagai. Sementara lima lelaki itu hanya bawa beg sandang kecil mereka di bahu.
"Cepat la sikit.."gesa Cora dengan muka bersemangat dia.
Edith yang lihat betapa teruja Cora ikut tersenyum lebar.
Hunter berikan mantel berlogo Stone Hill kepada Edith sewaktu tiba di depan laman rumah itu. "Pakai ni.."beritahu dia.
Edith pandang ke mantel itu lalu ke Hunter. Keningnya terangkat hairan."Kenapa?"tanya dia sambil capai mantel itu.
"Pakai aje la.."arah Hunter.
Tanpa berkata apa-apa lagi, Edith gantungkan mantel berwarna hijau lumut dengan benang emas itu ke bahunya. Cora juga di berikan mantel yang sama, selesai saja dia pakai, Cora adalah orang pertama yang sedar akan apa sedang berlaku di situ.
"Ini mantel diraja bukan?"tanya Cora bila nampak yang lima lelaki di depan dia kenakan mantel yang sama. Perasaannya terdetik akan sesuatu.
Edith ikut lirik ke mereka setiap orang di situ selepas Cora tegur hal berkenaan. Setelah itu kening dia pula yang terangkat tinggi kerana hairan. Mantel di raja?Buat apa di pakai?Bukan ke ianya biasa dipakai sewaktu berkabung atau berlakunya kematian kerabat di raja?"Kenapa kita kena pakai ni?"soalnya sewaktu memandang Hunter.
Jasper palingkan kepala ke Edith lalu pandang ke Hunter. Menunggu Hunter sendiri yang bercakap. Tapi tidak. Hunter sekadar mendiamkan diri sewaktu tunduk menyarung sarung tangan ke tangan. "Kita lawat makam diraja nanti."katanya tidak lama kemudian sambal memandang Edith dan Cora.
Air muka ceria Edith dan Cora serta merta jatuh lepas dengar. Rasa serba salah pulak bila teringatkan betapa gembiranya mereka tadi. Lah!Patut la mereka berlima sikit pun tidak menunjukkan sebarang reaksi teruja yang sama seperti mereka sejak tadi. "Oh."balas Edith dengan kekok.
"Kalau semua dah sedia. Kita gerak sekarang."beritahu Hunter selepas keadaan senyap buat seketika. Dia berikan tangannya ke Edith. "Pegang aku."mintanya dengan suara perlahan namun kedengaran serius.
Edith pandang tangan tu lalu meletakkan tangannya ke atas tapak tangan Hunter tanpa berfikir apa-apa. Lantas tangan beralas dengan sarung tangan kulit itu mengengam erat jari jemari Edith.
Sementara Cora pandang ke Jasper yang bertopeng itu lantas pegang lengan tu dengan muka tak suka. Untung dia kenal Jasper awal dari yang lain dan tak kekok. Kalau tidak lama dah dia pegang tangan seorang dari tiga orang tu.
Lalu mereka pun lenyapkan diri dari situ dalam sekelip mata begitu sahaja ke destinasi mereka.
Stone Hill Kingdom.
Dulu terkenal dengan kemegahannya memiliki lubuk batu berkuasa. Mana-mana dapat di lihat batu permata pelbagai fungsinya di kediaman, tepi jalan, atas pokok, dalam sungai, kedai makan, kendang haiwan, di dalam tanah dan peladangan. Oleh kerana terlalu banyak dan berlambak-lambak tiada siapa kisah dengan batu-batu berkuasa itu.
Malah kerana Stone Hill adalah satu dari pada kerajaan terkaya dan maju. Aman dan mempunyai tempat yang indah lagikan menarik untuk di lawat. Raja Aragog menjaga semua sumber itu dan keharmonian negara ini.
Namun apakan daya, langit tidak sentiasa cerah, cuaca tidak sentiasa panas, air tidak selalu tenang. Di sebalik kesenangan itu pasti akan ada yang dengki dan iri. Tidak kira sebaik mana ia di jaga, jika perasaan hasad dan jahat menguasai, semuanya akan musnah begitu sahaja.
Tempat yang dulu di hiasi dengan bangunan yang indah, tumbuhan hijau yang segar, suara kanak-kanak riang bergelak ketawa, air sungai yang mengalir jernih, kicauan burung dan Udara yang bersih, kini hanya tersisa seperti negara yang mundur.
Segalanya kelihatan muram. Tiada satu pun tumbuhan hijau kelihatan. Tiada satu pun orang kelihatan sihat dan ceria. Udara pula cukup untuk buatkan sesiapa yang tidak biasa dengan suasana daif kembang tekak. Kanak-kanak kelihatan murung dan tidak cukup nutrisi bercakung di tepi rumah mengorek tanah mencari sesuatu tanpa punca kerana tiada tenaga hendak lakukan apa-apa. Bunyi burung pun tidak kedengaran, Tingkap rumah dan bangunan di situ semuanya tertutup dan bertampal dengan papan.
Walaupun hari siang, suasana di tempat itu kelihatan mendung yang senja. Langsung tiada rupa yang selayaknya untuk di huni.
YOU ARE READING
24. The Grimm Reaper
FantasyAwalnya Serigala dan Rusa berfikir hanya mereka sahaja yang mempunyai kutukan ini. Mereka fikir selama ini tiada siapa selain mereka yang dapat melihat wajah mereka tanpa meragut nyawa seseorang itu. Siapa sangka pertemuan Beruang, Kucing dan Musan...