5 tahun kemudian.
Di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur,kelihatan seorang gadis cantik yang baru sahaja keluar pintu masuk lapangan.
'akhirnya,rindu betul dengan Malaysia' getus hati gadis itu,dia memandang kiri dan kanannya,ramai orang pada hari ini, maklumlah musim cuti sekolah,jadi ibu bapa akan membawa anak-anak mereka berjalan ke luar negara.
Gadis itu berjalan sehingga ke tempat parkir kereta,dia meninjau kawasan itu kot-kot ada kelibat keluarganya. Setelah lama menunggu akhirnya dia mengeluarkan telefon pintar miliknya dan mendail satu nombor.
'nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi'
Berkali-kali dia cuba untuk menghubungi nombor tersebut tetapi tidak dapat. Dia mula mendail nombor mamanya tetapu masih sama. Dia masih lagi mencuba sehingga akhirnya dia mengeluh.
"Mana ni,lambat lah,dah lah panas" ujar gadis itu sendirian. Kakinya dari tadi tidak berhenti berjalan,dia ke hulu ke hilir dengan muka yang tidak dapat dikawal.
"Semalam cakap sampai awal tapi sekarang,batang hidung pun tak de,tak kan nak kena balik naik teksi kot" ujarnya lagi sendirian.
Sedang dia asyik memikirkan hal itu namanya dipanggil seseorang.
"Dian!" Panggil orang itu.
Tanpa berlengah Dian terus memandang kearah suara itu. Dia mengerutkan dahinya berkali-kali disebabkan cahaya matahari yang begitu panas dia tidak dapat melihat wajah orang yang memanggilnya. Kaki dilangkah untuk menuju ke arah pemanggil.
"Eh,awak?" Soal Dian pelik,kenapa mamat sombong ni boleh ada dekat sini.
"Jom ikut aku" arah lelaki itu keras.
Dian terpinga-pinga memandang wajah lelaki itu,kenapa dia ni tiba-tiba datang ajak ikut dia, memang tak lah!
"Kenapa saya nak kena ikut awak?" Soal Dian lagi.
"Ikut je lah" arah Raiz lagi.
"Tak nak,selagi awak tak bagi tahu kenapa,selagi tu saya tak nak ikut" ujar Dian dengam wajah yang diseriuskan.
"Kau nak ikut aku secara elok atau secara paksa?" Soal Raiz.
"Tak nak!"
"Nampaknya tak ada cara lain,kau nak sangat kan" ujar Raiz.
Dian memandang tajam ke arah Raiz. Apa lelaki ni nak buat.
Secara tiba-tiba badannya telah pun berada di bahu Raiz. Dian yang tidak sedia terus memeluk kuat bahu Raiz.
"Hey,awak ni kenapa turun kan saya cepat!" Arah Dian sedikit kuat. Tangannya memukul bahagian belakang Raiz.
"Duduk diam-diam lah"
"Tak nak, turunkan saya cepat!" Arah Dian lagi. Tetapi Raiz tetap Raiz memang tak lah dia nak dengar apa yang dikatakan oleh Dian.
Akhirnya Dian mengalah, dirinya didukung sehingga ke kereta lelaki itu.
"Awak beg saya macam mana?" Soal Dian.
"Biar je, nanti pekerja aku ambil" balas lelaki itu,dia menolak lembut badan Dian supaya masuk kedalam kereta,sejurus itu pintu kereta dibahagian pemandu ditutup. Kakinya turut melangkah ke pintu kereta bahagian pemandu.
Tanpa berlengah dia terus memboloskan diri kedalam kereta dan dengan laju kereta milik Raiz meluncur laju dijalan raya.
Dian hanya mendiamkan diri,terasa kaku dan janggal dengan lelaki disebelahnya ini. Dian memandang ke arah Raiz yang hanya memandu dengan tenang. Dari tepi dia mengakui bahawa lelaki di sebelahnya ini sangat kacak. Wajahnya yang tiada cacat cela, jealous betul dia dengan lelaki ini, jerawat pun tak ada, sedangkan dia setiap bulan mula lah timbul seketul,dua jerawat.
![](https://img.wattpad.com/cover/248926355-288-k593647.jpg)
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Romance(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...