Eijaz Mukris dipaksa kahwin oleh papanya dengan Damia Khalisa sekiranya dia ingin mewarisi syarikat papanya. "Papa, apa ni pa? Eijaz faham papa nak Eijaz kahwin tapi kenapa mesti dengan Damia?" "Apa yang kurang pada Damia ni? Cantik, baik, lemah lembut, pandai. Apa lagi yang kurang? Kamu nak isteri yang macam mana?" Damia pula menerima perkahwinan ini dengan rela hati kerana dirinya telah banyak terhutang budi dengan Datuk Marzuki. "Maafkan uncle Mia sebab tak minta pendapat kamu dulu. Uncle rasa Mia saja yang layak untuk jadi menantu uncle yang boleh ubah perangai Eijaz ni" Mampukah Eijaz dan Damia bahagia di atas perkahwinan paksa ini? Adakah cinta akan berputik di dalam perkahwinan mereka? Nantikan dalam Eijaz untuk Damia. Hello semua! Girl124 disini. Ini adalah cerita pertama saya. Maaf sekiranya ada kekurangan. Hope you guys enjoy! ☺️