𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 5

8.2K 400 8
                                    

Bunyi guruh dilangit seolah mengerti akan perasaan sedih yang dialami oleh Dian mata yang ditahan tadi akhirnya keluar dari tubir matanya.

Sedar tak sedar dia telah memasuki jalan raya yang besar pandangan dari orang lain tidak dihiraukan.

Hatinya gelisah kemana harus dia pergi,dia tiada saudara mara atau kenalan,kawan baiknya?tak.Dia tidak mahu menyusahkan kawan baiknya lagi,terlalu banyak dia menyusahkan kawan baiknya itu.

Dian berjalan tanpa arah tujuan,semakin lama pergerakkan nya semakin lemah pandangannya kabur sebelum.

Bam!!

🦋

Hospital Kuala Lumpur

Seminggu telah berlalu tetapi Dian masih lagi tidak menyedarkan diri dari koma,yes dia koma kerana dia telah dilanggar lari,semasa dia berjalan setelah di halau keluar dari rumah.

Dian Maisara pov

'aku dekat mana ni?sakitnya kepala'aku cuba untuk bangun,tapi badanku seolah disekat oleh sesuatu. Sakit di bahagian belakang badan aku lagi menyukarkan untuk aku bangun dari sini.

Klak!

Bunyi pintu bilik dibuka dari arah luar, automatik kepala aku memandang kearah pintu tersebut. Aku melihat seorang wanita yang memakai baju berwarna putih,mungkin itu doktor yang merawatku.

"Cik dah sedar?"soal doktor kepadaku itu sambil mencatatkan sesuatu,mungkin dia mencatatkan rekod kesihatan aku.

"Su-dah,Doktor-"jawabku dengan tersekat sekat suara aku amat sukar dikeluarkan sehingga menyebabkan tekak ku berasa amat perit.

"Eh,sekejap minum air ni dulu,boleh panggil saya Doktor Ain"tegur Doktor itu sambil menyuakan air suam yang berada di sebelah katil aku.

"Sudah?"soalnya kembali selepas beberapa saat dia menolong aku untuk minum,tangan aku masih sakit dan kebas, bukan sahaja tangan malah seluruh badan aku terasa kebas dan sakit.

"D-ah,teri-ma ka-sih"jawabku dengan tersenyum tipis.

"Ada sakit dekat mana-mana bahagian?"soal Doktor Ain sambil, membelek bahagian tubuh ku,kepala ku yang berbalut disentuh oleh nya perlahan lahan,ketika kaki ku di angkat oleh nya aku menjerit perlahan kerana kesakitan yang dialami.

"Dok-tor sa-sakit"bicara ku perlahan kerana tekak ku masih perit.

Mendengar jawapan dari mulut ku,Doktor Ain meletakkan kaki aku perlahan lahan di atas katil semula.

"Sekejap ye saya cek semula rekod kesihatan awak"setelah Doktor Ain menyemak semula rekod kesihatan aku,dia memandang aku dengan wajah yang agak pelik,aku tak tahu sama ada ada dia hendak memberi tahu tentang keadaan aku elok atau tidak,aku cuma berharap yang aku tak lumpuh.

"Dian,awak baik baik sahaja tetapi kaki awak mungkin tidak dapat berfungsi buat masa sekarang kerana ada beberapa urat saraf kaki awak yang telah tersimpul,jangan risau awak cuma terseliuh sedikit,dan kepala awak pun saya tengok luka dah kering,esok atau lusa awak mungkin boleh balik". Jelas Doktor Ain sambil tersenyum memandang aku.

'Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku tak lumpuh'sebelum aku terlupa siapa yang hantar aku ke sini,seingat aku selepas aku dihalau,aku keluar ke jalan besar dan ada satu kereta melanggar aku dan lepas tu aku tak ingat apa,yang aku tahu sedar sedar dah ada dekat hospital.

"Doktor siapa yang hantar saya ke sini?"soal Aku sambil memandang wajah Doktor Ain yang masih berada di samping aku.

"Oh,Mama Dian lah yang hantar"jawab Doktor Ain sambil tersenyum.

"Mama?"aku berasa pelik,siapa mama. Belum sempat aku mahu menyoal Doktor Ain semula,pintu dibuka dari arah luar, terpancar wajah wanita yang agak berumur dalam anggaran 40 hingga 45tahun mungkin bersama seorang gadis yang mungkin muda beberapa tahun dari aku.

"Ha,panjang umur,tu Mama Dian"ujar Doktor Ain serta merta lamunan ku terhenti.

"Kalau macam tu saya keluar dulu ye Dian,Datin" pamit Doktor Ain sambil melangkah ke arah pintu keluar sempat dia menghadiahkan senyuman ke arah wanita itu dan anak gadisnya.

"Dian dah sedar?,macam mana sekarang ada sakit-sakit dekat bahagian mana-mana ke?"soal wanita itu ke arah ku,yang aku dengar Doktor Ain kata Datin?mungkin wanita ini yang membawa aku ke hospital ini.

"Err,okay,Datin ke yang bawa saya ke sini, terima kasih"balas ku lancar tekak ku sudah tidak berasa perit lagi, mungkin aku sudah mula bercakap dengan banyak.

"Ye,saya yang bawa Dian ke sini, jangan lah panggil Datin panggil aja mama,kan Sofea?"soalnya kepada anak gadis nya yang bernama Sofea,Sofea yang mendengar terus menjawab.

"Betul tu kak, panggil je mama,lepastu akak boleh panggil sofea,Fea aje." Ujar Sofea ramah.

"Baik,nama akak Dian,Dian Maisara"ujar ku sambil tersenyum lebar ke arah Mama dan Fea.

"Erm,Da-tin eh mama boleh tak Dian nak minta tolong, carikan rumah sewa untuk Dian,nanti Dian bayar,kalau tak de rumah,bilik sewa pun boleh" pintaku, melihat tiada respon dari mereka aku hanya tertunduk kebawah, mungkin aku sudah menyusahkan mereka.

"Lah,kenapa tunduk,buat apa nak cari rumah sewa sedangkan mama dah cadang nak ambil Dian duduk dengan mama,lagi pun Dian kan anak mama"terang Datin Dina,dia mengukir senyuman yang agak dalam maknanya. Apa maksud Datin Dina yang aku anak dia?.

"Maksud mama?" Soalku curiga.

"Dian Maisara binti Dazril atau Dian Maisara binti Darius " soal Datin Dina,aku tersentak Darius ?itu nama ayah kandung aku,macam mana Datin Dina boleh tahu?

"Macam mana mama boleh tahu?" Soal ku lagi,ape semua ni aku tak faham.

"Dian,Dian anak kandung mama,kakak Sofea,anak kedua mama"terang Datin Dina sambil tangannya memegang erat tangan aku.

"Tapi macam mana?"

End Dian Maisara pov

End Dian Maisara pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Done!

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now