"Leha tak setuju!" Bangkang Mak Lang.
"Tapi kenapa?" Tanya Tok Wan. Anaknya ini memang memalukan betul.
"Leha tak setuju, hei perempuan kau balik sini cakap semata-mata nak kahwin? Ke kau tu dah kena tebuk? Sebab tu tergesa-gesa" tuduh Mak Lang tanpa usul periksa.
Dian sekadar menundukkan kepalanya. Apa ingat dia perempuan murahan ke? Kalau anak dia tu iya lah.
"Mak cik, saya bukan nak kurang ajar tapi kami tak minta persetujuan mak cik pun, kami datang sini cuma nak beritahu je, nanti kalau kahwin tanpa beritahu mak cik kecoh pula" kata Raiz. Sudah lama dia bertahan dengan Mak Lang Dian ni, dari awal sampai akhir perbincangan mulut tu asyik menyumpah seranah perkara yang tak baik tentang Dian.
"Kau kurang ajar kan! Lelaki yang macam ni ke kau nak buat suami, sesuai lah tu, dua-dua tak tahu adab" kata Mak Lang.
Arina mengerutkan dahinya. Jap Mak cik ni kenapa? Bukan dia ke yang tak beradab sekarang ni?
"Mak cik... Sekarang ni yang tak beradab tu Dian dan Raiz ke mak cik? Saya rasa mak cik yang tak beradab tau, tak reti hormat orang lain, tengking mak sendiri, dulu masa cikgu ajar cara beradab mak cik tidur ek? Dah lah mak cik, kalau mak cik nak suruh orang lain beradab baik mak cik beradab kan diri tu dulu, saya tengok mak cik ni rumah kata pergi, kubur kata mari dah tapi perangai, mengucap dua kalimah syahadah saya" kata Arina tak kuat tapi tak perlahan cukup tegas dan selamba untuk memastikan mulut Mak Lang terkunci.
Mak Lang mengetap gigi. Kurang ajar budak ni.
"Rina" tegur Dian.
"Apa? Dia kau relax tak ada siapa yang akan marah aku lah, orang macam ni kita kena ajar sikit, jangan lemah Dian" balas Arina. Buat apa dia nak takut tak ada siapa yang berani memarahi dirinya. Tak kan orang luar nak marah dia kot.
"Bagus Rina" puji Danny tiba-tiba. Masing-masing memandang Danny dengan riak yang pelik.
"Apa?" Tanya Danny. Dia cuma cakap bagus je. Salah ke?
"Sejak bila kau pandai sokong Arina ni?" Usik Carl.
"Apa dia cakap tu betul apa. Iya lah dah tua kena lah taubat kan?" Tanya Danny blur.
Yang lain hanya menggelengkan kepalanya.
"Apa-apa je lah Danny" kata Ashraf pasrah. Susah dapat member yang lembab ni.
"Sudah yang penting,aku tak nak Dian ni kahwin dengan budak tu" kata Mak lang lagi.
Tak habis lagi ke?
"Kamu ni Leha, lantaklah Dian tu nak kahwin,yang kamu nak sibuk sangat ni kenapa? Mak ni dah penat tahu dengan perangai kamu, memalukan keluarga je, tak nampak ke ada keluarga Raiz dekat sini"
"Maaf ye Kalsum"
"Tak pe mak cik" kata Puan Kalsum. Padahal dalam hati dia sudah meletup. Ada yang kena cincang kejap lagi.
Raiz memandang Dian yang sedari dari tadi sekadar diam. Baru sahaja Raiz ingin bersuara. Tiba-tiba suara seseorang memecahkan kesunyian yang sementara.
"Betul apa cakap mama tu, Layla pun tak setuju Dian ni kahwin dengan Raiz" kata Layla.
"Eh kenapa pulak?" Tanya Arina. Minah ni menyibuk betul. Anak dan mak sama je.
"Dian tu tak sesuai dengan Raiz, aku lagi sesuai dengan Raiz" kata Layla.
Ashraf, Danny dan Carl terus tergelak dengan kata-kata Layla.
"Weh, kau buat lawak ke apa? Tak nak aku kakak ipar badut" kata Ashraf, sampai tersembur keluar kerepek ubi yang dia makan.
"Betul-betul, tak nak aku" sokong Danny.
Carl sekadar menganggukkan kepalanya. Memang tak lah dia nak setuju, lagi pun bukan dia tak kenal Layla ni siapa.
Dulu tinggalkan Raiz sebab Raiz tak kaya, sekarang ni, sibuk nak kahwin dengan Raiz. Dasar mata duitan.
"Apa?" Tanya Layla sambil menahan malu. Sudahlah semua memandang dia.
"Entah kakak sihir ni, abang handsome mestilah kena kahwin dengan kakak cantik, bukannya kakak sihir" kata Mikhail. Walaupun dia tak faham sangat, tapi dia tahu kahwin tu apa. Banyak sangat dia tengok drama.
"Eh kau diam budak, jangan menyampuk hal orang tua" marah Layla. Tangannya naik mahu mencubit peha Mikhail. Mujur terhalang oleh Thaqif.
"Layla" tegur Thaqif tegas. Naik malu dia dengan perangai mama dan adiknya ini.
Mikhail terus berlari duduk di atas riba Dian.
"Dian yang kamu diam dari tadi ni kenapa?" Soal Tok Wan. Pelik betul cucunya yang seorang ni. Orang kecoh-kecoh pasal perkahwinan dia, dia diam pula.
"Tak de apa lah Tok Wan, cuma Dian tak tahu nak cakap apa" kata Dian. Betul dia tak tahu nak cakap apa sekarang ni. Naik pening dia dengan Mak Lang dan Layla ni.
"Maaflah, Kalsum bukannya nak kurang ajar, tapi sebagai mak angkat kepada Raiz, saya memang nak sangat mereka berdua berkahwin, lagi pun ini amanah yang arwah Dina dan Darius. Mereka yang suruh saya satukan Dian dan Raiz, dan mereka sudah bersetuju" kata Puan Kalsum. Penat dia memikirkan cara untuk mengatur ayatnya, untuk tidak menyinggung perasaan sesiapa.
"Tapi dia orang tu dah mati, tak payah kisah sangat lah tentang amanah, dari hidup sampai ke mati menyusahkan" kata Mak Lang.
Diam menggenggam tapak tangannya. Sebelum dia bangun dari duduknya.
"Mak lang, Dian dah penat sabar tau, jangan sampai Dian dah tak hormat mak lang, kalau mak lang tak setuju pun Dian tak kisah lah, tak kan jejaskan majlis kita orang pun, kita orang nak kahwin bukan guna duit mak lang jadi jangan nak kecoh sangat macam kita orang ni guna duit mak lang, Dian bukan nak berlagak tapi, kalau setakat harta kekayaan mak lang tu, petik jari je Dian boleh ambil lah, lagi satu mak lang kalau nak hina saya silakan, tapi jangan sesekali mak lang hina mama dan papa saya, dan kau Layla, apa kau ingat Raiz ni nak dekat kau ke? Tolonglah, aku sokong apa yang bakal adik ipar aku cakap. Serupa badut, malu lah sikit Layla baju tu ketat macam sarung nangka buat apa? Nak tunjuk kat siapa body kau yang tak lawa tu, tu rambut berkepuk-kepuk macam sarang burung, haish... Penat lah aku tengok, memang padan lah Mikha panggil kau kakak sihir, muka pun dah nak hampir sama, lagi satu rumah kau tak de cermin ke? Kalau tak de aku boleh beli, sebesar rumah ni pun aku mampu beli untuk kau tengok diri kau, tak lawa pun lah Layla, lepastu kau nak berlagak lawa, eiiuiiiiuuuuuu tolong lah" kata Dian senafas. Setelah penat membebel terus dia duduk menyandar.
Malas betul dia nak hadap dua ekor beruk depan dia ni. Setakat nak melawan, ingat aku takut. Sorry lah ini Dian Maisara. Tak takut dengan sesiapa. Dia cuma takut pada Allah je.
"Wah, Dian bravo" kata Arina.
Yang lain tercengang dengan kata berani mati Dian itu. Mak lang dan Layla menahan malu. Kini semua memandang mereka. Pak lang, Pak Long dan Pak Su diam. Malas mahu mencampuri urusan perempuan, biarlah perempuan berbincang, nanti masuk campur mereka kena marah.
Done!
Amacam okay tak Dian? AHAHAHA saja nak buat girls power, jangan lemah sangat kita tibai je beruk dua ekor tu.
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Romance(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...