"Eh korang berdua ni nak pergi mana?" Tanya Dian. Pelik betul kawan dia sorang ni tiba-tiba bersiap.
"Kita orang nak pergi memancing" balas Arina.
"Hah? Dengan siapa je? Kau dengan Danny je ke?" Tanya Dian lagi. Tak percaya.
"Yup, Danny ajak" kata Arina.
"Eh, kau yang merayu nak ikut kau cakap aku yang ajak pulak, tinggal karang" celah Danny. Melampau minah ni, dia yang merayu nak ikut.
Arina tersengih. Dian menggelengkan kepalanya.
"Aku ikut boleh? Bosan lah, Tok Wan bawa mummy pergi membawang ke mana entah dengan Mak su lepastu Pak Long dan Mak Long pergi pasaraya rasanya beli barang untuk bakar-bakar malam ni" terang Dian.
"Bakar-bakar serius lah wah, tak sabarnya" kata Arina.
"Boleh ke Danny? Bawa saya sekali?" Tanya Dian. Danny sekadar menganggukkan kepalanya tanda setuju.
"Tapi saya bawak Dhia dan Mikha sekali ye, tak kan nak tinggal dia orang dekat sini, lagi pun dia orang tu tak ngam sangat dengan mak lang, risau pula" kata Dian.
"Boleh je, tapi kau tanya Raiz dulu lah, kalau dia nak ikut kita naik dua kereta, lagi pun macam ramai sangat je nak naik stu kereta" kata Danny. Baru nak dating dengan Arina. Eh?
"Tak payah tanya aku, aku memang nak pergi, jom lah" Celah Raiz.
Dian memandang ke arah Raiz.
"Bila awak dekat sini?"
"Baru je, jom lah kau siap dulu, biar aku ajak Raf dan Carl sekali" kata Raiz.
"Okay"
🦋
"Kakak Dian, kita nak pergi mana ni?" Tanya Mikha. Beg baby shark yang dia galas dibelakangnya di turunkan. Dia menyuakan beg itu kepada Dian. Penat nak galas, dalam tu banyak air kotak Dutch lady perisa coklat.
Dian mengambil beg tanpa kata. Sebelum di membongkokkan badan menghadap Mikha. Sikat rambut ditangannya naik menyisir rambut Mikha. Panjang betul rambut budak ni, nasib wangi.
"Kita nak pergi pantai, Mikha suka?" Tanya Dian.
"Wah! suka! Mikha dah lama tak pergi pantai, boleh mandi ke?" Tanya Mikha lagi.
"Tak boleh, dekat situ untuk memancing kalau Mikha nak mandi nanti akak minta abang Raiz bawak kita pergi sana" kata Dian.
Mikhail menganggukkan kepalanya berulang kali tanda faham.
"Okay dah, jom kita turun, eh sekejap...mana kakak Mikha?" Tanya Dian. Mana pulak si Dhia ni.
"Entah, kakak kata dia pergi dapur kejap, ambil apa tah" kata Mikha.
"Oo tak pe lah kalau macam tu, kita pergi dekat kereta dulu lah" ajak Dian. Mikha menganggukkan kepalanya.
🦋
"Why can't you hold me in the street? Why can't I kiss you the dance floor,I wish that it could be like that, why can't we be like that? Cause I'm yours" Nyanyi Dhia. Tanpa sedar dirinya diperhatikan oleh seseorang.
"Erkhem" dehem seseorang. Terus sahaja Dhia berpaling ke belakang. Dia tersengih malu.
"Eh, bila abang Carl duduk dekat situ?" Tanya Dhia. Aduh malu betul. Itulah kau kenapa lah nyanyi dekat tengah-tengah dapur ni.
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Romance(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...