𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 4

7.8K 385 30
                                    

Danial mulai memerhati segenap sudut rumahnya, kelihatan tiada sesiapa pun di rumah memandangkan hari ni hari bekerja ayahnya telah pergi ke kerja manakala adik dan ibunya pergi ke pasar.

"Bagus,semua tak ada dekat rumah"ujar Danial sambil perlahan lahan dia memasuki bilik Dian .

Dian yang ketika itu baru sahaja lepas mandi dia terus menyikat rambutnya sambil melihat cermin yang berada di dalam biliknya.

Secara tiba-tiba dia merasakan ada seseorang yang telah memasuki kawasan biliknya dia terlihat pantulan Danial di cermin itu
Terus sahaja dia memusingkan badannya menghadap Danial Hakim.

"A-abang buat apa dekat sini?"soal Dian sambil menolak bidang dada Danial yang semakin mendekat dengan dirinya.

"Shh,jangan bising nanti jiran dengar,"ujar Danial lalu menolak Dian ke atas katil.

Dian yang tidak sedia itu terus terbaring di atas katil mulutnya tak habis berkata jangan.

"Abang... jangan,abang Dian merayu"ujar Dian berselang tangisan. Dia takut.

Dian bertindak menampar pipi Danial malang sekali dirinya yang ditampar.

"Kau duduk diam diam boleh tak!"jerkah Danial selepas menampar pipi milik Dian.

Dian Maisara meringis ke sakitan
Dalam hati dia tidak habis berdoa
'Ya Allah,tolong aku Ya Allah'tangis Dian Maisara.

Dia tidak sanggup di perlakukan sebegini,dia terima sekiranya seluruh keluarga membenci nya tapi dia tidak rela untuk begini.

"Abang,Dian ni adik abang,jangan tolong"Dian sedaya upaya menolak Danial tapi apakan daya dia hanya seorang perempuan lagi lagi dia bertubuh kecil bukan mudah untuk dia menolak lelaki yang berbadan tegap ini.

Klak!

Pintu bilik Dian dibuka secara kasar terbuntang mata Puan Laila melihat apa yang berlaku di depan matanya.

"Ibu!" Bisik hatinya.

"Allah!"jerit Puan Laila

Jeritan Puan Laila menarik perhatian Danish yang berada di bawah,dia terus berlari ke arah ibunya yang mana berada dihadapan bilik kakaknya.

"Abang?apa abang buat nih?"soal Danish dia melihat kakaknya ditindih oleh Danial manakala baju milik Dian terkoyak di bahagian leher.

Danial tersentak lalu dia segera berdiri dan Dian segera menarik selimut untuk menutup bahagian yang terdedah. Airmatanya mengalir deras.

Dia berasa jijik dengan dirinya

"Apa yang berlaku ni Danial?"soal Puan Laila.

"Bukan salah Danial ibu,Dian dia yang goda Danial,dia tarik Danial masuk bilik"jawab Danial tenang sambil memandang sinis ke arah Dian.

"Bukan... tak abang tipu.... Abang cuba nak rogol Dian"nafi Dian dengan kuat sambil menangis.

Danish yang memerhati itu terus menarik Dian kedalam pelukannya.

"Shh,akak,Nish ada"pujuk Danish sambil mengusap rambut milik kakaknya.

"Apa yang bising ni sampai bawah dengar suara Dian menjerit"ujar Encik Dazril yang baru pulang dari kerja.

"Abang"arah Puan Laila.

"Allah,apa semua ni?"soal Encik Dazril ke arah Dian dan Danial

"Ayah,ini bukan yang macam ayah dan ibu fikir,sumpah Danial tak salah,Dian yang goda Danial,Dian tarik Danial masuk bilik lepastu dia cakap dia sukakan Danial,lepastu Danial cakap lah kita orang ni adik beradik lepastu Dian tarik Danial sampai Danial jatuh atas dia"ujar Danial bersungguh-sungguh.

"Tak ayah, bukan Dian, Dian tak goda abang dia... dia yang nak rogol Dian,percayalah"merayu Dian sambil menangis dia masih lagi dalam pelukan Danish.

"Dian,kau memang tak habis habis buat masalah,aku menyesal kutip kau tepi jalan dulu,kau memang anak tak kenang budi,aku jaga. kau,kau buat aku macam nih,kau nak fitnah anak aku cuba rogol kau"jerkah Encik Dazril.

Dian Maisara dan Danish Mikail tersentak.

"Di-dian anak angkat?"soal Dian 'Allah,apa semua nih,kenapa'soal Dian.

"Ya,kau memang anak angkat aku kutip kau sebab bini aku nak sangat anak perempuan,masa tu aku jumpa kau tepi jalan dalam kotak,aku bawak balik tapi lepas je aku ambil kau sebagai anak angkat semuanya hancur,syarikat yang aku bina bankrap,mak ayah aku mati,keluarga aku jadi miskin,aku terfikir nak buang kau semula tapi bini aku tak kasi,dan sekarang semua jadi macam nih aku nak kau keluar dari rumah aku,aku tak kisah kau nak tinggal mana nah ambil duit ni dan berambus"arah Encik Dazril sambil melempar not rm 50 dua keping kearah Dian serta satu rantai leher berbentuk hati.

Dian tersenyum sinis,huh?anak angkat. "Patutlah selama ni semua layan aku teruk, rupanya Aku ni anak angkat,kalau aku ni bawak bala,kenapa jaga aku,baik buang aku dari awal,ingat aku nak sangat ke jadi anak angkat korang!" Jerit Dian. Dia sudah hilang sabar dengan semuanya. Penat terlalu penat dengan semua penipuan keluarga ni.

"Aku bagi kau masa 15 minit untuk kau kemaskan semua baju kau lepastu aku dah tak nak tengok muka kau,kau ambil rantai ni dan cari semula siapa keluarga kau"arah Encik Dazril sambil menjauhi Dian dan berlalu ke bawah.

Danial serta Puan Laila keluar dari bilik Dian yang tinggal hanya Danish dan Dian sahaja.

Dian bergerak menuju ke almari baju beg sekolah miliknya di buka lalu menyumbat semua barangan miliknya,duit dan rantai leher yang dicampakkan oleh Encik Dazril atau ayah nya atau lebih tepat ayah angkatnya turut di ambil. Dia menjerit sekuat hatinya. Danish yang melihat itu hanya terkedu memandang kakaknya. 'Nish minta maaf'

Dapat dia lihat kesengsaraan dan kesakitan yang dialami oleh Dian selama ini. Dia kesal terlalu kesal dengan semuanya.

Walaupun Dian tidak mempunyai arah tuju kemana harus dia pergi. Dia sudah tidak sanggup untuk tinggal di rumah seperti neraka dunia baginya.

'dia harus pergi,mencari keluarga asal dia semula'. Itu tekad nya.

"Akak betul ke nak pergi,biar Nish pujuk ayah"tawar Danish sambil memandang ke arah Dian Maisara yang ligat memasukkan barang ke dalam beg.

"Tak perlu,tempat akak bukan di sini,akak akan pergi,terima kasih sebab ada dengan akak,akak sayang Nish"ujar Dian Maisara sambil mengusap rambut adiknya itu.

🦋

Dian dan Danish berlalu turun ke bawah kelihatan Encik Dazril,Puan Laila dan Danial sedang duduk di atas sofa.

Dian menarik nafasnya perlahan. You can do it Dian!

"Terima kasih lah,selama ni jaga Dian,even macam tak jaga, satu je Dian nak cakap,kalau Dian dapat tahu sesuatu yang melibatkan keluarga kandung Dian,Dian tak teragak-agak untuk ambil tindakan sendiri" ujar Dian dengan 1001 makna yang tersirat.

Usai berkata Dian pergi ke arah Danish dia memeluk kejap adik nya.

Tudung bawal yang dia pakai dibetulkan sebelum melangkah keluar.

"Dian pergi dulu, assalamualaikum"ujar Dian sambil melangkah keluar satu persatu wajah insan yang menjaga nya, dengan rasa yang tak dapat digambarkan. Dia pelik dengan perasaannya.

Danial yang berada ditepi tangga itu memandang sinis ke arah Dian Maisara,'kau tunggu nasib kau nanti,kita takkan habis dekat sini sahaja'.

Danial yang berada ditepi tangga itu memandang sinis ke arah Dian Maisara,'kau tunggu nasib kau nanti,kita takkan habis dekat sini sahaja'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Done!

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now