"Mummy, seriously? bagi lah peluang untuk Iz bermanja dengan isteri Iz dulu" rungut Raiz.
"No, jangan nak mengada, biar Dian berehat dulu. Malam nanti ada majlis resepsi pula" kata Puan Kalsum."Kalau Iz ada boleh rehat jugak kan? kan Honey?" tanya Raiz pada Dian yang berada disebelahnya. Raiz berharap agar Dian membela dirinya tapi tidak Dian hanya tersenyum nipis.
"Tak payah nak mengada, nanti bukan rehat, benda lain pula jadi, dah jom ikut mummy balik, malam nanti jumpa balik" kata Puan Kalsum sambil menarik lengan Raiz untuk mengikutnya pulang ke rumah.
Raiz mengeraskan badannya tanda protes. Tak mau ikut! Orang nak tinggal sini dengan Dian.
"Raiz..." kata Puan Kalsum tegas. Degil ya, kena nanti.
"Mummy masuk kereta dulu ya, biar Dian cakap dengan Raiz dulu" kata Dian. Nak kena penampar Raiz ni buat perangai yang bukan-bukan pula, mujur tak ramai orang dekat sini, maklumlah majlis akad nikahnya telah selesai, lagipun untuk majlis akad nikah dia hanya menjemput keluarga terdekat dan jiran-jiran terdekat sahaja.
Tapi untuk majlis malam ini baru ramai yang akan hadir. Mana tak nya Raiz menjemput semua pekerjanya untuk hadir, belum lagi kawan-kawan Raiz menjemput kenalan mereka. Keluarga belah Dian sahaja sudah hampir beratus. Walaupun dia tidak beberapa kenal tapi setelah diterangkan oleh Mak su dan Mak long baru dia kenal.
"Okay lah kalau macam tu, pastikan Raiz masuk kereta kalau tak mummy datang bawak parang" kata Puan Kalsum.
"Baik mummy" kata Dian akur.
Dian memandang pemergian Puan Kalsum dengan senyuman, sebelum dia berpaling ke arah Raiz yang memeluk lengannya. Dia cuba untuk melepaskan pegangan tersebut malah makin erat Raiz memegangnya. Mujur Arina tiada dekat sini kalau tidak memang teruk dia kena bahan dengan Arina.
Geram pula dia dengan perangai Raiz yang satu ini. Tak tahu pula Raiz ni manja semacam, ingatkan jenis kayu. Nak aja dia menolak Raiz sekarang ni, tapi mengenangkan dia sudah sah menjadi isteri Raiz jadi harus menjaga tingkahlaku nya. Dia tidak mahu digelar isteri derhaka.
"Abang... Lepas please" rayu Dian.
Raiz terus melepaskan pegangan tangannya pada lengan Dian sebelum dia menarik Dian supaya memandang wajahnya.
"Ulang balik apa honey cakap tadi" kata Raiz.
"Lepas please" ulang Dian.
"Bukan yang depan tu" kata Raiz.
"Ha yang mana?" tanya Dian. Sengaja mahu bermain tarik tali dengan Raiz. Suka pulak dia tengok wajah cemberut Raiz.
"Honey..." kata Raiz tegas. Ni tak suka ni, orang serius dia main-main pula.
Dian tergelak kecil. "Abang" kata Dian sambil tersenyum.
"Ulang lagi" arah Raiz.
"Abang" ulang Dian.
"Lagi"
"Abang"
"lagi sekali"
"Abang dah lah tu, kesian readers sendu, sudahlah dia orang tu single" marah Dian.
"Ye lah honey..."
"Abang balik dulu okay, malam ni kita jumpa, kesian mummy dah tunggu abang dalam kereta" pujuk Dian. Terus sahaja Raiz menarik muncung panjang. Ingatkan tak payah balik.
"Alololo... Abang, janganlah macam ni, Dian janji kalau abang balik sekarang Dian akan ikut semua permintaan abang okay?" pujuk Dian lagi.
"Betul ni?" tanya Raiz.
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Romansa(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...