𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 54

5.2K 215 38
                                    

"Ni yang tak suka dengan awak ni! Dah janji kan semalam nak bawak keluar, lepastu kata hari ni! Tapi hari ni awak ada kerja, Huh tak nak kawan awak!" Bentak Aisya.

Ashraf menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Pening mahu menjawab. Memang salah dia kerana menipu semalam, ingatkan budak ni dah tak ingat.

"Err, petang ni okay? Aku janji, please Aisya, aku ada benda lain nak kena settle, jangan lah macam ni" pujuk Ashraf. Dia baru sahaja dapat panggilan dari Theo yang dia kena hadir ke mesyuarat pagi ni.

"Tak nak! Awak memang tak sayang Aisya kan, awak tak pernah pun kisah pasal Aisya! Awak memang tak suka Aisya kan? Tak pe lah, awak pergi je kerja tu, tak payah dah ambil tahu pasal Aisya" kata Aisya. Dia terus meninggalkan Ashraf di ruang tamu itu.

Ashraf menelan air liur kelat. Macam mana ni? Tak kan aku nak tinggal dia dalam keadaan dia marah macam tu. Kalau tinggal nanti habis apa entah jadi dekat rumah ni. Kalau tak pergi, habislah aku kena bantai dengan Raiz.

Sudahlah Raiz dah amanah kan dia untuk mengambil alih mesyuarat hari ni.

Isteri atau kerja?

Tapi bukan ke kau tak ada perasaan dengan dia Ashraf? Kata otaknya.

Tipulah kalau tak ada, dua bulan kot dia tinggal sebumbung, serumah dan sekatil dengan aku. Balasnya sendirian.

Hmm.

Akhirnya dia mengalah. Dia mula mendail nombor seseorang.

"Danny, aku tak datang meeting pagi ni, kau attend okay... Sorry bro aku ada masalah yang tak dapat nak dielakkan" kata Ashraf.

Belum sempat Danny ingin menjawab Ashraf terus matikan panggilan.

Kakinya laju mendaki tangga. Mencari kelibat isterinya.

Sampai sahaja depan pintu bilik, dapat dia lihat Aisya yang sedang menangis.

Dia mengeluh perlahan. Dia berjalan mendekati Aisya.

"Sya, sorry okay" pujuknya.

Aisya mengesat air matanya.

"Kenapa awak ada dekat sini? Kata nak pergi kerja, pergi lah" halau Aisya. Sibuk je kacau orang nak nangis. Kata nak pergi kerja!

"Tak, aku tak jadi pergi kerja, jom kita keluar nak? Kita pergi taman" balas Ashraf. Dia mencuit pipi Aisya.

Aisya menepis tangannya. Tetapi makin ditepis makin dia buat.

Aisya memuncungkan bibirnya. "Tak nak lah! Dah tak ada mood nak pergi taman"

"Ye ke tak de mood? Kalau tak ada mood tak pe, aku pergi kerja je lah, dah orang tu halau kan" kata Ashraf dan ingin pergi. Dia berpura-pura bangun.

"Tak boleh!" Bentak Aisya tiba-tiba.

"Apa yang tak boleh? Tadi suruh pergi kan?" Kata Ashraf pura-pura tidak mengerti.

"Tak nak lah pergi, awak jangan lah pergi, jom kita pergi taman" kata Aisya dan bangun dari duduk. Dia menarik tangan Ashraf menuju ke bilik pakaian.

Dia mengambil dua pasang baju yang sama. Cumanya saiz sahaja yang berbeza.

Dia menghulurkan baju yang saiznya lebih besar kepada Ashraf. Ashraf mengambil tanpa kata.

"Apa ni?" Tanya Ashraf.

"Baju"

"Yes aku tahu ni baju, tapi untuk apa?" Tanya Ashraf pelik.

"Pakai lah, Aisya ada satu, abang pun ada satu" kata Aisya sambil tersenyum.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now