Dian pov
Perlahan-lahan aku membuka mata,tetapi terus aku tutup semula disebabkan cahaya putih yang terlalu kuat. Aku cuba membuka semula mata. Aku memandang sekeliling tempat. Sudah tidak perlu tanya yang aku dimana,soalan yang terlalu cliche.
Yang aku patut tanya kenapa aku dekat sini,dan macam mana aku boleh ada dekat sini. Ketika aku cuba untuk mengingati semula tiba-tiba aku teringat akan apa yang berlaku. Perlahan lahan aku bangun dari pembaringan. Apa yang aku ingat aku ada datang hospital dengan Raiz dan aku diberitahu keluarga aku dah tak ada.
Mengingatkan itu aku terus turun dari katil hospital. Arh, menyibuk betul wayar semua ni! Aku menarik kasar wayar yang berada di tangan kanan ku. Darah yang mengalir aku biarkan.
Baru sahaja aku ingin membuka pintu ianya telah pun terbuka dari luar. Raiz! Yes dia yang bukak pintu ward aku.
"Kau nak pergi mana?" Soal Raiz lembut. Aku hanya membuat tidak dengar dan ingin melangkah keluar.
Raiz menarik lenganku,aku mendesis kesakitan. Sejurus itu Raiz melepaskan pegangannya sebelum kembali menatap mataku tajam,aku membalas renungan mata dia.
"Apa kau buat ni?" Soal Raiz suaranya masih lagi selembut tadi cuma kali ini aku takut untuk menatap wajahnya.
"Saya nak balik" balas aku.
"No,kau still tak sihat jangan nak memandai" ujarnya.
"Saya nak balik lah,saya nak jumpa keluarga saya,dia orang ada dekat luar kan?" Soal aku.
"Dian..." Ujarnya meleret sebelum dia memegang erat bahuku. Matanya dalam menatap anak mata aku. Renungan matanya membuatkan aku terpaku. Mulut aku juga tidak mampu untuk terbuka dan mengeluarkan kata-kata.
"Dengar sini,keluarga kau dah tak ada Dian,kau kena terima hakikat tu,mari kau nak keluarkan,jom aku panggil doktor kita keluar, jenazah keluarga kau semua dah ada dekat rumah" pujuk Raiz lembut.
Aku hanya menganggukkan kepala perlahan. Melihat aku yang sudah kelihatan lebih tenang terus dia menarik aku perlahan dan badanku didudukkan di atas katil.
Sejurus itu doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk ke dalam bilik rawatan aku.
"Doktor bersihkan luka dia, kalau boleh secepat mungkin,dan pastikan dia dapat keluar dari ward hari ni juga" ujar Raiz kepada doktor. Doktor itu sekadar mengangguk kan kepala.
"Aku keluar dulu,jangan risau aku ada dekat luar" ujarnya sebelum dia keluar dari bilik rawatan aku.
End Dian pov
🦋
Dikawasan perumahan Dian kelihatan ada banyak kereta yang berada di kiri dan kanan rumah,diluar pagar juga terdapat beberapa kereta. Van jenazah turut berada di luar pagar.
Perlahan-lahan kereta yang dinaiki oleh Dian dan Raiz berhenti di bawah tempat parkir kereta yang disediakan khas untuknya.
Dian hanya diam dari tadi. Raiz yang melihat Dian hanya diam dari tadi terus memegang perlahan bahu Dian.
"Aku nak kau kuat okay" ujar Raiz.
Dian sekadar menganggukkan kepala. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa. Dia baru sahaja balik dari luar negara dan mendapat khabar yang macam ini,dia masih lagi merasakan apa yang berlaku ini hanyalah mimpi, walaupun hakikatnya ianya nyata.
Pintu kereta bahagian Dian dibuka oleh Raiz dari luar. Dian hanya tersenyum nipis sebelum dia keluar dari kereta. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dihembus perlahan.
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Romance(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...