𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚| 1

21.4K 586 47
                                    

Angin malam yang menyapa dari arah balkoni menarik minat Dian,kaki nya melangkah kearah balkoni biliknya dengan air mata yang setia mengalir walaupun sudah berkali kali dia mengesat airmatanya tetapi air mata nya tetap degil untuk mengalir.

Apabila sampai di balkoni bilik nya dia terus mengambil tempat di atas kerusi rotan di bahagian belah kanan balkoni sambil memeluk bantal yang ada di atas kerusi itu.

"Apa salah Dian... ibu,ayah... kenapa asyik Dian sahaja yang di pukul,kenapa bukan Abang Danial,kenapa bukan Danish,Dian penat,Dian tak tahu apa salah Dian"ujar gadis itu sendirian sambil memandang bulan yang indah di langit di kelilingi bintang yang berkelipan.

Akhirnya dia terlelap di situ sambil di temani air mata yang masih tersisa di pipi.

10 tahun yang lalu

Tiga orang kanak kanak bermain di atas permaidani yang terhampar di atas lantai dan banyak alatan mainan di sekeliling mereka bertiga tiba tiba.

"Nish,bagi lahh akak balik mainan tu,itu kan akak punya bagi lah"ujar kanak kanak perempuan yang bernama Dian sambil cuba untuk menggapai mainan yang berada di tangan adik lelakinya itu.

"Tak bolehh werkkk"balas adik lelakinya atau di panggil sebagai Danish ,sambil melompat lompat di atas sofa yang tinggi,abangnya yang bernama Danial hanya memandang dan membuat tidak tahu akan adik adik nya.

"Bagi lahhh,akak nakkk!!"jerit Dian sambil air matanya yang mula mengalir itu di kesat.

Tiba tiba adiknya yang melompat dia atas kerusi itu jatuh kelantai,kerana tersilap langkah.

Bukk!

Bunyi kepala Danish Mikail terhentak di atas lantai,lantas dia menangis.

Keadaan yang membingitkan akibat dari tangisan Danish menarik perhatian ibunya yang sedang memasak.

Ibunya yang berada di dapur atau di kenali sebagai Puan Laila keluar dari dapur menuju ke ruang tamu.

"Ya Allah,Nish,macam mana boleh jatuh nih?"soal sang ibu yang bernama Puan Laila itu.

Danish yang sedang menangis teresak esak itu menunjukkan ke arah kakak nya iaitu Dian yang sedang menundukkan muka ke lantai.

"Nial,betul ke Dian yang buat?"soal Puan Laila sambil memandang ke arah anak lelaki nya yang sulung itu sambil mengusap kepala Danish yang masih lagi menangis.

"Be..betul ibu,Dian yang tolak adik,sebab adik ambil mainan dia jadi Dian tak puas hati lepastu dia tolak adik sampai jatuh"bohong Danial sambil tersenyum sinis memandang adik perempuannya itu.

"Kamu ni memang nak kena kan Dian,ibu dah cakap jangan kacau adik,kenapa degil sangat ha!!!"tengking Puan Laila sambil menarik telinga kanan milik anak perempuannya itu.

"Ma..na...ada,dian tak tolak Nish,dia yang jatuh sendiri"ujar Dian sambil menangis.

"Eh,kamu jangan nak tipu ibu lah,abang kamu sendiri nampak kamu yang tolak Nish,kamu memang anak tak gunaa!!"tengking Puan Laila lagi sambil memukul anak nya menggunakan rotan yang tersangkut di dinding rumah.

Bunyi bising dari dalam rumah itu terhenti seketika ketika ayah mereka pulang iaitu Encik Dazril.

"Kenapa ni laila?"soal Encik Dazril kepada isterinya iaitu Puan Laila yang sedang memukul anak gadisnya.

"Anak abang ni lah,tolak Nish sampai jatuh dari sofa,benjol habis kepala dia"terang Puan Laila sambil tangannya masih setia memegang kayu golf mainan.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now