Bunyi pancuran air di bilik mandi membuatkan Arina terjaga dari tidur. Perlahan lahan matanya dicelikkan,dia memandang ke arah sebelah kanannya Dian sudah tiada. Yang ada hanya Sofea yang sedang tidur di sofa bilik Dian.
Mungkin gadis itu berada di bilik mandi. Arina bangun dari pembaringan dan membetulkan rambutnya yang kusut.
Dian baru sahaja keluar dari bilik mandi tersenyum memandang ke arah Arina yang baru bangun tidur.
"Babe,kau pergi lah mandi ke apa,lepastu baju kau pakai je baju aku,aku nak turun dulu,nanti kau tolong lah kejut Fea sekali,budak tu kalau tidur letak bom dekat sebelah pun tak bangun" ujar Dian.
Matanya turut memandang Sofea yang masih lagi nyenyak tidur, maklumlah mereka bertiga 'cuti' jadi sedap tidur, sedar-sedar sahaja sudah pukul 8 pagi.
Arina hanya mengangguk kan kepala tanda baik,tidak mampu berkata,matanya masih lagi mengantuk. Mana tak nya tidur pukul empat pagi gara-gara ingin menghabiskan masa bersama-sama sebelum Dian berangkat ke luar negara minggu hadapan.
Mengingatkan hal itu,dia mengeluh perlahan. Aku minta maaf Dian,aku janji aku akan ada dengan kau sampai akhir hayat aku.
Tanpa berlengah lagi dia terus mengambil tuala di dalam laci almari yang paling bawah. Apa pula nanti keluarga Dian anggap datang rumah orang tapi bangun lambat. Walaupun dia tahu yang keluarga Dian tidak kisah tapi dia sendiri segan dengan hal itu.
🦋
"Good morning,mama,papa" sapa Dian sebaik sahaja dia turun dari tangga.
"Good morning princess,awalnya turun hari ni" ujar Dato Darius.
Datin Dina sudah ke dapur untuk menolong Mak Kiah menyediakan sarapan pagi,sempat dia mencuit bahu Dian sebelum melangkah ke dapur.
"Tak ada lah,Sara lapar sebenarnya,itu lah turun awal" balas Dian.
"Ni mana kawan kamu,dengan adik kamu tu?" Tanya Dato Darius, tangannya mencapai cawan yang berisi air kopi panas. Ditiup perlahan sebelum diminum.
"Arina ada dekat atas tengah mandi rasanya,and macam biasa our little girl tu masih tidur, semalam ajak tidur awal sikit tak nak" ujar Dian,dia mencapai sekeping roti yang sudah disaluti dengan nutella coklat.
Nyum, terpejam matanya merasakan nikmat dan keenakan roti Gardenia itu.
"Biasalah Fea tu,kalau tak pukul 12 memang tak lah nak bangun"
"Ha,papa abang mana?dah pergi kerja ke?" Soal Dian. Selalunya dia turun pukul 9 ada je abangnya di meja makan ni tengah makan sarapan pagi,harini tiada pulak kelibat abangnya,nak kata dekat bilik tak de pulak.
"Belum rasanya,dah cari dekat bilik ke?" Soal Dato Darius.
"Sudah,tapi tak de,pelik juga,tadi Sara cari ingat nak ajak sarapan sekali tapi tak ada pula dalam bilik,jadi Sara ingat abang dah pergi kerja" balas Dian.
"Mungkin dalam bilik senaman lah tu" ujar Datin Dina tiba-tiba.
"Dah mari kita makan,abang pun cepat makan nanti lambat,kata ada meeting dengan Raiz " arah Datin Dina.
Dian mengerutkan dahinya apabila mendengar nama Raiz. Lelaki yang baru sahaja dia kenali tetapi rasa seperti sudah lama kenal, semuanya gara-gara semalam.
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Romance(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...