𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 25

4.7K 229 26
                                    

Dinding rumah usang itu ditumbuk kuat oleh seseorang.

"Tak guna kau Iz !!!" jerit seorang lelaki itu dengan kuat. Sehingga membuatkan semua anak buahnya tunduk memandang lantai.

"Lepas satu, satu kau rampas hak aku !!!"

"Kau memang nak mati dekat tangan aku !!!"

buk!

buk!

buk!

Satu persatu anak buah a.k.a pengikutnya ditumbuk kuat. Orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.

"Bro, sabar... kalau kau pukul dia orang semua ni pun tak kan selesaikan masalah" tegur kawan kepada lelaki itu. Naik gila dia melihat kawannya memukul kesemua anak buah yang berada didalam bilik itu. Kalau mereka ni dipukul tak ke hilang tenaga mereka macam mana nak lawan musuh nanti.

"Jack, ubat aku Jack, mana ?kau dah beli?" tanya lelaki itu.

"Dah..." balas lelaki yang bernama Jack itu.

lelaki itu terus tersenyum lebar sebelum berjalan ke arah Jack. Sempat dia menjerkah ke semua anak buahnya supaya keluar dari bilik nya.

"Mana?" tanya lelaki itu.

Jack perlahan-lahan mengambil 'ubat' yang dikatakan oleh lelaki tadi dari poket seluarnya.

Baru sahaja lelaki itu ingin merampas 'ubat' daripada Jack terus Jack menyorokkan 'ubat' itu dibelakangnya.

"Kim, sudah-sudah lah tu ambil benda haram ni" tegur Jack.

"Huh, kau jangan nak nasihatkan aku lah, kau yang bawa aku dalam dunia ni, sekarang kau nak aku berhenti?" tanya lelaki yang di gelar Kim atau nama sebenarnya Danial Hakim.

Konflik bakal bermula?

"Ye, memang aku yang ajak kau tapi... sudah-sudahlah tu berdendam, jangan disebabkan dendam kau ni, kau yang akan mati" nasihat Jack. Sudah puas dia menasihatkan Danial supaya berhenti dari melakukan perkara terkutuk ni.

"Kalau aku mati, aku akan pastikan dia mati juga" kata Danial sombong.

"Apa yang dia buat sampai kau nak berdendam bagai...Layla kau dah dapat apa lagi yang kau nak?" tanya Jack geram.

"Husna... disebabkan dia Husna benci aku ! dan disebabkan dia Husna tinggalkan aku, aku yang kenal Husna dulu, tapi dia rampas Husna dari aku" kata Danial. Mengenangkan hal itu dia menjadi marah. Terlalu marah.

"Siapa Husna?" tanya Jack. Berapa banyak watak perempuan dalam cerita ni?

Flashback 7 tahun lepas

"Husna, kenapa lama sangat... dah sejam Danial tunggu" kata Danial seolah-olah merajuk.

Husna tergelak kecil dengan kelakuan Danial.

"Sorry lah, tadi masa nak datang sini Husna terlanggar orang" balas Husna. Baju kurung yang dipakainya dibetulkan sebelum dia menarik kerusi untuk duduk dihadapan Danial.

"Hmm, Husna langgar siapa?" tanya Danial. Badannya ditegakkan menghadap Husna.

"Entah lah, Husna tak kenal sangat dia tu, tapi Husna perasan tag nama dia dari bidang perniagaan macam Danial, tak silap Husna nama dia Raiz" terang Husna.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now