𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 38

4.4K 209 42
                                    

"Kakak Dian?" Tegur Mikhail. Pada seseorang yang berpakaian serba hitam dan memakai mask hitam di wajahnya.

Orang itu berpaling menghadap Mikha. Sebelum berdecit kasar.

"Shit!" Orang itu melajukan kakinya.

Mikhail terus mengejar langkah orang yang dia sangka Dian itu.

"Kakak Dian tunggulah, kenapa kakak Dian lari dari Mikha" panggil Mikha.

Kini Mikhail hampir keluar dari pintu pagar rumah.Mujur Mak su melihat Mikhail yang keluar dari kawasan situ.

"Mikha! Siapa suruh main dekat sini masuk dalam sekarang" kata mak su.

Mikhail memalingkan muka ke arah orang yang memanggil namanya.

"Tadi Mikha nampak kak Dian" adu Mikhail.

"Jangan nak merepek,kakak Dian kamu tu dalam bilik bersiap untuk majlis malam ni, buat apa dia nak keluar masa macam ni" kata Mak su tak percaya.

"No, Mikha nampak kalau tak percaya tu tengok tu" kata Mikha dan menunjukkan ke arah pokok besar yang terdapat di hadapan rumah.

Mak su memandang pokok itu sebelum menggelengkan kepalanya.

"Mikha, mana ada siapapun dekat situ, dah jom masuk, nak maghrib dah ni, jom kita siap okay, ibu dah sedia kan baju untuk Mikha dah" pujuk Mak su. Malas mahu melayan karenah anaknya yang sorang ini. Yang bukan-bukan je lah.

"Tapi..."

"Tak de tapi-tapi jom masuk, kalau tak percaya jom... kita pergi bilik kakak Dian" pujuk Mak su lagi.

"Okay" balas Mikhail.

🦋

Tok! Tok!

Dian yang baru sahaja bangun dari tidur itu menguap kecil dan bangun dari pembaringan. Dengan keadaan mamai dia membuka pintu bilik.

"Ye mak su kenapa?" Tanya Dian. Dia masih mengantuk.

"Ni ha, Mikha ni katanya dia nampak kamu dekat bawah pokok besar tu tadi" terang mak su.

Terus segar mata Dian. Sebelum dia berdehem kecil untuk menahan debar di dada. Dia menggigit bibirnya sendiri.

"Mikha silap orang kut, akak ada dalam bilik ni baru bangun tidur" kata Dian lembut.

"Tapi... Tadi Mikha nampak kak Dian, lepas Mikha panggil terus dia jalan laju-laju" kata Mikhail.

"Mikha, mungkin orang lain kut, dah lah tu baik Mikha pergi siap cepat, nanti nak tengok kak Dian pakai lawa-lawa kan, Mikha nak makan kek kan?" Tanya Dian. Dia mahu menutup kes ini secepat mungkin. Mana mungkin ada orang tahu berkaitan dengan itu. Terlalu awal untuk dia berterus terang.

"Nak! Ibu jom lah siap Mikha nak makan kek!" Kata Mikhail teruja.

"Maaf ye Dian ganggu Dian pula" kata Mak su.

"Tak pe lah mak su, biasalah budak-budak kan, Dian pergi mandi dulu lah kalau macam tu" kata Dian dan menutup pintu bilik.

Dengan laju kakinya melangkah ke katil sebelum telefon pintarnya di capai. Nombor seseorang di dail.

"Yow! Asal rindu aku ke?"

"Tak de masa, ni kau asal lambat sangat balik ha? Tadi kau keluar dari bilik aku tengahari, kenapa kau baru balik petang, mujur tak kantoi" bebel Dian. Geram betul lah, kalau kantoi habislah dia, tak dapat nak selesaikan misi dia yang sepatutnya.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now