Sempadan Malaysia-Thailand
Bunyi helikopter yang bingit menyukarkan Dian untuk berbicara. Tambahan pula tangannya di ikat. Rambut yang serabai tidak dihiraukan. Hilang sudah tudungnya.
Dipandang ke kanan melihat Layla yang turut diikat. Sampainya hati seorang ibu memperlakukan anaknya seperti itu. Seorang ibu sanggup menjadikan anaknya sebagai pelacur disebabkan dibutakan dengan duit dan harta.
Siapa lagi kalau bukan mak kepada Layla iaitu Puan Leha atau lebih dikenali sebagai mak lang Dian. Jadi selama ini musuh yang dia dan keluarganya selama ini cari hanyalah keluarga sendiri.
Sebab mengapa dia sendiri tidak tahu. Lepas sahaja kes kantoi tentang Layla yang cuba untuk menyelamatkan dirinya terus dia dan Layla dipengsankan. Sedar-sedar sahaja sudah berada di atas bangunan tinggi.
Tidak tahu dimana, gelap. Yang ada hanyalah lampu malap yang menyinari malam. Cahaya bulan di langit turun terang.
Air mata Dian serta merta jatuh. Mengingatkan semua yang telah dia lalui. Adakah ini pengakhiran hidup dia?
Ternyata dia diculik bukan untuk dijual seperti yang orang cakapkan tetapi adalah untuk dibunuh kerana dendam.
"Mak lang, lepaskan Dian! Dian tak tahu apa salah Dian pada mak lang sampai mak lang sanggup buat Dian macam ni!" Kata Dian. Suaranya kuat menanyakan hal itu.
Bunyi helikopter terlalu bising sehingga menyukarkan dia untuk berbicara. Di tambah pula dengan hujan rintik-rintik yang mulai turun membasahi bumi.
Mak lang terus memusingkan badannya menghadap Dian dan Layla yang sedang dipegang oleh anak buahnya.
"Apa salah kau? Huh? Kau tak salah lah Dian cuma mak dan bapak kau yang salah! Puas hati aku dapat bunuh dia orang. Tak sangka dengan kemalangan sikit macam tu dia orang dah boleh mati" kata Mak Lang sinis.
"Apa yang mama dan papa dah buat sampai mak lang dendam dengan mereka?" Tanya Dian. Air matanya tidak berhenti mengalir.
Sungguh hatinya sakit untuk menerima kenyataan ini. Selama ini dia hanya ingat yang mak lang nya ini sekadar tidak suka dirinya atas sebab dia yang baru muncul dalam keluarga itu tetapi tidak. Kerana dendam.
Dan lebih perit mama dan papa terlalu sayangkan mak lang tanpa tahu yang mak lang adalah punca kematian mereka.
Ketika dia melangkahkan kaki buat pertama kalinya ke rumah Tok Wan apa yang dia lihat adalah mamanya yang melayan mak lang dengan baik. Memberikan bermacam benda sehingga sanggup menyerahkan sejumlah wang yang besar pada mak lang atas dasar empati.
Tetapi ianya hanya sia-sia. Mak lang mengkhianati kebaikan mama dan papanya.
"Apa yang dia orang buat huh? Kau tanya apa yang dia orang buat! Kau tahu disebabkan dia orang aku hampir masuk penjara kau tahu! Aku hampir ditahan kau tahu mak kau yang tak guna tu dah hancurkan hidup aku! Orang yang selama ni dia cari dan nak hapuskan tu aku! Kau tahu tak dia tu bodoh! Bodoh buat baik dengan musuh sendiri" kata Mak lang sambil tergelak sinis.
"Mak lang yang salah! Memang patut mak lang dimasukkan ke dalam penjara! Mak lang yang jahat! Mak lang yang buat semua benda terkutuk tu! Mak lang tak kenang jasa!" Bentak Dian. Dia meronta-ronta untuk dilepaskan.
Pang!
"Heh kau jangan nak banyak bunyi lah! Bila-bila masa je aku boleh bunuh kau Dian!" Kata Mak Lang.
Dia memberikan isyarat kepada pembantu nya untuk mengeluarkan pistol. Pembantunya hanya menganggukkan kepala sebelum pistol ditangannya bertukar tangan.
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Storie d'amore(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...