𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 36

4.2K 216 76
                                    

Hari ini merupakan hari yang dinantikan oleh Dian dan Raiz. Hari mereka diijabkabulkan. Dian masih lagi berada didalam bilik. Jujur dia cakap dia rimas dengan make up yang berada di wajahnya. Habis kanta lekap berwarna dia harus pakai dengan bulu mata palsu yang berat lagi, nak sahaja dia menghalau juru andam dia itu, tapi mengenangkan hari ini merupakan hari bahagia dia jadi dia diam sahaja.

"Wah Dian you look gorgeous babe" tegur Arina.

"Huh, rimas tahu tak, sudahlah panas" kata Dian.

"Ala, sabar lah sikit, jom kita selfie dulu buat kenangan" ajak Arina. Dian hanya mengikut.

Setelah hampir lima minit dia orang bergambar. Terus Arina menarik Dian supaya duduk berdekatan dengannya.

"Babe, aku tak sangka yang kau akan berkahwin, lepas ni mesti kita tak boleh nak lepak dah kan?" Kata Arina sayu.

"Alah kau, tadi happy sangat sekarang banyak bunyi pulak" kata Dian malas.
Mengada Arina ni.

"Alah kau ni, spoil lah, aku baru nak buat video upload dekat tiktok macam orang selalu buat, boleh masuk mStar tau" kata Arina. Dia terbayang-bayang yang video dia akan blow up dan dia akan ditemubual dengan mStar.

"Banyak cantik muka kau, tak payah nak merepek. Ni Raiz dah ada dekat bawah ke?" Tanya Dian. Tak sabar nak jumpa Raiz mesti kacak kan dia.

"Tak sabar ke Dian? Tunggulah malam ni, kau boleh tengok dia puas-puas lepastu jangan lupa bagi aku anak buah tau" kata Arina dengan sengihan.

Dian mengetuk kepala Arina. Apa ke kotor sangat pemikiran Arina ni, tapi macam mana kalau Raiz nak anak secepat mungkin, aku tak bersedia!

"Aduh, sakit la" adu Arina dia menggosok kepalanya yang baru sahaja di ketuk oleh Dian.

"Padan muka"

"Kau ni dah nak jadi isteri orang pun ganas lagi, Raiz kahwin baru padan muka" ugut Arina. Sengaja ingin memprovokasi Dian.

"Berani dia nak kahwin lain, kalau dia rasa nak mampus awal cuba lah kahwin lain, dengan kau-kau sekali aku tendang" balas Dian.

"Ish kau ni, orang main-main je, jangan lah ambil serius sangat, by the way aku ada hadiah special untuk kau" kata Arina.

Dian memandang Arina dengan wajah teruja. Wah tak pernah-pernah kawan dia nak bagi dia hadiah, pelik bin ajaib betul!

"Kau demam ke Rina?" Tanya Dian pelik. Tangannya naik melekap pada dahi Arina.

Tak panas.

"Ish, jangan nak perli aku lah, nak ke tak nak?" Kata Arina. Orang nak bagi hadiah bukannya nak bersyukur ni tak siap perli lagi.

"Gurau je, bak cepat aku tak sabar nak bukak ni" kata Dian.

Arina berdecit sebelum tangannya mencapai sesuatu di bawah katil.
Beg kertas ditangannya dihulurkan kepada Dian.

Dian menyambut beg kertas tersebut. Baru sahaja dia hendak membuka untuk menjenguk isi dalamnya terus Arina menarik semula.

"Janganlah bukak lagi, tunggu malam nanti, kau bukak sekarang aku merajuk setahun" kata Arina.

Dian tergelak.

"Okay, thank you" kata Dian sambil memeluk Arina kuat.

Arina membalas pelukan Dian.

"Babe..." Seru Dian.

"Ye..." Balas Arina.

"Nanti aku dah kahwin kau jaga diri tau, jangan lupa aku, kalau kau perlukan apa-apa jumpa je aku terus okay, kau kalau tak de calon aku bagi kau kahwin dengan Raiz" kata Dian. Dia sanggup bermadu dengan kawannya.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now