𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 12

6.4K 302 17
                                    

Arina masih lagi menundukkan kepala kebawah. Tidak langsung memandang wajah orang yang berada didepan nya,dia lebih tertarik dengan jarinya sendiri dari lelaki yang didepannya ini.

Zarul berdehem sedikit kuat,sebelum dia memandang kearah Sara dan rakannya yang lain. 'Rancak borak'.

Arina mengangkat kepalanya setelah mendengar deheman dari Zarul. 'Mamat ni kalau tak nak minta maaf blah lah, menyampah aku... Dian pun satu memang nak kena minah ni,dia sedap berbual dengan lelaki hot aku kena hadap lelaki beku macam ni, menyakitkan hati betul lah!'

"Awak,kalau rasa tak de apa nak cakap dengan saya,baik awak pergi,saya malas nak bergaduh dengan awak" ujar Arina perlahan.

"Aku pun tak nak lah gaduh dengan kau" balas Zarul. Ego.

"Kalau macam tu awak pergi lah,kalau awak tak nak pergi tak pe,saya je yang pergi" tutur Arina,dia berura-ura untuk bangun dari kerusi dan melangkah pergi. Baru sahaja beberapa tapak dia melangkah, tangannya di tarik seseorang. Dia memandang gerangan yang menarik tangannya sebelum mengeluh perlahan.

"Awak nak apa ni?" Soal Arina lembut,hati nya bagai disiat-siat. Tak tahu kenapa dia terlalu sensitif dengan lelaki ini, sedangkan dia tahu bahawa Zarul hanya bergurau. Tapi mungkin ayat itu dilontarkan oleh Zarul yang menyebabkan dia terkilan.

"Kau nak pergi mana?" Soal Zarul dingin.

Arina cuba untuk meleraikan pegangan tangannya. Tapi Zarul lebih mengeratkan malah kedudukannya tangannya telah berasa kedalam genggaman Zarul. Haram oi!

Belum sempat Arina ingin bercakap. Zarul terlebih dahulu bercakap.

"Sorry,aku tahu aku salah,aku tak sepatutnya cakap macam tu" ujar Zarul nada suaranya telah berubah tidak keras seperti tadi.

Dia memandang tepat ke dalam mata coklat pekat milik Arina, lama mata mereka bersatu. Dari mata turun kehati. Eceh.

Arina yang tersedar dari panahan mata Zarul terus menolak perlahan badan Zarul,sehinggakan lelaki itu terdorong ke belakang.

"Ma-maaf" ujar Arina bergetar. Kaki nya sudah seperti Jelly. Malu dengan tatapan mata lelaki itu.

Zarul berdehem perlahan, telinganya mula memerah. Malu! Apa kau buat ni Zarul.

Arina yang melihat telinga Zarul memerah itu terus ketawa kecil. Zarul memandang tajam ke arah Arina.

"Kau pahal gelak?" Soal Zarul, telinganya makin memerah.

"Awak malu ke?" Soal Arina. Tawanya masih lagi tersisa.

"Ma-mana ada" nafi Zarul. Dia menggaru belakang tengkuknya yang tidak gatal. Ini lah yang dia lemah, setiap kali perasaan malu tu muncul mesti telinga nya merah.

"Ye ke,awak tipu,saya tahu lah,eii comel tahu" ujar Arina tanpa sedar. Dia makin mengusik Zarul.

Zarul tergelak kecil dengan telatah Arina. Haish aku dah jatuh cinta!

🦋

"Raf,saya nak tanya ni" pinta Dian perlahan seolah-olah berbisik.

"Tanya apa tu sweetie?"

"Abang awak tu memang jenis macam tu ke?" Soal Dian.

"Macam tu,macam mana?" Soal Raf dengan wajah yang blur.

"Alah,beku macam tu,tadi saya tertumpahkan air kopi dekat dia lepastu huh,mulut tu memang minta penampar tahu tak" bebel Dian. Mengingatkan kejadian tadi terus dia rasa ingin meletus.

"Alah, relaks lah,abang Iz memang macam tu tapi trust me,dia penyayang tau" balas Ashraf.

"Huh?tang mana penyayangnya, menyakitkan hati ada lah" tukas Dian.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now