𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 21

5.3K 258 51
                                    

"Dian!" Jerit Arina. Sudah puas dia mencari kawan baiknya itu, selalunya lepas solat subuh ada je dalam bilik tapi harini hilang pula.

"Dian!" Panggil Arina lagi. Aduh jangan dia buat benda bukan-bukan sudah,tapi sepanjang seminggu ni elok dah rasanya.

"Di-"

"Nak apa Rina? Pagi-pagi lagi dah bising" balas Dian. Kawan dia ni kan dah lah suara tu macam telan speaker. Mengganggu ketenteraman orang betul!

"Kau lah,aku cari dari tadi tak jumpa ingatkan kau dah buat benda tah pape" terang Arina. Dia naik duduk diatas kerusi dapur. Sambil melihat Dian yang ligat memotong lobak merah dan kacang panjang.

"Tak de lah,kau nampak aku macam mana sekarang ni? okay dah kan"

"Hmmm,ye. Ha kau nak masak apa ni?" Soal Arina.

"Nasi goreng je,lagi pun bahan mentah dekat rumah ni dah nak habis,nanti kita pergi shopping eh?" Ajak Dian.

"Okay,kau belanja" balas Arina sambil tersengih.

"Ah kau,aku ni kerja pun belum,kau tu yang dah kerja kau lah belanja" rungut Dian.

"Alah,gaji aku tak masuk lagi lah,tengah bulan biasalah pokai"

"Hmm ye lah,dah kau baik pergi bersiap dulu,dah lah tak mandi lagi busuk betul! Lepas breakfast kita pergi" kata Dian sambil menutup hidung. Macam busuk sangat.

"Kau ni,ye lah" balas Arina. Terus sahaja kakinya melangkah ke arah tangga. Malas dia nak naik lif lagi pun pagi-pagi ni kita kena bersenam sikit. Maklumlah dah semakin gemuk, mana tak nya Dian tu asyik masak je,dah lah sedap!

Dian menggelengkan kepalanya. Sebelum dia meneruskan aktiviti memasaknya.

🦋

"Babe,lama lagi ke?" Tanya Arina.

"Sabarlah,kita kena beli stock makanan untuk seminggu,aku malas dah nak keluar" balas Dian sambil menyentuh perut ikan kembung.

"Bang nak ni sekilo ye" ujar Dian pada orang yang bekerja di situ.

Arina dibelakangnya hanya diam sambil menolak troli. Dipandang kedalam troli. "Berapa banyak dia nak beli ni"

"Okay jom kita pergi beli coklat" ajak Dian.

Coklat? Arina apa lagi terus bersinar matanya. Ye lah siapa je yang tak suka coklat?. Favorite perempuan kot.

"Jom!" Jerit Arina. Mujur tiada orang dikawasan situ kalau tidak mana lah nak letak muka.

Dian pula menolak troli kerana Arina telah maju kehadapan. Ditinggalnya troli dekat sini, melampau minah ni.

Arina memilih banyak coklat sehingga kan tangannya tak mampu untuk memeluk semua coklat yang berada ditangannya. Nak minta tolong Dian tapi hilang pula katanya nak ke tempat nugget. Lantak lah,orang nak belanja kita kena habiskan duit orang tu,sekali sekala tak pe kan?.

🦋

Sedang Dian jalan sambil melihat peti ais yang meletakkan pelbagai jenis nugget tiba-tiba dia terlanggar seseorang. "Aduh Dian kau ni kan, sikit-sikit langgar orang cliche nya hidup kau" gumam Dian sendirian.

Dia mengangkat kepalanya sambil tersengih melihat wajah orang dihadapannya ini.

"Awak! Buat apa dekat sini?" Soal Dian untuk menukar topik. Kalau diikutkan beginilah pertemuan pertama mereka.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now