Kedengaran azan subuh dilaungkan,terpisat pisat gadis yang bernama Dian itu bangun.
'Eh,aku tertidur dekat sini ke malam tadi,haishh'gumamnya sendirian lalu masuk kedalam bilik untuk mengambil tuala lalu menuju ke tandas yang berada di dalam biliknya.
Setelah mandi dia bergegas menunaikan kewajipan nya sebagai seorang muslim,iaitu solat.
Setelah selesai menunaikan solat subuh dia menuju ke almari untuk memakai pakaian seragam sekolah.
Iya, tahun ini tahun terakhir nya bersekolah yang mana dia akan mengambil peperiksaan yang besar iaitu SPM walaupun keputusan yang dia perolehi bagi peperiksaan sebelum ini tidak memuaskan tapi dia akan tetap mencuba.
Setelah selesai memakai pakaian seragam sekolah dia membetulkan tudung di hadapan cermin sambil meletakkan lip balm agar bibirnya tidak kelihatan kering dia merenung ke dalam cermin lama. Sebelum dia tersenyum nipis.
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi dia harus segera ke sekolah kerana jarak antara rumah dan sekolah nya memakan masa 15 minit jika menaiki kenderaan tetapi dia berjalan kaki jadi ianya memakan masa dalam 30 minit.
Ketika dia menuruni tangga dia terlihat ibunya di dapur menyediakan sarapan untuk ahli keluarganya yang lain.Sekirannya dia hendak makan dia harus memasak sendiri,kalau dapat makan pun apa yang telah menjadi sisa lebihan makanan yang di makan oleh keluarganya menjadi santapan dirinya.
Pernah sekali dia turun hendak makan tetapi dia naik semula kerana ibu dan ayah nya memarahi dirinya kerana tidak melakukan kerja rumah.
Dia menegur ibunya yang sedang memasak di dapur itu.
"Erkhem,ibu Dian nak pergi sekolah dah nih"ujar nya sedikit gugup buatnya Puan Laila tu mengamuk pagi pagi tak ke naya diri dia.
"Hurm,pergilah duit belanja kamu atas meja"balas Puan Laila tanpa menoleh ke arah anak perempuannya.
"Oh,okay Dian pergi dulu. Assalamualaikum."ujar Dian lalu mengambil tangan ibu nya lalu dikucup lembut.
Oh,ya mesti ada yang tanya mana Encik Dazril kan,dia tiada kerana pergi ke luar negara atas urusan kerja.
Dian Maisara menuju ke arah meja yang ibunya meletakkan duit dia terlihat duit bernilai RM 10
'Aik,banyak nya,mungkin ibu tak ada duit kecil kot'gumam nya sendirian.
Ketika dia melangkah kaki untuk ke sekolah dia terlihat adiknya iaitu Danish yang baru turun.
Dia melangkah ke arah adiknya lalu meminta tangan adiknya.
"Huh?nak apa?"soal adiknya pelik.
'kakak aku ni nak apa pulak'soal Danish dalam hati.
"Bagi saja lah,tangan tu"
Danish hanya menurut apa yang dikata kan oleh kakaknya itu. Tangan dihulur. Dian lekas menyeluk poket baju kurung sekolahnya lalu mengeluarkan duit berjumlah RM 10 kepada.
"Apa nih?"soal Danish pelik!
"Ambil lah,akak dah ada duit minggu lepas punya pun tak habis lagi,ibu bagi akak banyak pulak duit nya"tutur Dian sambil memaksa adiknya mengambil duit itu.
"Tapi kak-"belum sempat Danish meneruskan kata katanya Dian Maisara terus mengambil langkah untuk keluar.Sempat dia melambaikan tangan ke arah adiknya itu.
'Aishh,Kakak terlalu baik untuk Nish, Nish tak paham kenapa semua tak suka akak sampai Nish terikut untuk benci kan akak,Nish mintak maaf'gumam Nish sendirian.
![](https://img.wattpad.com/cover/248926355-288-k593647.jpg)
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Romance(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...